Wheel-Yoo-Win Tawarkan Hadiah Hebat Bernilai Lebih RM2 Juta Untuk Pengguna Yodoo

 

Wheel-Yoo-Win Tawarkan Hadiah Hebat Bernilai Lebih RM2 Juta Untuk Pengguna Yodoo  |
  Huda bila tahu ada contest, memang laju jer tau nak turut serta. Try my luck! mana tahu rezeki tahun 2022 ni kan..  Benda best tak baik simpan sorang kan? So entry kali ni huda nak sharing berita baik untuk pengguna setia Yoodo.  Yodoo merupakan perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital, mengadakan kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ yang direka khusus bagi memberi ganjaran kepada para pengguna setia Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik bersempena perayaan akhir tahun. Nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan membaca perkongsian huda hari ni!


 Wheel-Yoo-Win Tawarkan Hadiah Hebat Bernilai Lebih RM2 Juta Untuk Pengguna Yodoo 



Apakah itu Wheel-Yoo-Win?

 Kempen Wheel-Yoo-Win ini dianjurkan oleh Yodoo denganb kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) menawarkan peluang kepada pengguna yang layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200.

 Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuklah :- 


Hadiah ‘Daily Spin’ Wheel-Yoo-Win

  • Data Berkelajuan Tinggi 3GB Yoodo (Booster) (Pengaktifan talian Yoodo)
  • Data Berkelajuan Tinggi 7GB Yoodo (High Speed Activation Data) (Pengkatifan talian Yoodo)
  • e-Baucar Cashback SEAGM
  • Barangan In-Game PUBG Mobile Yoodo Jerseys, costumes and items
  • Langganan 1-Tahun Percuma Majoriti + 2H1M Staycation
  • e-Baucar Grab
  • e-Gift card Starbucks
  • e-Baucar Lazada
  • e-Baucar Petronas
  • e-Baucar Shopee IT Mall
  • Tiket TGV Cinema
  • MLBB Diamonds
  • Kod UC PUBG Mobile
  • Kredit Razer Gold

Tambahan pula ada tawaran lebih menarik iaitu cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan. para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik seperti

Hadiah Cabutan Bertuah Bulanan

  • 1x iPhone 14/iPhone 14 Plus
  • 2x Gajet Samsung
  • 3x Gaming Gears

Bilakah Wheel-Yoo-Win berlangsung?

Wheel-Yoo-Win  akan berlangsung sehingga 21 Disember .

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, 
“Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan daripada kami kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong kami selama ini. Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat!”

Bagaimana untuk sertai Wheel-Yoo-Win ?

Korang mesti teruja kan tengok hadiah-hadiah menarik Wheel-Yoo-Win anjuran Yodoo ni kan? 
So untuk sertai korang hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo mereka, dan mereka dijamin akan membawa pulang satu hadiah!

Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima hadiah mereka. 

Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama SEAGM, Tommy Chieng berkata, 

“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Yoodo sekali lagi, dan kali ini untuk kempen yang menarik dan menyeronokkan ini. Kami sentiasa mengutamakan kepuasan hati dan kesetiaan pelanggan dan peluang untuk memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai hadiah hebat ini sememangnya memberikan kegembiraan kepada kami.” Pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM, dan 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin.


Mengenai Yoodo




Dilancarkan pada Januari 2018, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih yang pertama di negara ini yang benar-benar boleh disesuaikan dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan yang lengkap.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan Twitter. Atau dapatkan berita esukan terkini dengan megikuti @yoodoesports di Facebook atau @yoodoesportsmy di Instagram.



Mengenai SEAGM



SEA Gamer Mall Sdn Bhd, SEAGM ialah sebuah syarikat platform e-dagang barangan dan perkhidmatan digital antarabangsa yang mantap untuk para pemain, pembangun, dan penerbit permainan video. SEAGM mempunyai beberapa pejabat di Malaysia, China, dan Thailand, ia menjadi pilihan para pemain untuk mendapatkan tambah nilai permainan video dalam talian dan barangan digital.

SEAGM berjaya membangunkan platform e-dagang barangan digital dan pembayaran permainan video dalam talian (SEAGM.com) dan platform pasaran barangan digital (KALEOZ.com). Dengan pelbagai projek dan kerjasama serta perkongsian yang berjaya dilaksanakan, SEAGM bersedia untuk mencipta pencapaian yang lebih besar sambil ia mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam industri permainan video di peringkat global.




Post a Comment

0 Comments