Cara Taksir Zakat Dengan Mudah Melalui LZS

Cara Taksir Zakat Dengan Mudah Melalui LZS | Bagi huda, kewajipan menunaikan zakat ni masih kurang pemahamannya di kalangan kita. betul tak? Ada yang rasa cukup lah bayar zakit time bulan puasa jer! Sebenarnya zakat ni wajib tau bagi mereka yang cukup syarat untuk menunaikan dengan pengiraan atau taksir zakat yang betul. 



ÙˆَÙ‚َالَ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ: {لاَ ÙŠَÙ‚ْبَÙ„ُ اللهُ الْØ¥ِÙŠْÙ…َانَ Ø¥ِلاَّ بِالزَّÙƒَاةِ ÙˆَÙ„َا Ø¥ِÙŠْÙ…َانَ Ù„ِÙ…َÙ†ْ Ù„َا زَÙƒَاةَ Ù„َÙ‡ُ}.

Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan menerima keimanan kecuali dengan zakat. Dan tidak ada keimanan pada diri seseorang yang tidak menunaikan zakat.”

Cara Taksir Zakat Dengan Mudah Melalui LZS


Taksir Zakat ialah kita mengira apa sahaja jenis zakat yang berkaitan dengan kita (Contohnya Zakat Pendapatan) dengan nilai yang tepat bila cukup haul dan hisab. Lembaga Zakat Selangor (LZS) oleh bantu anda buat kiraan jumlah zakat yang perlu dibayar berdasarkan apa yang kita miliki.


JENIS-JENIS ZAKAT


1. Zakat Fitrah : Hanya di bayar ketika Bulan Ramadhan sahaja.

2. Zakat Pendapatan : Ialah zakat yang dikeluarkan berdasarkan pada pendapatan semasa kita. Kalau tetiba kena buang kerja dan tak bekerja, maka tak perlulah bayar zakat pendapatan ni, contohnya masa PKP hari tu.

3. Zakat Perniagaan : Zakat yang dikenakan kea as hasil perniagaan yang kita buat.

4. Zakat Harta : Zakat yang dikeluarkan kerana harta kita, contohnya macam ada banyak rumah, rumah kedai, tanah dan sebagainya.

5. Zakat Emas & Perak : Zakat kerana barang kemas dan perak yang kita miliki & tak dipakai. Tapi kalau barang kemas tersebut kita pakai walaupun hanya pakai sekali setahun sahaja tak perlu dibayar zakat.

6. Zakat Wang Simpanan : Zakat pada wang simpanan kita yang banyak dan ak digunakan samada di bank, di rumah atau di mana-mana sahaja.

7. Zakat KWSP : Zakat pada duit simpanan kita di dalam KWSP.

8. Zakat Pelaburan : Zakat yang dikenakan di atas pelaburan yang kita buat, contohnya pelaburan di Unit Trust Public Mutual.

9. Zakat Ternakan : Zakat untuk sesiapa yang ada binatang ternakan, contoh macam biri-biri, rusa, lembu, ayam, itik, kerbau, unta dan sebagainya.

10. Zakat Saham : Zakat pada pelaburan saham yang buat. Contohnya Saham ASB.

BULAN TAKSIR ZAKAT DENGAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR



Kempen Taksir Zakat yang dikenali sebagai ‘Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu’ berlangsung dari 15 hingga 31 Julai 2022. Sempena kempen Taksir Zakat ni terdapat  banyak tawaran hadiah-hadiah yang menarik yang disediakan oleh Pihak LZS untuk mereka yang membayar zakat sepanjang tempoh tersebut (Bergantung mengikut syarat dan terma yang ditetapkan).

Jom sertai Taksir zakat sehingga 31 Julai 2022 ni dan rebut berpeluang memenangi hadiah! 




Ayuh taksir zakat secara online di sini >> https://jom.zakatselangor.com.my <<
Boleh juga download apps ‘ZakatSelangor’ kat App Store atau PlayStore. 


Syarat & Kelayakan Untuk Menyertai Kempen ‘JOM TAKSIR ZAKAT’ :

1. Bukan warga kerja LZS.

2. Peserta perlu ke website https://jom.zakatselangor.com.my atau imbas QR Code di App ZakatSelangor di Play Store atau App Store.

3. Log masuk terlebih dahulu & buat taksiran jenis-jenis zakat yang berkaitan dengan korang.

4. Peserta perlu tekan ‘butang simpan’ sebagai bukti taksiran & komitmen penyertaan.

5. Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.

6. Tiada had minimum bayaran zakat untuk semua peserta.

7. Setiap peserta layak mendapat 1 cabutan sahaja.

Ikuti media social LZS di Facebook atau Instagram untuk update aktiviti-aktiviti yang dijalan oleh LZS yang melibatkan duit zakat yang korang sudah sumbangkan!  

Untuk maklumat lanjut tentang zakat :

Telefon : 1-300-88-4343



Post a Comment

0 Comments