Pengalaman Unik Berkunjung ke Floating Book Fairs ,GBA Ship-Doulas Hope di Penang




Biasa kita pergi book fair di dewan exhibition atau pun mall. Kali ni huda nak kongsi pengalaman unik huda dan keluarga naik kapal dan berkunjung ke floating book fair.

Pengalaman Unik Berkunjung ke Floating Book Fairs ,GBA Ship-Doulas Hope di Penang


GBA Ship - Doulas Hope


Doulos Hope dikendalikan oleh GBA Ships, sebuah organisasi non-profit yang berpangkalan di Jerman. Ia membawa krew sukarelawan antarabangsa yang berdedikasi untuk berkongsi pengetahuan mereka melalui budaya dan membantu orang di seluruh dunia. "Doulos" bermaksud "hamba" dalam bahasa Yunani dan oleh itu nama itu bermaksud "Hamba Harapan". 



Dibina pada tahun 1991 berukuran 85.5m panjang dan 14m lebar, dia pada asalnya sebuah kapal persiaran sebelum digunakan semula menjadi perpustakaan terapung dan kedai buku . Sebagai pameran buku terapung terbesar di dunia, pelabuhan pertama mereka adalah di Vivocity, Singapura sejurus awal Julai - Ogos 2023 , mereka telah berlabuh di Swettenham Pier Cruise Terminal, Pulau Pinang. 

Shopping Buku Antarabangsa



Doulos Hope membawa lebih 2,000 buku tajuk dari pelbagai genre di atas kapal untuk mengalu-alukan semua ulat buku dan peminat sastera. Selepas selesai hunting buku best-best di sini, terus turun ke tingkat bawah menuju ke kafe. 




Kafe

Kafe ini menawarkan jualan aiskrim, kopi dan makanan ringan. 

Doulos Hope seterusnya  berlabuh di Kuching kemudian ke Kota Kinabalu, di mana ia merupakan pelabuhan terakhirnya di perairan Malaysia.



Harga Tiket
RM2.00 seorang (Akses pesta buku & kafeteria) . Tiket perlu ditempah online di https://thelittleboxoffice.com/douloshope/. Kemudian tiket dihantar terus ke email. Masa nak masuk ke kapal, perlu tunjukkan tiket online. 




Berbaloi ke?



Pengalaman unik dan menarik di hari jadi Huda semestinya sangat berbaloi. Alhamdulillah, one of wishlist Huda tercapai. Sejak ternampak kawan2 di media sosial sharing keunikan floating book fair di atas kapal , huda berhajat nak pergi. Rezeki memang tak salah alamat, sebab date huda berkunjung ke Penang, atas urusan kerja dan sambil tu ada masa lapang boleh singgah ke sini. Mujur ada lagi slot, sebab nak ke sini kena booking online dan limited slot. Sangat berbaloi dapat beli buku yang best!




Kalau tahun 2024 ada lagi kunjugan GBA Ship ke Malaysia, nak naik ship ni lagi untuk layan view dan shopping buku!



Post a Comment

0 Comments