Takut Dengan Bahaya Kesan Buruk Sinaran Biru Gajet ? Kedai Cermin Mata di Bangi ini mampu atasinya!


Takut Dengan Bahaya Kesan Buruk  Sinaran Biru Gajet ? Kedai Cermin Mata di Bangi ini mampu atasinya! 
|  Trend 2021 makin menjadi-jadi penggunaan gajet ni pada anak-anak. Dulu boleh lah cegah anak-anak tengok gajet weekend jer. Tapi sekarang weekdays PdPr, weekend baru bagi mereka main game. Maka 7 hari seminggu anak-anak terdedah dengan sinaran biru ( blue light) . Serius, huda sebagai ibu sangat-sangat takut dengan bahaya kesan buruk sinaran biru dari gajet yang di hadap oleh anak-anak hampir setiap hari ni.. Mujur baru-baru ni huda jumpa perkongsian kawan-kawan di media sosial tentang kedai cermin mata di Bangi yang menawarkan penyelesaian terbaik! 


Takut Dengan Bahaya Kesan Buruk  Sinaran Biru Gajet ? Kedai Cermin Mata di Bangi ini mampu atasinya!


Dulu masa huda kecik, pernah sakit mata sebab tertengok lama cahaya UV matahari secara direct.  Mujur tak lebih dari 100 saat. Kalau tak aduhai, mata akan rosak dan alami kecederaan kekal. Nauzubillah.  Korang boleh tonton video ni penerangan ringkas dari pakar mata di Optom, Kedai cermin mata di Bangi yang selalu berkongsi info kesihatan tentang kesihatan mata. 

Bahaya! 100 saat tengok matahari boleh rosakkan mata KEKAL! 




Okay, itu kesan UV light yang selalunya memberi impak pada bahagian depan mata, manakala bahaya blue light dari gajet ni beri kesan buruk kepada bahagian belakang mata. Scary kan??


Dari gambar di atas , kita boleh tengok bahaya kesan buruk sinaran biru ( blue light) dari gajet menembusi mata ( macular pigment) dan merosakkan retina.



Blue light atau sinaran Biru bukan sekadar gajet seperti phone, tablet sahaja, namun semua skrin termasuk lah TV juga bahaya jika tengok terlalu lama... 

Infografik di atas adalah antara 4 kesan buruk yang anak-anak kita bakal hadapi kalau kita sebagai ibu bapa tidak peka tentang betapa teruknya kesan penggunaan gadget berlebihan..

Tips Penggunaan Gajet Untuk Elakkan Mata Rosak

Kita  memang tiada pilihan, setiap hari terpaksa juga bagi anak-anak gunakan gajet. Tapi kita boleh kurangkan kesan bahaya dari sinaran biru gajet dengan pratikkan tips berikut :- 

Tip 1

First step yang korang buat sekarang adalah ajarkan anak-anak 20-20-20 Rules berikut :- 




Setiap 20 minit, rehatkan mata selama 20 saat dengan memfokuskan mata pada objek yang sekurang-kurangnya 20 kaki jauhnya. 

Selalu juga ingatkan anak-anak supaya berkedip dengan kerap dan penuh semasa menggunakan gajet dan gunakan titisan mata pelembab apabila mata anak-anak terasa kering. Nasihat ni untuk diri sendiri juga yang kerap tengok skrin laptop untuk berkerja.

Tip 2 

Pastikan anak-anak  amalkan postur yang betul semasa menggunakan gajet. Ketinggian kerusi perlu dilaraskan supaya skrin komputer riba/tablet berada pada paras 15 darjah di bawah paras mata mereka

Mendongak ke atas ketika berbaring atau duduk di kerusi yang lebih kecil sedangkala menggunakan skrin digital mereka akan menyebabkan pembukaan kelopak mata mereka lebih besar.  Ini boleh menyebabkan kekeringan mata.

Tip 3 

Skrin digital harus terletak sekurang-kurangnya 30-40cm dari mata. Penggunaan gajet dan skrin digital perlukan pencahayaan yang betul, sebaiknya cahaya matahari. Jika silau skrin terlalu kuat, dapatkan skrin cahaya biru atau penapis yang dapat mengurangkan tahap cahaya biru yang dapat masuk ke dalam mata mereka.

Tip 4 



Seterusnya, boleh la bawa anak-anak cek mata dengan optometrist untuk pantau kesihatan mata anak- anak kita. Huda rekemen korang pergi Kedai cermin mata di Bangi iaitu OPTOM. Berbeza dengan kedai cermin mata biasa, di sini ia menawarkan pemeriksaan yang teliti dengan 4 peringkat. Boleh baca lebih lanjut di SINI 


Persatuan Optometrik Amerika (AOA) telah mengeluarkan garis panduan untuk kesihatan mata kanak-kanak. Kanak-kanak berusia 6 hingga 18 tahun disarankan untuk menjalani pemeriksaan mata menyeluruh sebelum memasuki sekolah dan setiap tahun selepas itu. Pemeriksaan mata secara komprehensif disyorkan dua tahun sekali. Ini disebabkan peningkatan kes-kes kerabunan dan lain-lain masalah penglihatan yang melanda generasi muda kini.


Boleh juga baca pengalaman rakan-rakan huda yang dah jalani pemeriksaan mata di Optom, Kedai Cermin mata di Bangi iaitu Ummi Nani, Qaseh Dalia dan juga Fir 


Pss... Jom join Optom Giveaway ni, menarik hadiah dia..Boleh kita jaga mata kita dari sinar UV bila keluar rumah..

Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk pautan di bawah :- 

OPTOM Eyecare

No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan (Berdekatan Marrybrown)

GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9

PM DIRECT >> wasap.my/601111479093

Social Media OPTOM Eyecare:

Facebook : www.facebook.com/optombangi

Website : http://www.optom.com.my

 

11 comments:

  1. Tq for the tips Huda. Good info

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni.. Sekrg memg anak2 pandang screen je.. So ni la tips berguna boleh ikut

    ReplyDelete
  3. Thanks for the tips.. For those who are looking for the protection plan, here you can get the the best plan. And also here is how to avoid road scamscam malaysia

    ReplyDelete
  4. Toilet ventilation - 4 reasons why it is important.
    Best Air filtration system in malaysia.
    3 types of smoke ventilation systems you must know.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing a very good information!

    office cleaning

    ReplyDelete
  6. aegis pod dan nanostix di malaysia
    Nak beli nanostix di vape empire ?
    caliburn pod dan nanostix pod di Malaysia

    ReplyDelete
  7. 6 cara merawat slip disc dengan berkesan

    Awas! 4 punca utama masalah sakit pinggang yang anda perlu tahu.

    ReplyDelete
  8. plastic container - 5 reasons why it is the best option .
    bottle packaging vs jar packaging which one is better?
    5 best suppliers cosmetic packaging malaysia

    ReplyDelete
  9. Lindungi ramadhan anda , 5 cara elak pembaziran
    Mangsa ragut apa yang perlu anda lakukan jika diragut ?
    5 cara nak pilih takaful kereta yang terbaik untuk anda.

    ReplyDelete
  10. Sedang mencari insurans untuk melindungi diri anda? Klik di bawah untuk ketahui info lebih lanjut.

    Etiqa life insurance
    insurance malaysia
    motorcycle insurance

    ReplyDelete