Sesi Live Sharing Dialog Pakar OPTOM di BIZNETWORK - Berkongsi Servis Menerusi Pengalaman Mengurus Masalah Mata & Insentif




Alhamdulillah, pada 1 Ogos yang lepas, huda luangkan masa sama-sama turut serta dalam Sesi Live Sharing Dialog Speaker Jemputan Dr. Hafidz Ithnin , UIA dan Puan Ameera Faiz yang dibawa khas dari OPTOM dan akan bersiaran langsung di Platform Facebook Live BIZNETWORK. Kalau korang terlepas sesi live, jangan risau, korang boleh tengok semula di bawah :-


Sesi Live Sharing Dialog Pakar OPTOM di BIZNETWORK - Berkongsi Servis Menerusi Pengalaman Mengurus Masalah Mata & Insentif

 

Tajuk Sesi Live Dialong yang berlangsung di  www.facebook.com/bpumara ini bertajuk " Dari Mata Turun Ke Hati"  dengan objektif dialog untuk berkongsi Servis Menerusi Pengalaman Mengurus Masalah Mata & Tawaran Rebat. 


Jom huda kongsi antara perkongsian menarik sepanjang sesi Live Dialog yang berlangsung :- 

Puan Ameera Faiz 

- Beliau berkongsi servis dari OPTOM Eyecare, merupakan pusat Optometri di Bandar Baru Bangi yang menawarkan pemeriksaan mata secara klinikal 
- Bercerita tentang pengalaman bertemu patient setiap hari. 
- Pemeriksaan kekuatan otot mata dan saraf bahagian depan mata
- Bukan sekadar pemeriksaan power untuk buat cermin mata sahaja, malahan dapat mengetahui masalah mata yang lain antaranya Computer Vision Syndrome dan pihak  OPTOM akan beri consultasi untuk menyelesaikan masalah ini.
- Beri kesedaran kepada masyarakat , kadang-kala sakit kepala itu berpunca dari mata.







 Dr. Hafidz Ithnin , UIA
- Berkongsi pengalaman handle patient yang hadapi masalah juling akibat terlalu lama menggunakan gadget yang melebihi 9 jam satu hari 
- Sistem mata akan penat , allignment akan lari dan memberi impak pada kualiti penglihatan
- Simptom pertama bila kita ada masalah mata adalah pening kepala dan mata akan berasa senak. ( Eye Strain) 
- Pening kepala bermula dari dahi hingga ke belakang mata. ( Otak bahagian belakang memproses sistem penglihatan )
- Bila kita lihat gadget terlalu lama, mata kurang berkedip dan menjadikan mata kering. 



Sesi Live Dialong diteruskan dengan menjawapan persoalan encik Danial tentang masalah Rabun Silau yang di alami oleh beliau 



- Habit selalu tenyeh mata, dan biarkan mata kering terlalu menyebabkan permukaan kornea berubah menjadi punca masalah Rabun Silau. 

Menariknya di Live Sharing kali ni Puan Ameera berkongsi masalah juling kanak-kanak dan yang orang dewasa dan memberi konsultasi serta memastikan masalah patient mendapat penyelesaian terbaik.

 
Tawaran Kolaborasi Untuk Pengusaha Klinik & Farmasi Sekitar Lembah Klang 
- Khas untuk pengusaha klinik dan farmasi, jika ada patient yang  berkunjung ke klinik dan farmasi yang mengalami masalah mata, dan mereka akan cadangakan kepada patient untuk refer di Optom Eye Care Bangi 
- Pihak Optom akan memberi insentif kepada pengusaha klinik dan farmasi tersebut.
- Peluang kerjasama juga terbuka untuk konsultasi masalah patient seperti kencing masa dan power mata yang tidak menentu. 
- Pihak Optom Eye Care juga boleh keluarkan report pemeriksaan mata sebagai rujukan

Berminat untuk partnership dengan Optom EyeCare? Boleh terus hubungi mereka melalui contact details yang huda kongsikan di penghujung artikel ini. 

Tentang OPTOM




Optom menawarkan perkhidmatan pemeriksaaan mata secara detail yang anda tidak dapat di kedai cermin mata biasa. Pakar mata di sini yang professional akan membuat pemeriksaan menggunakan 4 mesin berbeza dan penerangan terperinci tentang kesihatan mata anda. Jika ada kelapangan bawa family lakukan pemeriksaan mata di sini. 
Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️10AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9

Untuk maklumat lanjut dan juga sebarang pertanyaan boleh hubungi Optom Eyecare Bangi di :-
Website: https://optom.com.my/
IG: www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangi


Baca juga :


Optom Eyecare Bangi Tawarkan Pemeriksaan Mata Secara Klinikal yang Terbaik!

Post a Comment

0 Comments