Travelog Penang - Lexis Suite Penang

Travelog Penang - Lexis Suite Penang | Apa hotel yang korang wish nak stay? Huda pernah pasang hajat nak stay di Lexis Suite Penang masa hotel ni baru launch tahun 2016. Dari tahun ke tahun tangguh hajat tu, sampai lah awal tahun hari tu, nampak voucher di Shopee, dengan harga yang agak affordable. Terus beli guna duit husband, hehe... So here we are! Lexis Suite Penang yang terletak di Teluk Kumbar hanya 10 minit jarak dengan airport. Maka ia menjadi hotel yang terakhir yang kami check in untuk Trip Penang 2021.



Lexis Suite Penang - Executive Suite - Dapat tengok view laut dan juga view bandar.

Seperti yang huda cerita tadi, huda beli voucher hotel ni di Shopee. Beli di sini https://shp.ee/zknny33?smtt=0.0.9
Nak tengok room tour Executive Pool Suite yang kami menginap 3 hari 2 malam? Tengok ig post ni yer..
Check in sambil work from hotel. So few days di Penang ni tak berjalan sangat. Just enjoy facilities dalam bilik kami sahaja. Facilities di hotel banyak tak available sebab SOP kan..

Kegigihan papa bekerja sambil layan view luar, adik pulak syok berendam main buih dalam bath tub. Seronok kan jadi kanak-kanak, tak payah serabut otak nak kerja yang tak pernah habis..




Di sini Arif lah paling syok, dia practice swimming dia. 3 hari tak puas duduk selam dalam pool ajer...
The Arifs memang enjoy to the fullest sepanjang stay di sini. 3 hari swiming, harap puaslah yer stay sini...

Mudah ke cari makanan sepanjang stay di Lexis Suite Penang?



Sangat mudah, walking distance jer. Lintas jalan ada deretan kedai, ada jual jeruk madu Pak Ali yang femes , ada kedai runcit dan ada dobi jugak. Best kan?


Lepas tu untuk makan, ada Cafe Ta'at betul-betul seberang jalan Lexis Suite Penang ni. Nak jalan jauh sikit, naik bas pergi Balik Pulau ( stesen bas berada depan kedai Jeruk Pak Ali) , cari makanan street food di gerai tepi jalan...


Seronok The Arifs dapat naik bas di Penang. 


Sampai hotel, kami lepak santai nikmati food yang beli di Balik Pulau. Cantik juga view sunset kat sini..

Hari terakhir di Penang.
Awal pagi enjoy view sunrise di pantai belakang hotel. Snap few photos for memories.
Papa masih kerja hari ni. Huda pun kerja sampai lah almost waktu tengahari. Check out little bit late, dah nak pukul 12. Sempat lagi 5 minit sebelum GRAB sampai kami wefie di depan hotel.
Ready to check out dan terus ke Airport Penang.
Tunggu flight dan duduk-duduk jer kat Airport. Takde rezeki nak makan nasi kandar Line Clear kat airport. Tutup pulak restorennnya.. Sis Redha…. huhu..


Lepas laluan check in, ada starbuck di sini. Menarik juga lepak-lepak sini sambil tunggu flight.


Naik flight sekejap jer, take off 5.25 pm , touch down airport Kota Bharu pukul 5.55pm. Arif tak puas hati fly sekejap sangat.. next year diorang request nak fly jauh dan lama sikit. Semoga murah rezeki The Arifs tahun depan. InshaAllah

Akan merindui view ni...tunggu tahun depan yer kita terbang lagi..
Sampai airport KB, neves jer berapa agaknya kos parking 6 hari letak kereta kat sini. Alhamdulillah, RM 81 jer.. okay la tu kan.


Kemudian terus balik Kuala Terengganu. Berhenti dinner di Sate Lanang, Jabi yang femes.


Selamat sampai rumah pukul 10 malam , di sambut dengan 4 parcel produk review menanti depan pintu. Fuh, balik holiday dah kena fikir pasal kerja…
Annual Flight Trip Checked ✅✅





































Post a Comment

0 Comments