Ayuh Bangkit Tahun 2022 dan Bersedia Hadapi Cabaran Bisnes Selepas Pandemik

Huda dan suami , sama-sama cari makan dengan bisnes sejak kami mula berkahwin sampai sekarang. Sepanjang sedekad ni, tahun 2022 ni permulaannya sangat mencabar. Dari situ huda sedar, huda dan suami kena bangkit dan hadapi cabaran mendatang dengan bantuan mentor agak tidak terumbang ambing dalam dunia bisnes.


Bangkit Bersama RICHWORKS 

Huda dah temui mentor bisnes terbaik yang dikenali ramai iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman  yang telah mengasaskan RICHWORKS. Datuk Wira Dr Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diriRICHWORKS telah berkembang dengan jayanya menjadi sebuah organisasi penganjuran seminar terulung di Malaysia dalam masa 6 tahun. Pada permulaannya tahun 2008, Richworks secara khususnya, menyediakan program-program berbentuk program seminar untuk melahirkan usahawan yang cemerlang di bawah program latihan dan bimbingan dalam perniagaanDengan pengalaman luas dan ilmu beliau pastinya ramai orang bisnes macam huda sangat teruja dengan kelas-kelas yang dianjurkan oleh beliau.  


Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM. Pada tahun lalu di saat ramai orang terjejas akibat banjir, RICHWORKS tampil menawarkan bantuan kepada usahawan yang terjejas. Rentetan pandemik dan musibah banjir pastinya memberi tamparan hebat kepada usahawan di Malaysia.


Menurut Datuk Wira Dr Azizan Osman ujarnya ; 




Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!
Huda teruja nak tahu lebih lanjut apakah  perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 yang bakal di kongsikan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman di dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.


 
Sekarang pergi mana-mana, nak shopping apa juga barang, kita mula garu kepala betul tak?


 
Adakah kita sudah bersedia nak hadapi hidup semakin mencabar ni? Terbayang wajah anak-anak yang sentiasa perlukan makanan untuk di suap dan bermacam keperluan harus di penuhi.. 




Ulas Datuk Wira Dr Azizan Osman ; 

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.




Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?


Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Ayuh para usahawan, terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. sama-sama kita bangkit tahun 2022 dan bersedia hadapi cabaran! 


Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official (https://bit.ly/vcdwdao) sekarang.

Post a Comment

0 Comments