Advertisement

Coffee Date di Kantin & Co. Kuantan

Coffee Date di Kantin&Co. Kuantan  | Pada entry lepas huda berkongsi pengalaman huda sertai Cyber Eco Hunt 2022 di Kuantan.  Kali ni huda nak share sebelum event, huda overnight di hotel area kuantan. The Arifs tinggal di rumah tok ma, so ada chance mama papa dating kan? Kami sampai ke kuantan dah malam, lepas check in dan solat baru berjalan-jalan sekitar hotel untuk food hunting. 

Coffee Date di Kantin&Co. Kuantan 


Actually, kami dah makan sate di kedai makan satay favourite kami, Sate Zul di kuantan. Lepas makan, kami jalan-jalan layan view kuantan waktu malam, just two of us. Bring back old memories.


Kami singgah sekejap di masjid kuantan, konon nak jalan terus ke menara teruntum. rasa macam jauh, pulak.. hehe ambil gambar dari jauh jer lah..



depan masjid ni ada pasar malam, takut nak masuk , risau sesat. haha.. 



one day nanti nak bawa anak-anak naik menara kuantan tu. so kali ni kita selfie dari jauh jer lah yer..

Jalan dan berjalan sampai lah terjumpa Kantin & Co. Serius, mula-mula memang nak lalu jer tau, tak nak singgah pun. Tapi aroma coffee tu irresistable. Maka jomlah coffee date di sini di malam hari. 

Sampai di kaunter, staff kata , kedai dah nak tutup, boleh ambil order takeaway jer. so order lah. tapi sempat juga makan dan minum sampai habis di kedai. 


Suamiku yang pasrah, layankan isteri yang tiba-tiba nak minum kopi. hehe.. 


Sebelum order, huda tanya dulu mana yang dia rekemen untuk cuba. Huda order Creme Brulee Latte. Memang padu beb kopi ni. Menyesal order satu sharing2 dengan suami. haha.. 

Huda makan juga cinnamon rolls, sorry tak ambil gambar, ada video jer, korang boleh tengok reel kat atas tu yer. Typo kat story tu, harganya RM 9 jer. paling best kat sini cinnamon roll yer ada pilihan topping macam-macam antaranya, cream cheese, oreo & cream, Biscoff & Crumble dan pilihan huda Caramel & Almond nibs sebab encik suami suka makan almond.  

Overall, memang puas hati lah dapat coffee date kat sini. InshaAllah next time boleh repeat lagi! 
Follow instagram Kantin & Co. untuk info lanjut : https://www.instagram.com/kantin.co/







Post a Comment

0 Comments