First Family Camping 2022 - Air Deru Lata Kolam , Jerteh Terengganu




First Family Camping 2022 - Air Deru Lata Kolam , Jerteh Terengganu | Alhamdulilah, another 2022 wishlist checked! Actually banyak plan cuti raya cina berubah, so huda dan family banyak masa untuk dihabiskan bersama. Lagipun encik suami kini berstatus pekerja yang ada majikan dan kena kerja ikut office hour. Maka 2 hari cuti CNY harus huda manfaatkan dengan ajak family bonding luar dari rumah. Dah lama pasang impian nak ke sini dari last year, akhirnya pada 1 Februari 2022 kami sekeluarga bercamping di sini selama satu malam sahaja.



Pengalaman Camping di Campsite Air Deru Lata Kolam


Sehari sebelum ke sini, baru huda decide nak pergi. Banyak plan sebenarnya tapi plan nak pergi camping antara yang dalam list teratas. So contact nombor +60 19-693 1662 untuk pertanyaan dan tempahan.
Lepas isi form dan setuju dengan kadar caj , terus lock booking.

Keesokan hari, seperti yang dirancang pada 1 Februari 2022 bermulalah road trip kami ke Jerteh dari Kuala Terengganu yang memakan masa hampir 3 jam.


Laluan agak mencabar especially bila dah masuk laluan kebun sawit. Suami kata kesian tayar kereta..

Agak terkejut bila kami sampai di Air Deru Lata Kolam, terlalu banyak kereta parking di luar pintu masuk. Bila kami sampai di pagar Air Deru Lata Kolam, huda sebagai wakil keluarga kena turun dan scan mysejahtera. Namun di sini line maxis sangatlah slow. Tak boleh nak log in pun MySejahtera, so just tulis nama di dalam buku log di pondok pengawal di pintu masuk.

Just inform nak camping bermalam, so kami tak perlu bayar caj per pax untuk masuk ke Lata Kolam, kerana bayaran di campsite sahaja dikenakan.

Caj Bayaran Di Air Deru Lata Kolam


Untuk daytrip pengunjung dikenakan caj RM 1.00 untuk kanak-kanak dan RM 3.00 untuk dewasa. 

Lepas dapat port parking kereta, huda terus daftar masuk di pejabat Air Deru Lata Kolam dan jelaskan bayaran campsite.


Caj yang dikenakan untuk kami sekeluarga untuk camping 2 hari 1 malam di Air Deru Lata Kolam :- 


  • 2 Dewasa : RM 13 x 2 = RM 26 
  • 2 kanak-kanak ( Umur 7- 12 Tahun) : RM 6 x 2 = RM 12 
  • Add on Power Cable : RM 10
TOTAL : RM 48

Mula-mula, staff di sini bagi kami campsite yang agak hujung. Tapi mungkin staff tengok kami bawa anak kecil, dia ubah bagi tempat yang paling dekat dengan facilities macam toilet, surau dan dekat dengan pondok jaga untuk keselamatan.




Syok la campsite siap ada atap, Jimat tenaga kami. Tak perlu pasang flysheet. Groundsheet kami tetap hamparkan walaupun ada lantai simen.

Settle pasang khemah, kami amik turn untuk solat asar. Mula-mula rasa takut nak tinggalkan barang berharga di khemah tanpa pengawasan.



Kemudian kami terus mandi manda di Pengkalan Suri, di mana ianya port family friendly. Sejuk airnya tidak terkata… Namun seronok sekali kerana kami sekeluarga sudah beberapa tahun tidak berkunjung ke air terjun.

Kami mandi sehingga pukul 6 petang dan naik ke campsite. Bersihkan diri dan salin baju malam dan ready untuk dinner di Cafe Lambur Suri.




Camping kali ni huda memang plan tak nak bawa sebarang alatan memasak sebab ada cafe yang dibuka pada 8 pagi sehingga 10 malam. So sangat memudahkan dari fikir nak masak, angkut barang nak mengemas lagi..


Menu kami makan di Cafe Lambur Suri adalah Mee Celup yang berharga RM 5 sahaja. Sedap dan banyak bahan, ada ayam dan daging. Memang berbaloi.

Lepas kami dinner, terus menuju ke surau untuk solat. Ketika solat Maghrib dua kali black out. Berdebar juga jantung ni sembahyang dalam gelap. Biasalah guna generator, ada waktunya akan black out.

Bergambar dulu depan khemah selepas habis solat. One for memory... 


Selesai solat maghrib dan isyak, kami habiskan masa bermain dalam khemah sahaja. Bawa dari rumah mainan Monopoly. Main sampai penat. Lepas penat baru kami keluar dari khemah dan pergi ke toilet untuk bersihkan diri dengan gosok gigi sebelum tidur.



