Cuti sekolah bulan lepas, Huda bawa family staycation ke hotel 5 bintang di Bangi iaitu di Bangi Resort Hotel. Misi utama setiap kali staycation mesti la nak mandi di pool bersama keluarga. Huda pilih hotel ni sebab dekat dengan tempat kerja ( job review) . Okay la hotel ni, walau ada beberapa kekurangan yang huda nak complain. Nak tahu baca sampai habis entry ni yer!
Pengalaman Bercuti di Bangi Resort Hotel
Lokasi Bangi Resort Hotel
Harga - Deluxe Room
Huda tempah melalui Agoda dengan harga yang agak murah juga lepas tolak diskaun iaitu RM 183.20. Rate ni murah sebab takde breakfast.Masa check in kena bayar deposit RM 200.
Kemudahan Hotel
Jom masuk bilik kami, bilik jenis Deluxe.
On the way nak ke pool, ada Burger Lab. Betul-betul tepi pool. waktu petang mandi manda, memang tergugat iman bau makanan dari Burger Lab ni. Mujur anak-anak dah kenyang sebelum masuk pool.
Bola angin tu beli kat Shopee. memang bawa dari rumah, nak main kat pool. Kebetulan masa kami main bola ni, ramai juga yang bawa bola macam ni.
Katil king dan 4 unit bantal yang empuk . Ada arm chair dan coffee table di sebelah katil. Depan katil ada TV dengan beberapa siaran. Ada private balcony juga, dapat la tengok view swimming pool dan juga padang golf. Overall kebersihan dan kemudahan yang tersedia kira okay.
( biasa-biasa jer, takde vibes 5 star hotel pun. biasa hotel 5 star yang kami check in , coffee and tea macam2 jenis ada. Patut harga mur mur jer.. )
Lepas check in, solat dan kami terus ke swimming pool. nampak besar dan menarik kan swimming pool kat sini?
On the way nak ke pool, ada Burger Lab. Betul-betul tepi pool. waktu petang mandi manda, memang tergugat iman bau makanan dari Burger Lab ni. Mujur anak-anak dah kenyang sebelum masuk pool.
Puas hati main pool kat sini, sebab pool luas. View pokok banyak, memang best nak healing dan vibes stay di resort. Berbaloi la staycation sini , bonding time dengan anak-anak time cuti sekolah.
Si adik paling puas main. Alhamdullilah, cuaca pun okay sepanjang kami stay sini. Dapatlah masuk kolam waktu petang dan pagi sebelum check out.
Bola angin tu beli kat Shopee. memang bawa dari rumah, nak main kat pool. Kebetulan masa kami main bola ni, ramai juga yang bawa bola macam ni.
Tea time di Restoren De.Wan 1958 by Chef Wan yang terletak di aras yang sama dengan lobby hotel. Alang-alang dah check in hotel ni kan, so kami pun dating sekejap enjoy tea time.
Kami makan Cucur Udang ( RM 36 ) dan Sup Gearbox merah (RM36) .
Berbaloi ke? Cukup la sekali buat ghaso-ghaso orang kata. hehe..
Berbaloi ke? Cukup la sekali buat ghaso-ghaso orang kata. hehe..
Selain ada restoren yang high end , ada juga jual ice cream Inside Scoop dan juga kedai roti The Loaf di aras yang sama dengan lobby hotel.
Nak jimat? Order jer food panda. Okay la ada dedicated area untuk rider hantar makanan di hotel ni
Nak jimat? Order jer food panda. Okay la ada dedicated area untuk rider hantar makanan di hotel ni
Apa yang Kurang Best Tentang Hotel ni?
1) Kena bayar extra untuk facilities yang biasanya di sediakan dalam hotel taraf 5 bintang. contohnya dalam bilik takde bedroom slippers pun. kalau nak kena bayar. huhu.. Bath robe pun takde.
2) Waktu Check in lambat Check out Cepat
3) Channel TV yang limited dan siaran tak clear. Anak-anak la complain. Kadang-kadang stay hotel nak layan TV kan. last2 connect dengan Netflix jer la nak layan movie.
Tak best bila kita letak expectation for 5 star resort hotel dan start comparing dengan other hotel with 5 stars standard.
Put aside yang kurang best, overall worth it stay sini sebab pool luas, banyak port ootd . sesuai sangat untuk family staycation dan healing layan view dari balcony bilik.
Sekian coretan hari ni! Doakan kami murah rezeki, nak pergi new year staycation 2024 pula. Pergi mana tak tahu lah.. yang penting nak jalan-jalan!
2 Comments