THERMOMIX Bukan Cerita Dongeng Tau! Nah Baca Perkongsian yang Mendapat Ribuan Share di Facebook



Thermomix TM6 bukan cerita dongeng | Hari ni huda saja nak share dengan korang yang skeptikal tentang Thermomix... Jemput lah baca habis yer..  Tulisan asal dari Puan Sally ( from thermomix user sekarang successful Thermomix Advisor dalam group Thermoranger!) Thermomix ni memang BOX of HAPPINESS.. bukan lagi mitos atau cerita dongeng..

Tahun lepas musim PKP juga, ia viral dan semua orang “terkejut” dengan harganya. Tapi bila tengok video masak memasak by thermomix hati kecil menaruh harapan satu hari nanti aku akan memilikinya.
Dan, bulan berganti bulan, banyak rumors yang timbul. Dah lah harga mahal, masak lambat. Kena buh satu-satu. Kena tunggu. Kena itu dan ini. Tak payah lah beli, masak sendiri lagi sedap. Masak sendiri lagi cepat. Membazir je nanti beli tak pakai. Itu ini begitu begini. Itulah yang Sally baca review pasal thermomix ni membuatkan impian untuk memilikinya padam begitu sahaja.




Dan... Bila Sally dihadiahkan thermomix oleh En Hubby, rugilah tak explore kan. Suka bukan kepalang. Both husband and wife happy dan excited gila. Dengan anak-anak kami skali. Boleh baking together dan jadi toys kami di dapur. Spend time sambil masak2 bersama.
Bila duk google tu, baru Sally perasan, yang bagi review itu ini begitu begini itu adalah orang yang TAK ADA THERMOMIX pun. Orang yang duk tengok je video. Orang yang pandai berkata2 tapi tak memilikinya pun lagi. Pelik juga. Sepatutnya orang yang bagi review ni orang yang dah ada. Tapi terbalik plak ceritanya dengan thermomix ni. Yang duk kecoh bagi review tu orang yang TAK BELI rupanya. 100% yang memiliki jatuh cinta dengan bibik german ini.

Meh Sally kupas satu-satu ya. Ini review ikhlas tau. Sally setuju harga dia KAYANGAN sangat. RM7000 untuk satu mesin memasak mahal ya ampun bagi sesetengah golongan. Sesetengah lagi OK je. Tapi bagi Sally sendiri, harganya agak mahal. Sebab itulah pelan ansuran diperkenalkan serendah RM300 sebulan. Yang rasa boleh afford, sangat berbaloi beli. Berbaloi gila.




Suasana Dapur


Ia paling berubah. Setiap kali masak tak pakai sangat dapur. Semua dalam TM6 shj. Dapur bersih, tak berkecah, kemas dan bersih. Nak masak kat dry kitchen pun ok sangat. Tidak ada lagi percikan sambal atau minyak di dinding dapur dan sebagainya.

Peralatan Dapur


Periuk dah jarang guna. Dapur gas dah tak guna sangat dah. Untuk roti Sally bakar dalam oven ataupun air fryer. Ada yang nak deep fry je, jika tak nak ON deep fryer, Sally goreng dalam periuk atas dapur gas. Sudip almost tak pakai langsung. Semua guna spatula TM6.
Blender? Sally dah simpan dalam almari.
Mesin adun roti? Selamat dah masuk kotak.
Steamer? Ini kotak dah buang jadinya buat hiasan je lah kat atas cabinet tu. Maybe nak buat kenduri pulut kuning bleh guna. Hihi.
Coffee Maker? Done simpan jugak.
Mixer? Tak guna dah juga. Nak buat biskut, kek, semua dalam TM6 dah.
Ice crusher utk ABC, tak payah guna dah.
So... semua itu telah melapangkan kawasan atas cabinet ku. 


Produk Makanan


Dan.. few days Sally dengan TM6 ni Sally dapati banyak benda jimat dan tak yah beli can food. Sebab semua resipi from raw to serve bahan asas je.

Tak payah beli Nutella
Tak payah beli Jem
Tak payah beli Breadcrumbs
Tak payah beli sos spaghetti
Tak payah beli tepung bestari
Tak payah beli paste macam2
Tak payah beli cili boh
Tak payah beli apa2 roti, NO
Tak payah beli macam2 lagi benda instant lain.
Banyakkan tepung je kat rumah. Haha
Meroti paling mudah dan confirm jadi.


Resipi


Semua resipi kebanyakannya bleh olah jadi healty resipi. Tak de bahan perasa. Dan bleh je tengok kalori bagi yang nak berdiet tu kan. Akak tak nak diet lagi. wakakaa.
Tak yah nak gugel resipi dah. 77k++ resipi dong... tak abis nyer korang masak.
Dulu Sally skeptical gila dengan thermomix ni. Rasa macam apa benda mahal sangat harga dia ni. Setakat fungsi dia kacau je. Nasi goreng apa bagai kan.. Hmmm sekali kau.. Masakan yang tak pernah kita buat pun, bila buat confirm jadi dan sedap. Secukup rasa. Paling Sally kagum bab timbang tu. Gila sungguh, masuk je terus timbang. Patutlah sedap. Sebab bahan semua kandungan dia tepat.
Dah faham fungsi dia, benda ni memang WOW tahap gaban. Berbaloi sangat harga dia. Rasa macam nak ada 2 unit jer ni. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Rupanya TM6 ni memang cinta gila. Mesin yang bukan sekadar kacau2 jer.

