Kunafa dan Baklava di Zaituna Restoren, JB Memang Sedap! Konfem Nak Repeat Makan Sini Lagi! | Hujung minggu lepas, huda pergi Johor Bahru, ziarah adik huda yang baru pindah rumah. Sambil tu huda JJCM di Johor Bahru. Memang craving sangat nak makan Kunafa dan Baklava. Ternampak di media sosial ramai orang share makan menu Middle East di Zaituna Restoren. So huda pun ajak family makan malam di sini. Memang rambang mata sangat tengok banyak sungguh pilihan Baklava di sini. Kunafa pun huda ambil tak cukup satu! Serius sedap, kena dengan selera huda sekeluarga.
Pengalaman Makan Kunafa dan Baklava di Zaituna Restoren.
Huda start craving nak makan Kunafa bila adik ipar share dia makan kunafa viral di KL. Mujur di JB pun ada kunafa yang sedap di Zaituna. Harga pun affordable.
Korang boleh tengok video huda makan-makan di sini. Sampai jer restoren masuk dari pintu terus di jamukan dengan pelbagai jenis baklava untuk dipilih!
Serius rambang mata nak pilih tau!
Nah belanja gambar Kunafa. Nak rasa datang sini okay. RM9.00 jer sepotong. Sebelum makan jangan lupa letak sikit syrup/air gula, boleh minta pada staff nanti. Sebab ada orang tak tahu kena letak air gula, tu ada yang kata tak sedap dan tawar. Tapi lepas korang letak topping syrup tu rasa macam tak cukup jer sepotong!
Haish lama plak pergi "shopping" kunafa dan baklava. Jom la huda bawa pergi seating kami yang eksklusif. Korang tengok laluan nak ke tempat duduk tau cantik. banyak betul port OOTD kat sini sebenarnya..
Tadaa~~~~~
Lawa kan seating arrangement di Restoren Zaituna. Memang feeling makan di Middle East. Dengan hidangan nasi Arab dalam dulang, dan lengkap dengan jug air dan cawan tembaga( yer ker, not sure, tapi rasa cam orang arab zaman dulu2..hehe)
Tengok, kami anak beranak sangat excited nak makan! Jom tengok apa yang kami order di sini
Set Nasi Arab Dulang - Kombinasi 3 jenis nasi- ada nasi Kabsa, nasi Magluba dan nasi Mandy Lauknya ada ayam dan daging kambing. Lengkap dengan hidangan air dalam jug. ( Air iced lemon tea). Huda add on juga signature dish di sini selain manisan Baklava dan Kunafa, huda order Chicken Shawarma.
Seating jenis duduk dan sangat selesa. Huda siap ajak adik dan suami dia join kami "kenduri" nasi Arab di sini. Tahu dah, tak mampu nak habiskan kalau kami anak beranak jer makan..
Kami makan guna tangan jer. Lagi pun di sini ada sediakan tempat basuh tangan, Korang tengok la, sinki pun ada vibes Middle East. serius cantik sangat restoren ni.
Restoren luas, bersih dan selesa. Boleh pilih nak duduk di meja atau makan bersila. Perfect place for special day, macam nak celebrate birthday atau anniversary..
Lokasi Zaituna Restoren
Restoran Zaituna
Lokasi : 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari pada jam 11 pagi hingga 11 malam kecuali hari Jumaat dibuka pada 2 petang.
Hp / Whatsapp : +60 13-735 6645
Website : https://www.zaituna.my/
Alhamdulillah dapat bawa anak dan adik makan kat sini. Doakan huda murah rezeki dapat belanja family makan di sini lagi, sebab sedap sangat teringat-ingat! InshaAllah will repeat again soon!!
#CravingBaklavaKunafaSatisfied
#CravingBaklavaKunafaSatisfied
7 Comments