Kepentingan Pakai Sunscreen | Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature Beri Perlindungan Terbaik Dari Sinar UV



 Kepentingan Pakai Sunscreen | Aloe Vera Sunscreen Dari Hansaegee Nature Beri Perlindungan  Terbaik Dari Sinar UV

Apa Itu Sunscreen?

Skincare rutin paling penting untuk pastikan kulit sentiasa cantik , sihat dan awet muda adalah memakai sunscreen setiap hari. Muka adalah bahagian kulit yang paling mudah terdedah pada sinaran UV .Jadi kalau korang sayangkan kulit muka dan taknak nampak tua sebelum usia pastikan guna sunscreen tau! Sunscreen sangat penting kerana penggunaan krim pelindung muka yang bertindak melindungi kulit dari sunburn, pigmentasi dan bintik-bintik hitam serta menapis sinaran UV dari cahaya matahari yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit.

Kepentingan Pakai Sunscreen 


Berikut huda kongsikan kepentingan pakai krim pelindung muka atau sunscreen setiap hari :-

Melindungi kulit dari sunburn

 - Jika kulit terdedah pada cahaya matahari untuk tempoh yang lama tanpa sunscreen, ia akan menyebabkan risiko sunburn. boleh menipiskan kulit, menjadikannya lebih telus, dan lebam menjadi lebih jelas. Kulit mungkin mengalami serangan berulang seperti mengelupas, bengkak, kemerahan, dan gatal-gatal. Ini disebabkan oleh sinaran UVB, bertanggungjawab untuk sunburn. Lepuh boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Satu kajian yang diterbitkan dalam 'Annals of Epidemiology' pada Ogos 2008 mencadangkan bahawa sunburn yang berulang sebenarnya boleh meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi untuk lethal melanoma.

Mengurangkan Jeragat

 - Sapukan pelindung matahari secara kerap pada muka anda untuk mengelakkan timbulnya jeragat dan letusan urat merah. Ini juga boleh menghalang timbulnya jerawat dan kerosakan lain yang disebabkan oleh sinar matahari yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan cahaya matahari.

Mengurangkan tanda-tanda penuaan

 - Kulit yang terdedah tanpa sunscreen, ia akan merosakkan sel kulit, kolagen dan elastik. Maka kesan jangka masa pendek , tona kulit yang tak sekata dan kesan kedut-kedut kecil dan garisan halus semakin jelas kelihatan.

Fungsi lebih sekadar pelindung matahari

- Sunscreen berfungsi bukan sekadar pelindung matahari yang juga berfungsi sebagai krim. Sapukan sahaja dan biarkan. Jika anda mempunyai kulit kering atau kulit sensitif, pastikan anda memohon semula dari semasa ke semasa untuk keselamatan kulit anda yang lebih baik.

Kenapa Huda Pilih Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen?


Memang banyak pilihan sunscreen di pasaran, namun pilihan utama Huda adalah Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen. Berikut adalah kelebihan Aloe Vera Sunscreen ini :

Sunscreen SPF 50 Terbaik (Perlindungan kulit dari sinar UV)

-sunscreen ini mengandungi SPF50+ PA+++. Haaa nak tahu apa maksudnya? SPF maksudnya perlindungan kulit dari sinar UVB yang boleh menyebabkan sunburn, manakala PA+++ bermaksud perlindungan dari sinar UVA (sinaran UV harian).

Moisture Skin (Kelembapan kulit)

Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature mengandungi aloe vera , Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin yang bertindak memberi kelembapan dan mencerahkan tona kulit.

Calming Skin (Menenangkan kulit)

 Kandungan ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Morus Alba Bark dan Ekstrak Orkid akan menenangkan iritasi kulit. So setiap kali lepas pakai sunscreen, best jer rasa, tanpa rasa tegang atau keras.

Best Guna Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen- Tak Berminyak dan Tak Bercapuk


Kebiasaanya Huda akan guna sunscreen ini digunakan sebagai makeup-base . So sebelum apply makeup, kita boleh sapu sunscreen dulu.

Korang tengok la tekstur sunscreen ni lepas huda sapu rata atas kulit , best tau korang. Tiada white cast dan mudah meresap pada kulit.


Cara guna sunscreen dengan betul :
  • Cuci muka dan lap bersih
  • Sapukan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature pada seluruh wajah
  • Krim sunscreen cepat meresap ke dalam kulit tidak meninggalkan white cast
  • Kulit jadi lembap dan lembut serta tona kulit jadi cerah dan tidak berminyak
  • Pakai sunscreen sebaiknya 2 kali sehari. Pagi sekali, tengahari sekali.

Korang pernah tak pakai sunscreen dan menyebabkan kulit jadi lebih berminyak? Sebab kebanyakan produk sunscreen di pasaran beri kesan berminyak dan tidak selesa, menjadikan kulit muka bercapuk putih dan melekit. Korang jangan risau , Aloe vera sunscreen ini berbeza tau! Ia jenis sunscreen yang sesuai untuk kulit berminyak! Teksturnya lembut serta tidak melekitanya tidak berminyak dan . Bila sapu dimuka, terasa lembap, cepat meresap ke dalam kulit dan terasa lembut. Yang bestnya, ia mudah sebati dengan kulit dan tak tinggalkan kesan white cast.


Aloe Vera Sunscreen - Mesra Wuduk Mudah Cuci Serta Selamat di Gunakan.


Huda suka dengan sunscreen yang bagus ini sebab ia boleh mencerahkan tona kulit secara semulajadi. Aloe vera sunscreen ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif sebab kandungannya yang semulajadi dan tidak membahayakan kulit. Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni sebab ia Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free dan Allergen-Free. So confirm selamat digunakan, don’t worry!
Tambahan pula ia sangat mudah di cuci. Sunscreen yang boleh di basuh dengan air. Hanya guna air jer dah bersih muka boleh terus solat. Ini Sunscreen yang mesra wuduk!
Lepas solat boleh terus reapply semula dengan mudah.



1- Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
2- Lepas sapu rata, basuh dengan air
3- Sunscreen dan air menjadi sebati, dan bertukar menjadi warna putih susu
4- Bilas dan lap kering, kesan putih bersih. Wuduk Friendly



Warna sunscreen ini light green (Aloe Vera), namun bila disapu rata ia akan jadi tak berwarna sekaligus memberikan warna natural (semulajadi) pada kulit wajah. Best kan?!


Reka bentuk Travel - Friendly


Huda memang tak pernah miss pakai Sunscreen ni. Nak bawa ke mana sahaja pun tak risau tumpah atau tak muat handbeg sebab ia berbentuk tube dan penutupnya "twist-lock", jadi tak mudah bocor.



Mudah picit dan krim banyak tu. Memang sangat mudah nak guna.


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen - Sunscreen Hybrid Paling Best dan Sesuai untuk semua!


Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ini diformulasi dengan 2 jenis UV filters: mineral (physical) and chemical (organic) untuk membnatu menghalang sinar UV dari merosakkan kulit. Ini sunscreen terbaik huda pernah cuba, so huda sangat rekemen korang try juga. Ianya memang sesuai sangat digunakan untuk semua, lelaki ke wanita semua boleh. So kalau korang sedang mencari sunscreen yang sesuai, aku juga nak rekomen korang untuk gunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni confirm korang jatuh hati! Yang penting harganya sangat affordable.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :


Website
www.hansaegee.com/shop

Instagram
https://www.instagram.com/hansaegeenature/

Facebook
https://www.facebook.com/HansaegeeNature/

Youtube
https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




















Post a Comment

0 Comments