Staycation di AnCasa Residences Port Dickson - Family Friendly dan Berbaloi! | Port Dickson, lokasi pelancongan yang tidak asing lagi. Huda sejak kecil banyak kali juga huda datang sini dan pernah juga honeymoon beberapa kali di sini. Sejak berkeluarga, bila pilih lokasi bercuti huda suka pilih yang family-friendly supaya satu family dapat enjoy staycation puas-puas. Minggu lepas huda dan family bercuti ke AnCasa Residence Port Dickon yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson. Jom baca pengalaman huda staycation 3 hari 2 malam di sini di bulan Ramadan.
Staycation di AnCasa Residences Port Dickson - Family Friendly dan Berbaloi!
Sebelum korang baca sharing huda, jom layan dulu reel di instagram huda! Konfem korang pun teruja nak bawa family staycation ke sini!
Lokasi AnCasa Residences, Port Dickson
Review Apartment 2 Bedrooms Deluxe
Huda memang request nak bilik seaview, baru la feeling-feeling bercuti tepi pantai kan?
Huda memang pasang wish, nak tengok fullmoon dari beranda bilik. Syukur langit cerah, ini view lepas huda solat subuh , 15 Ramadan. One of the best moment here!
Okay, jom tengok apartment 2 bilik yang huda stay selama 3 hari 2 malam di AnCasa Residences Port Dickson.
Buka jer pintu apartment akan terus ke living room dan juga ada pintu dapur di bahagian kiri.
Living Room
Ada dining area. 6 seater set. Selesa nak makan-makan kami anak beranak.
Jom masuk dapur... Ada peti ais dan dapur memasak juga. Menarik kalau nak masak-masak sepanjang stay di sini.
Ada dining area. 6 seater set. Selesa nak makan-makan kami anak beranak.
Jom masuk dapur... Ada peti ais dan dapur memasak juga. Menarik kalau nak masak-masak sepanjang stay di sini.
Breathtaking view right?! Ini lah bilik master bedroom menghadap pantai. Fuh paling win view sini. Rasa tak nak balik pun ada tau!
Katil comfy, bantal pun gebu. Lengkap ada almari baju, seterika dan juga sejadah. Alhamdulilah , muslim friendly AnCasa Residences, Port Dickson ni, i like!!
Bathroom pun bersih. Ada shower yang laju airnya. puas mandi bersih-bersih kat sini.. Untuk master bedroom , ada satu bathroom di dalam bilik, dan ada juga satu bathroom di luar untuk kegunaan second room.
kelengkapan toiletries yang di sediakan.
Ini pula second bedroom dengan dua katil singles. Sangat sesuai untuk The Arifs tidur sorang satu. Seronok betul diorang, teringat katanya pada The Haven.
Dari bilik ini juga boleh layan seaview. memang wow kan??
Ada juga mainan dan vending machine di bangunan kami menginap iaitu blok C
Kemudahan lain di AnCasa AnCasa Residences, Port Dickson
Swimming Pool
Swimming Pool
Jalan sikit keluar dari kawasan hotel terus ke pantai...
Paling best, walking distance jer nak pergi pantai. Ini pintu gerbang belakang hotel menuju ke pantai.
Overall kami sekeluarga sangat selesa sepanjang staycation di sini. Alhamdulillah, family getaway and quality time together.
Ramadan Staycation Package AnCasa Residences Port Dickson
Berbaloi ramadan staycation di sini dengan harga yang affordable dan menikmati Ramadan Buffet yang sedap! Serius sedap sungguh Chef kat sini masak. Huda pun plan nak repeat staycation ke sini pada masa akan datang!
Alamat:
AnCasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
https://www.ancasahotels.com.my/port-dickson/accommodations/
Email: contact@ancasahotels.com
Follow AnCasa Residences Port Dickson untuk maklumat lanjut dan promosi terkini :-
IG : ancasahotels_resorts
FB : AnCasa Residences Port Dickson
0 Comments