Family Dinner di EMP KL , Westin Hotel - Chinese Cuisine Terbaik di KL

Family Dinner di EMP KL , Westin Hotel - Chinese Cuisine Terbaik di KL | Sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya, seperti tahun-tahun sebelumnya, huda akan rancang family dinner di lokasi yang istimewa untuk keluarga kecil kami. Tahun ni kami memilih untuk family dinner di EMP KL, Westin KL. Huda memilih untuk family di sini sebab lokasinya yang strategik di tengah bandaraya KL, berhadapan dengan pusat beli belah Pavilion dan berada di tingkat 1 Westin Hotel , KL. Jom huda kongsikan pengalaman family dinner di EMP KL, menikmati Chinese Cuisine terbaik di KL!



EMP KL Perfect Place Untuk Family Dinner

First impression huda dan keluarga melangkah masuk ke EMP KL memang rasa kagum dengan gold decor and finishing. Terasa mewah dan juga eksklusif


Logo EMP KL yang unik dan sofistikated sesuai dengan theme restaurant yang elegan dan eksklusif.



Hall way dari pintu elevator di tingkat 1 Westin Hotel menuju ke EMP KL sudah terasa luxury vibes.


Design door knob pun cantik sangat dengan kemasan warna keemasan dan ukiran mewah. Terasa berada di istana di Beijing China.


Family dinner di hujung tahun 2022 lebih bermakna bila dapat makan Chinese Cuisine yang sedap bersama-sama ahli keluarga tersayang. Sambil makan bonding time dengan suami dan anak-anak. EMP KL semestinya pilihan terbaik dan sangat berbaloi untuk mengukir memori indah penutup tirai 2022.



Memang tepat sekali pilihan huda bawa family dinner di sini sebab di sini huda boleh pilih sama ada untuk makan di open dining area atau private room. Kami sekeluarga pilih untuk makan di private. Masa mula-mula masuk private room ni, suami kata macam dalam KDrama Reborn Rich pulak kita dinner hari ni.. Korang tengok sendiri, memang eksklusif dan mewah private room di EMP KL ni.


Bilik private yang kami booking ni boleh memuatkan sehingga 6 pax.


Ada pelbagai pilihan private room di sini dan setiap bilik ada signature decoration unik tersendiri .


Private room untuk 8 pax


Private room dilengkapi dengan speaker dan flat screen TV. Kemasan pada dinding dan syiling warna keemasan dan unsur rekabentuk chinese memberi aura luar biasa untuk tetamu yang berkunjung ke sini.


Private room untuk 15 pax. Di lengkapi dinding serap bunyi , so boleh enjoy makan dan berhibur dengan family dan kawan-kawan.



Private room ini juga dilengkapi dengan sistem karaoke. Perfect untuk special event dan company occasion.





Private room dengan comfy sofa and nice decoration sesuai untuk event special bersama family dan kawan-kawan. Untuk OOTD pun memang cantik kan?


Layanan di sini memang 5 bintang! Kami duduk jer, datang pelayan tanya kami nak minum air apa. Huda pilih chrysanthemum tea, sebab anak-anak memang favourite minum tea ni. Dan kami juga minta plain water. Kami memang suka minum air yang zero calories sebab nak enjoy food lebih nikmat.




Menu Dinner di EMP KL


Huda dah preorder, so tunggu satu demi satu makanan dihidangkan.

Ala Carte Starter

Makan malam kami dimulakan dengan ala carte starter iaitu Chilled Ice Plant Salad with Yuzu Dressing dan Crispy King Prawns with Wasahi Mayo .


Chilled Ice Plant Salad with Yuzu Dressing | RM 25



Crispy King Prawns with Wasabi Mayo | RM 48

Kedua-dua menu starter ni sangat sedap makan bersama. Anak-anak pun suka Crispy King Prawns with Wasabi Mayo sebab rasanya yang perfect , tak pedas walau ada wasabi.


Chilled Ice Plant Salad with Yuzu Dressing , rasa masam-masam Yuzu Dressing buatkan salad ni sangat sedap, rasa refreshing disetiap suapan. Rasa macam nak add on order jer sebab huda memang suka makan salad.

Soup

Kemudian kami dihidangkan dengan Double Boiled Fish Bone Soup with Dried Seafood. Kuah sup ni memang padu, sekali hirup dapat rasa signature Chinese cuisine yang asli. Sup ini dihidangkan panas-panas dan ada lilin di bawah mangkuk untuk pastikan sup sentiasa panas. Memang terbaik lah!


Double Boiled Fish Bone Soup with Dried Seafood | RM 48


Cendawan shitake yang fresh dan seafood dalam sup ni memang sedap di makan. Next time akan repeat order menu sup ni.


Claypot

Kami juga order menu Claypot Giant River Prawns Chee Cheong Fun. Sedap sangat tau menu ni. Laju jer kami sekeluarga makan. Rasa udang segar, isinya yang pejal dan perfectly cooked.



Giant River Prawns Chee Cheong Fun | RM 78

Barbecue  Kitchen Specialty



Signature Crispy London Duck | RM188


Main highlight dinner kami kali ni adalah Signature Crispy Duck ni. First bite, anak-anak kata :

“ Mama sedapnya! Saya suka!!”



