Travelog Penang - The Habitat Penang Hill | Checklist seterusnya Penang Trip 2021 , huda nak bawa anak-anak teroka The Habitat, Penang Hill. Seawal 6.45 am huda dah book GRAB nak pergi Penang Hill. Kami memang prefer pergi awal, sebab nak elak ramai orang dan juga nak dapat tiket murah naik tren . Sunrise rate cuma RM 3 jer. So jimat, sebab nanti nak bayar tiket The Habitat dah mahal ,hehe..
Syok masih lenggang kaunter beli tiket. Time ni pukul 7.20 pagi , Sabtu.
Punyalah takde orang, sempat lagi bergambar time sebelum masuk train.
Murah dan jimat. RM 3 untuk rate My Kad/ My Kid. Total kos RM 12 jer pergi balik. Rate murah ni hanya available pembelian tiket sebelum pukul 8 pagi. Tidak termasuk time long weekend dan public holiday.
Sampai Penang Hill awal, masih berkabus dan dapat tengok Sunrise yang sangat cantik. Seronok anak-anak first time tengok guna binocular, lihat bandar Penang dari atas sini. Mujur mama papa banyak duit singit. Sebab nak guna ni kena masukkan RM 1 untuk 2 minit. Entah berapa ringgit masukkan hari tu. Anak-anak tak puas tengok 2 minit jer.
Lepas tu, kami lepak di David Brown's Restaurant & Tea Terrace , makan roti gardenia. buat alas perut di awal pagi.
Kemudian hujan renyai-renyai turun. Tumpang berteduh di restoren.
Dalam pukul 8.55 am hujan mula stop dan kami masuk Little Village, Penang Hill. Kena bayar RM 20 untuk 2 dewasa, kanak-kanak masuk free,. Tiket tu boleh redeem diskaun beli madu.
Habis shopping RM 100 beli madu kat sini. Saja beli extra untuk bawa balik bagi orang.
Kemudian terus jalan menuju ke The Habitat Penang Hill. Beli tiket di KLOOK untuk harga lebih jimat. Kanak-kanak RM 31.50 ( harga asal RM 35) , dewasa RM 46 ( harga asal RM 55).
Dalam pukul 8.55 am hujan mula stop dan kami masuk Little Village, Penang Hill. Kena bayar RM 20 untuk 2 dewasa, kanak-kanak masuk free,. Tiket tu boleh redeem diskaun beli madu.
Habis shopping RM 100 beli madu kat sini. Saja beli extra untuk bawa balik bagi orang.
Kemudian terus jalan menuju ke The Habitat Penang Hill. Beli tiket di KLOOK untuk harga lebih jimat. Kanak-kanak RM 31.50 ( harga asal RM 35) , dewasa RM 46 ( harga asal RM 55).
Spend almost 3 hour. Enjoy bonding with nature. Anak-anak sangat enjoy datang sini. Diorang ajak repeat lagi datang Penang Hill.
Di penghujung trail The Habitat ada Cafe. Kami lepak sini dan baru nak makan proper breakfast. |
Syok menghirup udara segar dan minum kopi di sini. Harga pun okay , secarawan latte RM 10.80
Mama papa breakfast - Curry Puff RM 5 each
Free buggy untuk mereka yang ada tiket the habitat , kalau tak nak naik buggy ni kena bayar RM 30 kalau tak silap .
Kemudian singgah lunch makan nasi kandar Sulaiman. Tapi kami datang dah pukul 2, tinggal ayam goreng jer. Syukur sahaja rezeki yang ada. Kos kami makan RM 22
Balik hotel dan rehat. Semua kepenatan.
Alhamdulillah, syukur nikmat hari ni, target utama pergi Penang nak masuk The Habitat Penang Hill dah tercapai. One the best place in Penang!
#PenangTrip2021 #HudafizFamilyTravel #TravelBlogger #CeritaHudaDotCom #KBBA9
17 Comments