Advertisement

DuitNow ShopeePay Memudahkan Transaksi Digital


Rakyat Malaysia Lebih Suka Menggunakan E-Dompet Untuk Memudahkan Transaksi Digital | 
Menghantar dan menerima dana daripada e-dompet dan perbankan atas talian menjadi lebih mudah dengan fungsi Pindahan DuitNow ShopeePay Idea untuk menuju ke arah negara tanpa tunai mungkin kelihatan mustahil pada suatu ketika. Namun begitu, dengan penggunaan e-dompet yang makin meluas dalam kehidupan harian kita, perkara yang mustahil kini adalah melalui seharian tanpa menggunakannya. Mengikut kiraan terakhir pada tahun 2022, terdapat lebih 40 operator berlesen e-dompet yang sekali gus membuka jalan kepada Malaysia untuk menjadi negara tanpa tunai.

Kaedah e-pembayaran telah diperkenalkan sebelum pandemik COVID-19 tetapi, pandemik tersebut adalah pencetus kepada penggunaan yang luar biasa dalam kaedah e-dompet di Malaysia. Kini, ketika negara pulih daripada pandemik, rakyat Malaysia terus menggunakan e-dompet sebagai cara yang mudah untuk berurus niaga secara digital.

Dengan persaingan e-dompet yang semakin kompetitif, pengguna dapat menikmati banyak insentif yang menarik seperti tawaran pulangan tunai, diskaun dan mata ganjaran, dan juga program mengagihan bantuan COVID-19 kerajaan melalui e-dompet. Di bawah program inisiatif kerajaan Malaysia, e-Belia 2021 dan e-Pemula 2022, RM150 dalam bentuk dana e-dompet telah diberikan kepada semua belia berumur 18 hingga 20 tahun serta mahasiswa sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) Malaysia.

Program ini ditawarkan melalui empat perkhidmatan e-dompet, termasuk ShopeePay, yang mempunyai lebih 1 juta rangkaian peniaga, di luar dan atas talian. Usahawan tempatan khususnya golongan belia yang ingin menceburi dunia perniagaan digalakkan untuk bermula menerima pembayaran tanpa tunai untuk membantu peralihan kepada ekonomi digital.

BUKAN SEKADAR UNTUK PEMBAYARAN

Wang tunai dan kad hampir tidak diperlukan kerana telefon pintar anda boleh melakukan semua yang anda perlukan dengan mudah – malah bukan sahaja pembayaran. Sekarang, e-dompet juga telah menjadi kaedah pilihan untuk menghantar dan menerima dana di kalangan rakan-rakan, keluarga, dan untuk tujuan e-dagang.

Dompet mudah alih yang diintegrasikan seperti ShopeePay menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar untuk pengguna seperti membuat pembayaran atas talian di Shopee, menambah nilai dompet mereka, pindahan dan pengeluaran dana serta membuat pembayaran di luar talian pada ribuan peniaga. Perlu menghantar wang kepada pasangan anda? Gunakan e-dompet anda. Membuat bayaran untuk buku yang anda beli daripada penjual atas talian?


Pindahkan dana dengan e-dompet anda. Anda juga boleh menggunakan e-dompet anda untuk menghadiahkan angpow atau duit raya kepada anak saudara yang tinggal di negeri lain.

Pada asasnya adalah kelebihan menggunakan e-dompet, seperti ShopeePay: mudah, masa nyata (real-time), fleksibel dan tepat, ia juga selamat kerana data dalam e-dompet adalah sulit dan memerlukan pengesahan pengguna sebelum sebarang transaksi boleh dilakukan.


BUAT PEMINDAHAN MASA NYATA (REAL-TIME) MELALUI SHOPEEPAY DENGAN PEMINDAHAN DUITNOW


E-dompet juga boleh dipautkan ke akaun bank tersendiri di mana, anda boleh menambah nilai e-dompet anda dengan dana daripada akaun tersebut. Jika anda seorang pengguna ShopeePay, pautan akaun bank kepada e-dompet mempunyai satu lagi kelebihan: Anda boleh membuat pemindahan wang dengan mudah daripada e-dompet ShopeePay dengan cara yang lebih ringkas dan mudah dengan ciri baharu Pemindahan DuitNow.

Dari September 2022, pengguna ShopeePay boleh menghantar atau menerima dana dalam masa nyata daripada e-dompet lain atau mana-mana platform perbankan atas talian dengan menggunakan ID DuitNow mereka. Ini bermakna, pengguna tidak perlu lagi menaip nombor akaun yang panjang. Dengan ShopeePay, pengguna hanya dibenarkan untuk mengaktifkan nombor telefon mereka sebagai ID DuitNow untuk perkhidmatan e-dompet Pemindahan DuitNow.