Anak-anak memang biasa tidur awal jadi sebelum pukul 10, kami anak beranak memang dah ready nak tidur. Sebelum masuk khemah sempat juga stargazing di campsite. Sangat mengasyikkan melihat bintang di langit dengan background sound deruan air terjun. Suatu pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan,




Tengah khusyuk stargazing, kami di sapa oleh jiran campers yang datang jauh dari KL dan bercamping di sini. Diorang datang dengan kawan-kawan yang agak ramai. Nampak juga mereka berbbq dan lepak makan . Dah la khemah kami memang bertentangan.

Terima kasih jiran hulurkan sosej, ayam dan kambing bbq, fries dan spagetti carbonara. Masa dapat ni kami sekeluarga tersenyum dan tergelak lepas jiran balik.. hehe, baru jer ready to bed dengan dah siap brush teeth. Ni dah ada rezeki depan mata, jamu selera dengan penuh rasa syukur. Walau kenyang kami habiskan juga makanan yang diberi. Alhamdulillah, sedap makanan free..hehe…




Sebelum tidur, anak-anak request nak main bayang-bayang. Masa bercuti ni, apa sahaja anak-anak request, memang huda bagi jer. Nak diorang ada memori sweet yang indah2 sahaja bila bercuti.




Alhamdulillah, kami sekeluarga tidur dengan lena sepanjang malam di campsite Air Deru Lata Kolam.

Keesokan paginya, huda dan suami bangun awal. Ready untuk solat subuh. Memang sejuk udara di sini waktu pagi, mengamit memori glamping di Kundasang. Namun di kundasang sejuk nya memang tak boleh bawa bincang, nak amik wuduk pun jenuh. Di sini okay jer nak amik wuduk untuk solat subuh, sejuk lah juga…tapi still boleh tolerate.



Lepas solat subuh, kami sekeluarga spend time morning walk ke Pengkalan Dua. Along the way banyak juga pit stop sebab nak bergambar.



Actually boleh juga naik ke pengkalan dua dengan menaiki ATV. Tapi awal pagi ni kami suka exercise. Lepas bergambar di Pengkalan Dua, niat di hati nak naik tinggi lagi sampai ke Pengkalan Raja. Namun anak-anak dah merengek lapar perut. Aduhai, huda lupa nak bawa bekalan roti tadi.



Jadi tiada pilihan memang kena turun semula ke campsite kami di Pengkalan Suri. Lepas light breakfast makan roti Gardenia, baru la kami mandi air terjun seawal 9 pagi. Serius sejuk sangat. Tapi syok tak ramai orang waktu pagi berbanding waktu petang.



Lepas sejam berendam, kami breakfast pula nasi lemak. Encik suami beli cafe Lambur Suri.



Kemudian kami mula kemas barang kami di campsite ,bersihkan badan dan bertolak ke Kota Bahru. Rezeki huda dapat job event review, dapatlah bawa anak-anak tidur hotel juga di bandar Kota Bahru.

Sekian sharing cerita kami camping pertama kali pada tahun 2022 di lokasi yang pertama kali kami jejak iaitu Air Deru Lata Kolam. InshaAllah, kami akan repeat lagi stay di sini. Tak puas rasanya 2 hari 1 malam sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan 
No Telefon : +60 19-693 1662
Facebook : https://www.facebook.com/AirDeruEcopark
Instagram : https://www.instagram.com/latakolam_airderu_ecopark/


Post a Comment

11 Comments

Fadima Mooneira said…
What a beautiful place for a family camping. So green and serene. Glad you had a lot of fun. Beautiful post and pictures.
Bae Roslan said…
bestnyaaa camping. paling suka camping sungai. tempat pun nampak cantik
仙妮 said…
Ohh wow...while reading this story here making me miss my camping days a lot, always great 👍🏻 to be with nature. Cheers Siennylovesdrawing
Bella Jamal said…
Lama dah Bella tak pergi berkhemah atau berkelah. Lepak dgn kawan-kawan ni best ni. Tepi sungai pulak tu.
Rawlins GLAM said…
Best kan camping di sisi alami sebegini. Terus teringin nak ajak geng camping lagi. Nak mandi air sungai!
Sis Lin said…
Bestnyaa.. nature view gini kalau dapat pergi memang aman tenang.. kalau pergi memang kena stay lama, baru puas.. nanti nak survey gak laa, ajak adik-adik sekali gather..
seronok tgk huda pergi bercuti dengan famili di kawasan yg dekat kawasan semulajadi.. hilang stress.
Sunshine Kelly said…
Best nyer, i miss camping trip. the last round i went for camping was before pandemic i think i should plan again soon.
Tini Alif said…
Murahnya cajnya Huda. Tapak khemah takde caj ya? Ini terbaik nih. Kami sekeluarga dah la memang suka nau pi camping macam ni. Anak-anak suka adventerous activities. Will definitely check this out.
Huda Halid said…
aah, just bayar ikut pax sahaja. aah murah dan berbaloi dengan facilities yang ada. huda pun rasa nak repeat lagi. InshaAllah
Mary Thomas said…
Cantik tempat ni... rindu nak pergi camping sejak pandemik...