Pengalaman Check Mata Secara Detail di Optom Eyecare Bangi


Pengalaman Check Mata Secara Detail di Optom Eyecare Bangi
| Mata anugerah paling indah dan bermakna dalam hidup kita, sebab dengan nikmat pinjaman Allah ni kita dapat melihat sejak dari kita lahir sampai kita menutup mata untuk selama-lamanya. Baru ni huda balik kampung, sedih tengok penglihatan Abah semakin merosot akibat kencing manis. Ia memberi huda kesedaran tentang betapa pentingnya kita jaga kesihatan especially bab makan. Sebelum ni huda pernah kedai cermin mata, memang lah harganya murah, check up hanya terhad pada power mata sahaja. Jadi kali ni, huda pergi ke check mata secara detail di Optom Eyecare Bangi selepas baca ramai kawan-kawan huda yang rekemen dan sangat berpuas hati dengan servis di tawarkan. Jom baca pengalaman huda , mana tahu korang pun akan "teracun" juga nak datang sini demi kesihatan mata yang tiada gantinya. 

Pengalaman Check Mata Secara Detail di Optom Eyecare Bangi 

Sebelum datang, huda buat appointment terlebih dahulu. Maka takde lah lama menunggu nanti. Sampai ke Optom Eyecare Bangi, huda terus masuk ke bilik pemeriksaan mata.  Saat huda masuk jer bilik khas untuk cek mata, memang betullah, check mata di sini tak sama dengan kedai cermin mata biasa. Berderet alat atas meja dan huda perlu lalui 4 peringkat.




1: Mesin Autorefractor 
– Mesin ni digunakan untuk memeriksa kadar power dan silau mata. 




 2: Mesin Diagnostik
 –Mesin yang digunakan untuk pemeriksaan saraf mata bahagian hadapan.Hasil pemeriksaan ini kita akan mengetahui mata kita ada selaput, mata merah, penyakit kencing manis atau glaucoma. 


3: Mesin Slit Lamp 
–Mesin ini digunakan untuk memeriksa saraf mata kita bahagian belakang . Alat ini dapat melihat struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa mata.Hasil pemeriksaan ini juga dapat mengesan  masalah katarak.



4:  Mesin Phoropter 
– Mesin yang digunakan untuk periksa  masalah rabun dekat atau rabun jauh

Selepas huda selesai check mata, encik suami pun nak check juga. Kemudian turn anak-anak juga check mata.





Selesai urusan di bilik pemeriksaan mata kami pun keluar tengok-tengok pilihan design cermin mata dan juga lihat demonstrasi perbezaan lense dengan UV light filter dan blue light filter. ( Boleh tengok dalam video di bawah 





Dari pemeriksaan mata yang detail ni, huda dan suami nekad nak terus tempah cermin mata dengan 2 in 1 lenses sebab kami setiap hari buat kerja hadap skrin komputer dari pagi sampai ke malam.  Dari pemeriksaan mata ni huda baru dapat kesedaran betapa pakai cermin mata lengkap dengan UV Protection. So jimat lah, hanya 1 cermin mata sahaja, huda pakai time buat kerja dan time keluar rumah. Harganya pun berbaloi untuk perlaburan kesihatan mata dalam jangka masa panjang. 


Suka dengar penerangan dari pakar tentang struktur mata dan bagaimana nak jaga mata sebaiknya. 


Huda sangat rekemen korang semua, luangkan masa bawa family buat pemeriksaan mata di sini. Sebab mata ni penyakit yang senyap, once dah sakit baru check takut dah terlambat , menyesal air mata darah sekali pun takkan mampu nak kembalikan nikmat mata yang sihat. Pakar mata di sini bagitau huda penyakit mata ni irreversible.  Di sini bukan sekadar cek up jer, dapat ilmu juga tentang mata yang tak pernah kita tahu contohnya amalan menjaga mata sihat dengan peraturann 20 20 20  dan macam-macam lagi ilmu tentang mata. 




Selepas selesai urusan pemeriksaan mata dan pilih bingkai spek yang berkenan, kami sekeluarga menikmati makanan yang di taja oleh pihak Optom. Rasa teruja tau, sebab mana lah pernah pergi kedai cermin mata, dapat makan kek Secret Recipe dan anak-anak dapat makan Marrybrown. Patut lah anak-anak senyap jer , dapat makan sedap dan tengok channel Youtube favourite diorang. Memang tip top , 5 bintang servis dari Optom Eyecare Bangi ni..



Alhamdulillah, tempah cermin mata di sini ambil masa 2 hari sahaja untuk siap. Seronok sangat masa unboxing kotak cermin mata kami yang eksklusif ni.. Lepas ni huda dan suami jadi geng specky lah, walau power mata kami tak tinggi pun dan keperluan memakai cermin mata lebih fokus kepada pelindungan dari blue light screen komputer/ gadget dan juga sinar UV yang merosakkan kanta mata dan juga punca berlakunya katarak. Nauzubillah..  


Our new look with OPTOM glasses. Nampak lebih matang.. Yer la umur dah 30-an baru kami nak pakai spek. 



Huda sangat teruja time dapat kotak spek ni, selain ada bekas yang simpan spek, ada juga aksesori untuk penjagaan spek agar sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik. Berbaloi sangat tau korang datang cek mata dan tempah spek di sini.




Jika korang berminat untuk buat pemeriksaan mata dan dapatkan cermin mata baharu dengan kualiti terbaik boleh la kunjungi :- 

Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM

Untuk maklumat lanjut dan juga sebarang pertanyaan boleh hubungi Optom Eyecare Bangi di :-



Post a Comment

0 Comments