“Sally boleh la sebab dah terror masak”. Itu kata seorang yang wasap. Babe.. nak bagitau ni, dengan benda ni Adelina pun boleh masak. Memang senang yang amat. Tekan tekan next jer dan jadi. Kau ikut je arahan dia. Suh tutup bekas, kau tutup. Tekan next. Pastu suh masuk bawang, kau masuk bawang. Jangan suh masuh bawang, kau masuk kunyit je. Tahap tak kenal bahan2 di dapur ni jer akak tak bleh tolong. Tapi still kau bleh gugel dulu, “bawang”, tengok gambar bawang macam mana, ada tak rupa bawang kat dapur kau tu, then masukkan. Haaa gitu.

Paling Sally rasa awesome gila bab meroti. Sally memang fail gila bab roti. Kalau buat roti, siap je, bleh baling anjing mati lah. Sampai hari tu Sally cakap kat hubby nak gi kelas roti. Tapi now, chef roti dah ada kat rumah guys. Confirm jadi dan fluffy gila. CONFIRM JADI tau. Kau buh je bahan ikut arahan dia. Bab roti ni Sally paling gumbira.

Kalau u ols perasan, menu Sally makanan siam, makanan kelantan, kuih muih ku tak pandai sangat sebenarnya. Now, masakan satu dunia bleh buat babe. Indian food semalam memang seriously diterbangkan khas dari Jaipur. Sedap gilaaaaa. Terus jadi master chef tanpa bertanding wei.


Masa

Ini sangat penting. Banyak masa Sally bleh manfaat untuk benda lain. Masak pun tak pressure. Buh2 je. Tunggu arahan. Sambil tu bleh buat kerja lain. Meroti sebenarnya ambil masa less than 15 minit. Yang makan masa lama tu nak perap. Buh je bahan, siap uli doh semua, perap le kat situ. Korang gi le buat kerja lain. Jangan le duk tunggu kat situ doh kembang 2 jam
Dan weiii.. kalau anda nak menjual pun recommended. Sebab resipi dah seriously sedap. Takde lah kau tak pandai masak tapi ada hati nak menjual. Orang makan bleh muntah hijau. I heard my SIL punya kawan jual laksa johor masak guna thermomix. Laris gila. Nanti kita cuba resipi laksa johor thermomix ya.

Dan lagiii weiii.. alamak, banyak sangat nak cerita sebab best.. hahaa. Dia ada self cleaning. Dah la masak untuk kita, dia basuh diri dia sendiri wei. Cuci diri dan kita ambik bilas sikit je. Lap kering. Haaa gitu.
Saat kebahagiaan memuncak bila anak-anak makan cakap... “Sedaplah mama.” “Perfect” dan takde lagi makanan yang membazir. Semua licin. Lagi-lagi kalau buat roti. Amina YangYang paling suka roti canai. 2 biji bleh habis. Roti sejuk pun lembut lagi guys.
Now.. cakap je nak masak apa? Ice cream? ABC? Cake? Roti? Nak Lollipop pun mama bleh buat guna TM6 tau..

Sally sangat recommend anda ada satu. Ini sangat berbaloi walaupun anda bayar ansuran 24 bulan. RM300 sebulan tu duit beli tudung/baju anda je. Which is RM10 je sehari babe. Kalau makan kat luar, beli itu ini masa keluar pun lebih dari tu. Ewahhh.
Jomlah dapatkan satu. Review ini ikhlas dan tiada unsur2 merasuk menghantui ke apa ya. Memang betul2 best gilaaaa. Berbaloi sangat2 dengan harganya.

Harga dia RM7188
Now promo RM6988

Boleh bayar Full Payment dan boleh bayar ansuran.
Ansuran, dengan hanya RM291.20 sebulan dah boleh dapat thermomix. Tak sampai RM10 pun sehari. Bleh masak macam2 ok.

Ansuran ada 2 options ya:
1) Boleh sehingga 24 bulan kena ada credit card tau.
2) Pakai debit card tapi kena deposit RM2988. Ansuran sehingga 18 bulan.


So amacam lepas baca perkongsian puan Sally ni?

Tergoda tak nak beli dan jadi MasterChef tanpa bertanding? 

#IAmYourTrustedThermomixAdvisor 




Post a Comment

3 Comments

Fiza Aizzawa said…
mmg sgt2 memudahkan kerja suri rumah di dapur nie
jj said…
This comment has been removed by the author.