Hadiah Bermakna di malam Nisfu Syaaban dan Anniversary Perkenalan ke 15 tahun.




17 Mac 2022, tarikh bermakna dalam diary hidup huda.. dan hari ni juga kita sambut Nisfu Syaaban. Malam nisfu syaaban tahun ni antara yang paling bermakna. Kami sekeluarga keluar rumah sebelum azan maghrib dan solat jemaah di masjid dari Maghrib ke Isyak. Alhamdulillah, dapat baca yaasin beramai-ramai dan doa beramai-ramai. Malam mustajab doa.. dalam hidup ni, huda doa nak kehidupan yang berkat, diampunkan dosa dan terpilih jadi hamba Allah yang masuk syurga...

Kemudian lepas habis solat isyak, rezeki malam Nisfu Syaaban, dapat jamuan makanan iaitu bihun goreng dan air bobba green tea. Special sangat kan?

Kami decide nak makan di tepi pantai dan tengok full moon. Huda memang tak bawa phone ke masjid, jadi tak dapat nak snap moment indah kami makan di tepi pantai layan fullmoon.

Lepas makan, suami ajak pergi ke kedai buku. Rupanya dia nak belikan huda hadiah senaskah Al-Quran baharu.

Pandaikan encik suami pilih. Memang "girly" sungguh Al-Quran ni dengan berbunga-bunga cinta.. 


Content dalam Al-Quran pun cantik. semoga diri ini sentiasa semangat untuk baca...

Keesokan paginya huda tengok, suami ada tulis pesanan di kulit Al-Quran yang baru ni. Antara ayat yang menyentuh hati huda

“ Dalam hidup ni  Abang akan sentiasa menemani sayang...Tapi di alam kubur nanti, biarlah Al-Quran ini menjadi peneman setia sayang"

InshaAllah, dengan izin Allah dan membaca Al-Quran ikhlas hanya mengharap rahmat kasih sayang Allah, akan di usahakan untuk khatam pada bulan Ramadan dan juga mula menghafal sedikit demi sedikit. Semuanya demi bekalan menuju alam kubur dan semoga berkat Al-Quran ni dapat beri syafaat di hari kiamat nanti. Hidup hari ni adalah peluang kita berusaha sediakan bekalan menuju ke alam yang kekal kelak...

Baca juga : Tips Bahagiakan Pasangan 




Post a Comment

0 Comments