Madu Tualang Asli Al-Sabr - Madu Asli 100% yang Padat dengan Khasiat Untuk Sekeluarga Amalkan.



Madu merupakan makanan sunnah yang di amalkan oleh nabi kita, Muhammad S.A.W dan telah di sebut di dalam Al-Quran. 

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia”.Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu lebah) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang berfikir.”

(Q.S. An-Nahl : 68-69)

Apa Beza Madu Asli , Madu Tualang Dengan Madu Biasa tu ?


Mula-mula huda dengar pasal madu tualang ni, terfikir kenapa nama nyer camtu. Korang nak tahu juga tak?



Lebah tualang, lebah madu gergasi atau naning (nama saintifiknya Apis dorsata) (bahasa Inggeris: giant honey bee), ialah lebah madu yang berkoloni sepanjang Asia Tenggara sehinggalah mendapat nama lebah tualang bersempena dengan sarang atau haifnya yang dibina kebanyakannya di pokok Tualang. Ia menjadi agen pendebunga bagi hampir 50 peratus pokok di hutan hujan tropika menjadikan ia amat penting kepada eko-sistem hutan. Lebah tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya yang bersifat terbuka.
( Kredit - Wikipedia) 


Sarang Madu Tualang 




Dari Sarang , dikumpulkan madu dari lebah Tualang ke dalam botol untuk kita sekeluarga amalkan... 



Antara manfaat madu tualang 

KAJIAN MANFAAT MADU TUALANG 

  • Kajian menunjukkan sifat antimikrobial pada madu tualang dapat menghalang pertumbuhan beberapa bakteria bergram negative seperti Staphylococcus aureus, Streptococcus agalactiae, Streptococcus anginosus, dan Eschericia coli.
  • Memandangkan madu tualang dapat menghalang pertumbuhan bakteria, maka ia efektif untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit. Sebagai contoh, Staphylococcus aureus mudah menjangkiti individu melalui sentuhan dan titisan air di udara yang boleh mengakibatkan pneumonia serta keradangan tulang (osteomyeolitis). Sumber : Root Science
  • Kandungan phenolic dan flavonoids dalam madu tualang adalah yang tertinggi berbanding madu-madu lain di Malaysia. Phenolic dan flavonoids adalah sumber antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan





  • Banyak kajian telah dilakukan untuk mengkaji keberkesanan madu tualang terhadap penyembuhan luka. Keberkesanannya terbukti pada luka separa tebal dan tebal. Menurut kajian ini, madu tualang menunjukkan kesan baik sama seperti ‘dressing’ luka yang digunakan dalam perawatan di pusat perubatan untuk kesan terbakar iaitu dari segi keluasan luka dan tempoh masa penyembuhan.
  • Ia juga melambatkan infeksi bakteria dalam luka terutamanya bagi pesakit kencing manis. Madu tualang merupakan alternatif rawatan yang telah digunakan sejak zama dahulu kala. Memandangkan kesan perawatannya terbukti dalam menyembuhkan luka, ia juga mempunyai manfaat dari segi mengurangkan keradangan.
  • Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan, madu tualang dikatakan dapat meningkatkan kuantiti sperma dan meningkatkan beberapa hormone wanita.
  • Madu tualang dikatakan dapat menurunkan paras LDL dan juga trigliserida iaitu lemak ringkas yang merupakan salah satu faktor yang penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. 
  • Madu tualang ini juga dikatakan dapat melindungi daripada sinaran UV yang dapat mendorong kepada keradangan dan kerosakan DNA pada sel badan.
  • Madu tualang yang kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser. Menurut kajian, kandungan flavonoids iaitu salah satu bahan antioksida dalam madu tualang mempunyai fungsi yang paling utama dalam mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.
  •  Kandungan mineral seperti kalium yang tinggi dapat mempunyai fungsi dalam pengawalan tekanan darah dengan melancarkan perjalanan darah, membantu relaksasi otot dan merendahkan kesan sodium. Memandangkan kandungan sodium dalam madu tualang amat rendah, maka kesan antihipertensi lebih ketara.

Cara Pengambilan Madu Asli Tualang Al-Sabr

  • 2 sudu kecil pagi dan malam sebelum tidur dan sebelum sarapan. 


Bagaimana Nak Beli Madu Tualang Al-Sabr 

Mudah sahaja, semua di hujung jari. Klik link direct whatsapp di bawah :- 
Wasap.my/60136340542/NakOrderMaduTualang



Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, ikut Madu Tualang Asli AlSabr di social media :- 


Post a Comment

3 Comments

Alia Farhan said…
Best ni bancuh dengan teh o utk gantikan gula.. saya suka lagi2 kalau tengah sakit tekak tu😍
仙妮 said…
Thanks so much for sharing about this honey, it's informative to learn much more with your sharing. Cheers Siennylovesdrawing
Tini Alif said…
Wah! Menarik nih! Banyak ye khasiat madu tualang ni. Kiranya, all rounded benefitnya tu. Tini paling minat khasiatnya yang menurunkan paras LDL. Lagi satu, tak sangka yang madu tualang juga dapat melindungi kita daripada sinaran UV. Terbaik. Bolehlah amalkan untuk kesihatan yang optimum kan.