Advertisement

Pengalaman Sertai Cyber Eco Hunt 2022 Anjuran Alam Flora


Pengalaman Sertai Cyber Eco Hunt 2022 Anjuran Alam Flora |
Alhamdulillah, hari yang di nanti sudah tiba dan berjalan lancar dengan izin Allah. Syukur, huda buat pertama kalinya sertai Cyber Eco Hunt anjuran Alam Flora Sdn Bhd. Tahun ni merupakan tahun ke tiga anjuran event ni. Masa dapat invitation huda memang sangat teruja untuk join! Jom huda kongsikan pengalaman huda sepanjang program Cyber Eco Hunt di Kuantan Pahang pada 17 Jun 2022 yang lalu.

Pengalaman Sertai Cyber Eco Hunt 2022 Anjuran Alam Flora



Sehari sebelum majlis, pihak penganjur bagi handbook untuk rujukan dan persediaan kepada 24 peserta yang terdiri daripada blogger , KOL dan influence. Agak risau juga lah huda sebab pertama kali join, dan lepas baca handbook yang penuh dengan info tentang event dan juga details tentang task dan juga contest yang kami bakal sertai. Huda fikir, just join and do my best. Tawakal jer, walau huda tak kenal sangat semua yang join.

Cyber Eco Hunt 2022

Seawal pukul 7 pagi, kami semua berkumpul di McD Teluk Cempedak untuk breakfast. Kemudian briefing oleh pihak penganjur disusuli dengan Acara pelepasan 24 peserta Cyber Eco Hunt 2022 di Teluk Cempedak telah disempurnakan oleh YBhg, Dato' Mohd Zain Hassan Pengurus Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd dan turut dihadiri oleh Pengarah SWCorp Pahang Tuan Sharudin Hamid.




Kick start Cyber Eco Hunt 2022 adalah pencarian harta karun di pantai teluk cempedak. Harta karun yang kami jumpa tu akan di gunakan untuk next task.

Selesai dapatkan harta karun dan bergambar bersama team, Influencer NuriyliaMalek  , Blogger Rane Chin dan Rafzan ToMomi 


Task Pertama adalah Tatacara Pengurusan Sisa Kebun atau Sisa Pukal

YBhg, Dato' Mohd Zain Hassan Pengurus Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd berkongsi info menarik dan huda rasa ramai orang tak tahu.

Pada masa ini sebanyak 20,000 tan sisa domestik direkodkan di Pahang setiap bulan manakala di Kuala Lumpur sebanyak 2500 tan sisa domestik dikutip sehari.
“Apabila kita tahu hari apa dan bagaimana cara-cara untuk membuang sisa-sisa ini, orang ramai dapat merancang bila untuk membuang sisa-sisa tersebut dengan lebih berkesan, kemudian letakkanlah sisa-sisa tersebut bersebelahan dengan tong-tong sampah dan bukannya di tepi jalan atau tempat-tempat awam seperti taman permainan,”

“Masyarakat perlu mempunyai kesedaran dalam menguruskan sisa pukal dengan memastikan ia tidak dilonggok sesuka hati sebaliknya diurus dengan tatacara betul seperti daun diasingkan, batang dan dahan dipotong serta dimasukkan ke dalam plastik atau guni khas,”katanya. Alam Flora memanfaatkan pengaruh komuniti sosial media bagi menyebarkan maklumat tentang operasi Alam Flora, penjagaan kebersihan dan alam sekitar.Selain itu, peserta-peserta juga dapat mengetengahkan isu-isu kelestarian alam sekitar agar dapat membuka mata dan meningkatkan lagi kesedaran netizen-netizen demi kelestarian alam sekitar.



Selepas melihat demo bagaimana untuk menguruskan sisa kebun , kami semua diberi peluang untuk hands on buat sendiri dan berkongsi di laman social untuk educate public tentang kaedah yang betul untuk uruskan sisa kebun dan sisa pukal. 

Task Kedua adalah Beach Comber

Apa tu beach comber? 
Beach comber adalah sejenis jentera sokongan yang di gunakan untuk aktiviti pembersihan pantai. Menurut pekerja Alam Flora, beach comber ni digunakan di 10 pantai area pahang, beroperasi 7 hari seminggu, 365 hari setahun. 
Nak tahu macamana Beach Comber ni berfungsi korang lagi tengok ig highlight @hudahalid


Ada 2 jenis Beach Comber, satu jenis tractor size lebih besar, dan satu lagi model Cherinton, model lebih compact.  Beach Comber ni berfungi 2 in 1, kutip sampah sekecil putung rokok tu pun boleh dan juga meratakan pasir pantai. 



Dari pantai Teluk Cempedak, kami teruskan acara Cyber Eco Hunt menuju ke Buy Back Center di Pantai Gelora untuk lakukan task ketiga iaitu - Penjualan Barang Kitar semula. 




Disini juga ada,  Kutipan barangan kitar semula secara bergerak menggunakan 3R on Wheels. Untuk maklumat lanjut tentang 3R on Wheels boleh rujuk di sini. Menarik tau, korang boleh dapat cash lepas kitar semula dan juga dapat points Mesra Petronas. 