Perkhidmatan ini juga hanya tersedia untuk pengguna ShopeePay yang telah mengaktifkan akaun Premium mereka (dengan mengesahkan NRIC mereka). Transaksi Pemindahan DuitNow adalah percuma, dan anda boleh melakukan transaksi Pemindahan DuitNow tanpa had daripada e-dompet ShopeePay anda.

Langkah-langkah mudah untuk menggunakan perkhidmatan DuitNow:

1. Klik ikon “Tetapan” atau “Settings” di laman ShopeePay di aplikasi.

2. Klik DuitNow, tandakan setuju di terma & syarat (T&C), dan klik “Link DuitNow to ShopeePay”

3. Dapatkan kod pengesahan melalui panggilan telefon ataupun SMS melalui WhatsApp

4. Masukkan kod pengesahan untuk medaftarkan nombor telefon sebagai ID DuitNow untuk ShopeePay







ULASAN DARIPADA PENGGUNA SHOPEEPAY


Adakah ianya mudah untuk menggunakan ShopeePay dengan Pemindahan DuitNow? Berikut ialah ulasan daripada beberapa pengguna mengenainya:



Amirtharaj Bathmanaban, Selangor

“Saya dan rakan-rakan saya suka keluar untuk mencuba tempat makan baharu. Apabila tiba masa pembayaran, biasanya salah seorang akan membayar dahulu dan kami yang lain akan memindahkan bahagian kami ke e-dompet ShopeePay mereka menggunakan Pindahan DuitNow. Ianya pantas dan mudah kerana tidak perlu menggunakan aplikasi perbankan atas talian kami, masukkan nombor akaun, tunggu OTP dan kemudian menghantar jumlahnya. Dengan ShopeePay, anda hanya perlu klik pada butang Pindahan DuitNow, taip nombor telefon bimbit, jumlah untuk dipindahkan, pin ShopeePay anda dan anda sudah selesai! Wang itu juga dipindahkan serta-merta ke dalam akaun rakan saya!”




Lawrence Goh, Kuala Lumpur

“Sebelum ini, apabila seseorang meminta nombor akaun bank saya untuk memindahkan wang, saya perlu memastikan saya memberikan semua nombor yang betul berulang kali... tetapi, saya tetap pernah melakukan kesilapan sebelum ini, menjadikan keseluruhan proses agak susah dan mudah untuk berlaku kesilapan! Kini, dengan ShopeePay, saya boleh menghantar dan menerima dana menggunakan ID DuitNow saya, saya hanya perlu memberi mereka nombor telefon saya dan mereka boleh memindahkan jumlah tersebut ke akaun bank saya serta-merta. Sangat mudah dan cepat.”


Hindumaathy Athimoolam, Selangor

“Saya menggunakan e-dompet ShopeePay saya untuk membayar barangan di Shopee. Saya juga menghantar dan menerima dana dengan serta-merta apabila akaun bank saya dipautkan ke ShopeePay. Ianya sangat berguna kerana saya tidak perlu mengingati nombor akaun sendiri, dan oleh kerana saya menggunakan ShopeePay dengan kerap, ianya sangat mudah untuk menggunakan hanya satu e-dompet untuk semua perkara dan tidak perlu menggunakan beberapa e-dompet dan aplikasi perbankan atas talian pada masa yang sama. Dengan cara ini, saya boleh mengawal perbelanjaan saya.”


PROMOSI PINDAHAN DUITNOW!


Bermula dari 17 Oktober, tambah nilai minimum RM50 ke e-dompet ShopeePay melalui Pindahan DuitNow dan dapatkan Pulangan Tunai RM10 + Baucar Pulangan Coins 100%.

Untuk maklumat lanjut tentang fungsi Pemindahan DuitNow di ShopeePay, sila layari https://shopee.com.my/m/DuitNow-Transfer



Tentang ShopeePay

ShopeePay ialah dompet digital yang diintegrasikan dan menawarkan pengguna akses mudah kepada perkhidmatan pembayaran digital. Dilancarkan pada 2015, ShopeePay membolehkan pengalaman membeli-belah yang lancar dengan membolehkan pengguna membuat pembayaran atas talian di Shopee, menambah nilai dompet mereka, memindahkan dan mengeluarkan dana, serta membuat pembayaran luar talian dengan ribuan rakan penjual kami. ShopeePay memudahkan anda membeli-belah dan menjalankan perniagaan. Ia menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran; lantas memperkasakan perniagaan dan membuka pintu ke arah peluang baharu.

ShopeePay adalah sebahagian daripadaSeaMoney, sebuah cabang perkhidmatan kewangan digital Sea Limited. Sebagai penyedia pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan terkemuka di Asia Tenggara, misi SeaMoney adalah untuk menambah baik kehidupan individu dan perniagaan di rantau ini dengan perkhidmatan kewangan melalui teknologi. Untuk maklumat lanjut tentang ShopeePay dan SeaMoney, sila layari https://www.seamoney.com.










Post a Comment

0 Comments