Kalau korang datang makan di EMP, KL ini menu wajib korang order okay! Rasanya yang sedap dengan perapan BBQ ada rasa manis-manis dan paling unik adalah kulit yang dipanggang sehingga crispy. Ini menu favourite kami sekeluarga untuk family dinner kali ni.


Pelengkap hidangan makan malam, mesti lah ada pencuci mulut kan?

Ini adalah pencuci mulut pilihan kami sekeluarga.

Dessert


Red Ruby Bubur Cha Cha | RM18



Crispy Coconut Pancake with Gula Melaka | RM 23


Kedua-dua menu dessert ni ada keistimewaan sendiri. Paling unik adalah Crispy Coconut Pancake with Gula Melaka. Huda boleh katakan ia adalah pencuci mulut terbaik yang huda pernah makan. Memang tak pernah jumpa kat mana-mana sebelum ni. Maybe huda akan datang semula ke EMP KL semata-mata nak makan Crispy Coconut Pancake with Gula Melaka yang sangat sedap. Bahagian bawah desert ni ada gula melaka yang crispy dan coconut pancake ini ada filling red bean yang sangat sedap rasanya! Owh tidak, huda menulis ni pun dah mula start craving nak makan lagi!



Overall, huda sangat berpuas hati dari segi persembahan makanan, rasa makanan dan suasana restoren yang sangat selesa. Layanan di EMP KL pula bagus. No complain! Semua best. So memang kami akan repeat lagi makan di sini di masa akan datang.



Untuk korang yang nak datang solo atau berdua, boleh juga dining di open area yang lebih happening. Boleh tengok chef masak live sebab di EMP KL, style open kitchen macam ni.


Insta-worthy Restoren di KL





Tak lengkap kalau family time tak bergambar kan? Di EMP ni, banyak tau tempat menarik untuk bergambar dan memang insta-worthy place to visit! Dekorasi unik dan terasa pergi exhibition Chinese artifacts . Antara tarikan yang di pamerkan di sekitar restoren adalah sculpting, pottery, and jade carving.



-




“ Being another manifestation of the heavenly Phoenix on earth, the Peacock is one of the Twelve Symbols of Sovereignty.

The bird is a symbol of divine, rank, power and beauty. At EMP KL, they present the same elements and senses to our cuisine.”





Our happy family at EMP, KL



Makan malam di EMP bertambah istimewa dengan persembahan lagu live dengan alunan muzik violin yang mengasyikkan.


Unik pokok krismas di EMP, KL ni. So wajib kita bergambar.



Sebelum balik , kami terserempak dengan Harith Iskander, sempat anak-anak bergambar . Anak-anak memang kenal Harith Iskander sebab tengok rancangan “ I Told You So” di Netflix


Lokasi EMP KL yang strategik.

So next time , kalau korang jalan-jalan shopping di Pavilion , datang sini dan cuba sendiri Chinese Cuisine terbaik di KL.





1st Floor, The Westin Kuala Lumpur, 199,
Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Jom datang sini bersama keluarga dan kawan-kawan dan rasai sendiri “ The best Chinese Cuisine at the heart at KL”


Untuk tempahan boleh hubungi +6010 303 0011


Waktu Operasi EMP KL


Post a Comment

18 Comments

Rawlins GLAM said…
Ok. I nak ajak my friends buat reunion sini la sempena new year, makanan nampak best and ambience dia pun regal
yaya_flanella said…
Wah cantik betul private room siap dilengkapi dengan speaker dan flat screen tv ye memang sangat ekslusif kalau nak raikan orang tersayang disini. Menu pun nampak sedap semuanya :D
Rolling Grace said…
now i know where to go for good chinese food in the middle of kl city! every dish here looks unbelievably amazing and perfect for the whole family!
Bestnya, nampak fancy sangat, buat pula dah nak raya cina ni. Mesti akan lagi ramai datang.
Aerill Hassan said…
wah seronoknya dapat bawa family ke tempat macam ni. keluarga saya kurang sikit kalau chinese cuisine ni :)
tempat makan kat sini nampak sgt esklusif dan selesa... makanan yg ditawarkan juga semua nampak menarik dan sedap
仙妮 said…
Thanks for this , gonna check out their CNY menu for my family gathering la. Love the food varieties. Cheers Siennylovesdrawing
Kitkat Nelfei said…
Cantik juga ye dining place ni... boleh la consider going here with my friends... boleh enjoy cuisine ni, love the dining environment tho!
Ruby said…
Wahh syok datang masa Harith Iskander ada. EMP ni Ruby pun suka sebab suasana dia privasi.
Huda Halid said…
yes, recommended datang sini buat gathering, boleh booking private room
Huda Halid said…
cantik kan? nampak eksklusif restoren ni
Huda Halid said…
yes, everything here so perfect!
Huda Halid said…
aah, konfem ramai CNY nanti
Huda Halid said…
sesekali why not try..
Huda Halid said…
serius sedap, boleh cuba nanti
Huda Halid said…
yes, you should come with family and friends
Huda Halid said…
yes, definitely the place to be
Huda Halid said…
betul tu privacy dan eksklusif