Para peserta memasuki BBC , Taman Gelora untuk melaksana task Cyber Eco Hunt iaitu langkah demi langkah untuk educate puclic cara kitar semula yang betul. 


Asing kan mengikut kategori , kemudian timbang dan serahkan resit pada pekerja untuk dapatkan duit hasil jualan barangan kitar semula. 

Seronok dapat sama-sama sahut seruan #JomRawatBumi dengan Kitar Semula. 

Maklumat BBC , Taman Gelora 

Task ke 4 : Program Komuniti Bersama 1S1T 




Program 1 Supervisor 1 Transformation Area ( 1S1T) adalah inisiatif penyelia-penyelia Alam Flora untuk menambah baik kawasan perkhidmatan mereka,melangkaui bidang skop kerja hakiki mereka dan memberi manfaat kepada komuniti. 



Sudah masuk tahun ke 5 program 1S1T, dan memang cantik sangat Laman Gelora. Korang nanti singgah lah Laman Gelora, terletak di berdekatan BBC Taman Gelora. 


Di sini setiap kumpulan diberi task untuk warna. Kami pilih replika snail.


Selepas siap tugasan, kami diberikan mangkuk tingkat dan tapau makan di gerai makanan yang terletak di Taman Gelora. 


Task 5 : Makan Dengan Mangkuk Tingkat 

Ayuh kita semua biasakan diri makan dengan mangkuk tingkat dan elakkan guna single use plastik dan steorofoam. Pilihan tiffin atau mangkuk tingkat ni adalah pilihan mesra alam dan boleh digunakan berulang kali. 

" LOVE FOOD HATE WASTE " 

satu lagi kempen dari Alam flora adalah makanan haruslah di makan sehingga habis dan elakkan pembaziran makanan. Kerana sisa makanan yang dibuang ke tapak pelupusan sampah akan menghasilkan gas methane yang menyumbang kepada pemanasan global. 

Task 6 : Jom Rawat Bumi 


Dari BBC Taman Gelora kami menuju ke BBC Bandar Kuantan. Di sini kami ditugaskan untuk tanam pokok. Fuh, lama tak pegang cangkul, berpeluh gak la. Penat tapi enjoy sebab dapat sama-sama #JomRawatBumi dengan tanam pokok untuk bekalkan oksigen kepada semua. 



Bersama team huda, Ranechin. inilah pokok yang kami berdua tanam di BBC Kuantan, pokok ulam raja. semoga ia membesar dengan sihat. 

Habis sudah perjalanan dari seawal pukul 7 pagi sehingga 1 tengahari. Kemudian kami semua berehat untuk solat dan get ready for majlis penutupan di Beanz & Co. 

Majlis Penutup Cyber Eco Hunt 2022


Rezeki yang tak di sangka.. Ketika majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada peserta, terselit juga nama huda. Rezeki naik pentas dua kali.






Berikut adalah pemenang-pemenang utama Cyber Eco Hunt 2022 mengikut kategori.
Blogger
1. Neyra Shazira
2. Mohamad Khairul Anuar@Moka
3. Nurul Huda Halid

Key Opinion Leader (KOL)/ Influencer
1. Fahmi Esmail @ famiesmail
2. Mohamad Nazirul @hangnazirul
3. Shahrul Izwan @shahevenddy

Tersangka terselit juga nama huda. Terima kasih Alam Flora  =) 

Of course teruja, rasanya pertama dalam hidup dapat pegang mock cheque macam ni, dan atas usaha sendiri. Alhamdulilah. great start for first timer right? InshaAllah semoga tahun depan event Eco Hunt ni, huda dapat join lagi! 

Post a Comment

10 Comments

  1. Bagus program macam ni. Suka tengok comber tu.. Patut pantai bersih je

    ReplyDelete
  2. Cyber Eco Hunt? Sounds interesting. I hope I'll be able to participate in this kinda activity one day. Thank you for sharing your experience, Huda.

    ReplyDelete
  3. Cyber Eco Hunt? Sounds interesting. I wish I will be able to participate in this kinda activity in the future. Thank you for sharing your experience, Huda.

    ReplyDelete
  4. Bestnya sesekali join event macam ni.. keluar membantu dan juga dapat hirup udara yang segar. Liez pun nak juga join event mcm ni untuk release tension dan juga sama-sama membersihkan alam sekitar

    ReplyDelete
  5. Wah. Tahniah sebab berjaya menyertai acara yang bagus dan juga kerana memenangi dua hadiah tu. Rezki!

    ReplyDelete
  6. Best juga kan ada event kesedaran dan campaign macam ni from pihal Alam Flora! We need to have more events like this to raise the awareness! Together we can make a difference for a better planet for living!.. well done..

    ReplyDelete
  7. seronok bila dapat join event mcm ni.. byk yang kita boleh belajar terutama didalam penjagaan alam sekitar

    ReplyDelete
  8. tahniah ya! memang seronok join aktiviti macam ni! dapat tambah pengetahuan dan selamatkan alam sekitar :)

    ReplyDelete
  9. Best kan! There are so many things to learn and i also join their eco hunt but mine is in KL

    ReplyDelete