Advertisement

Sambut Birthday di Restoren JOMO


Sambut Birthday di  Restoren JOMO | Hye semua! hari tu time birthday encik suami, huda decide nak belanja si dia makan di restoren baru di Gong Badak. Terbaca few review kata makanan di JOMO ni sedap. Jom huda share pengalaman sambut birthday encik suami di sini.

Sambut Birthday di  Restoren JOMO

Kami datang sini berdua jer, anak-anak kat sekolah. so dapatlah lunch date dengan birthday boy. Sebelum huda order, huda tanya dulu best seller kat sini. First time makan sini dan nak belanja si dia, haruslah huda nak order makanan yang sedap-sedap.


Huda order Moroccan Lamb Shank . Satu set ni ada satu jer nasi. huda add on 1 extra nasi 
( RM 5 untuk sepinggan nasi basmathi) .

Mula-mula rasa nak order 2 meal, tapi lauk lamb shank tu rasa dah banyak untuk sorang makan, so add on nasi jer la. share lauk. Just nice kami makan berdua sampai licin dan kenyang.

Selain order main course, huda order juga desert. Staff rekemen lemon tart dan lagi satu huda order fruit tart.

Seperti biasa, kami memang order sky juice jer , nak jimat kalori. Nice lah, setiap meja memang dah ada plain water.

Nah total belanja birthday boy kali ni. Ni makan berdua, kalau makan satu family kecik huda ni, mau yer 3 angka juga lah...

( Adoi spoil dah tulisan, time nak alihan plate konon nak tilt sikit untuk amik gambar sekali gerak kek yer, rosak sudah tulisan... ) 

Rezeki birthday boy, dapat free mini burnt cheese cake siap staff nyanyikan lagu birthday lagi..
Malu-malu encik suami bila orang lain nyanyikan lagu birthday untuk dia..

Actually, masa sampai restoren, memang tenang dan mood romantik je nak dating dengan birthday boy. Sekali tu datang sekumpulan chinese, borak macam takde hari esok, sakit pulak hati kita. kitorang terpaksa tukar seat sebab bising sangat. Hmm..

Takpelah, dah rezekinya macam tu, deko restoren dan makanan semua tip top, tapi suasana jadi spoil sebab diorang. redha jer lah kan..

One for memories of us on your big day my dearest husband =) 
 

Makanan sini memang sedap, next time memang nak repeat dah cuba another signature meal kat sini.
Jom lah makan sini, berbaloi! 

Joy of Missing Out
Instagram : https://www.instagram.com/jomo.eatery/
Brew | Dine | Talk
PT33845 (G) Taman Tembesu Perdana, Gong Pak Damat, 21200, Kuala Terengganu
(Saturday - Thursday) 9am - 5pm
Closed on Friday

Post a Comment

0 Comments