Pengalaman Staycation di Ibis Styles Kota Bharu Kelantan
Pengalaman Staycation di Ibis Styles Kota Bharu Kelantan | Alhamdulillah, staycation keluarga kami untuk pertama kalinya pada tahun 2022 di sebuah hotel baru di Kota Bharu Kelantan. Sebelum huda datang ke Kota Bharu , huda survey macam-macam hotel dan terpikat untuk staycation di Ibis Styles Kota Bharu yang dibuka pada 7 Disember 2020. So hotel baru, mesti gaya moden kan? Jom baca lebih lanjut pengalaman huda menginap di Ibis Style Kota Bharu.
Pengalaman Staycation di Ibis Styles Kota Bharu Kelantan
Sehari sebelum huda datang ke Kota Bharu, baru cari hotel dan terbaca review rakan blogger tentang Ibis Styles Kota Bharu dan huda terus tempah melalui laman web rasmi hotel berbanding tempah guna apps tempahan hotel yang biasa huda tempah tu.
Huda register ahli ACCOR LIVE LIMITLESS, dan terus booking sebab nak dapatkan special rate dan grab promo For the Love of Reconnections ( dapat free hotel kredit RM 35 setiap hari)
Lokasi Ibis Styles Kota Bharu
Actually tujuan utama huda datang ke Kota Bharu atas urusan kerja iaitu event review QB Grand Millionaire Award. Maka huda mencari hotel yang paling dekat dengan lokasi event. Dan Ibis Styles menjadi pilihan hati.
Ibis Styles Kota Bharu Hotel
Alamat : Lot 184, Lorong Minyak Gas,Off Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Malaysia.
Tel : +6097408000
Lobby Ibis Styles Kota Bharu
Hotel baru kan, so memang expect semuanya nampak moden dan canggih gitu.. overall nice lobby deco dan proses check in pun smooth.
Di lobby ni juga ada ruangan bussiness centre, boleh lah lepak buat kerja.
Bilik Ibis Styles Kota Bharu
Huda booking bilik superior with 2 singles bed. Tapi dua katil yer bercantum , jadi cam size King bed.
Welcoming Note dalam TV. Semuanya dalam TV, nak order food tengok menu makanan pun kena cek di TV. Ada movie-movie yang best . Tak sempat pun layan movie yang best, anak-anak jer la sempat. hehe..
Kemudahan lain di sini adalah room slipper, iron , safety box.
Bilik air untuk mandi dan toilet juga asing. So lebih hygienic kan?
I like!
Kemudahan Lain
Swimming dan Gym di level 20. Biasanya kalau hotel baru semua pool design infinity pool kan? tapi pool sini ada dinding. Size pun tak besar mana...
Cafe Streats
antara menu breakfast kami. Ada je menu lain macam nasi goreng, macaroni goreng. Okaylah banyak juga pilihan. Rasa masakan kat sini pun sedap.
Environment dalam cafe ni pun bagus sebab ada indoor plant.
Redeem Free Hotel Credit
Seperti huda mentioned awal tadi, huda dapat free credit RM 35. So huda redeem food untuk The Arifs for dinner. Okay lah harga dan portion besar. Sedap juga chef hotel ni masak.
Overall nice staycation here and will come back again for sure.
Post a Comment