Apakah Amalan Terbaik 10 Pertama Bulan Zulhijjah
Antara amalan yang perlu dilakukan dalam 10 hari ini ialah:
1. Solat
Seharusnya kita melakukan solat berjemaah dan yang paling baik adalah di masjid dan memperbanyakkan solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.
Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu. - [Imam Muslim].
2. Puasa
Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan. - [Imam Ahmad No 6/287].
Kata Imam An-Nawawi:
Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. Takbir, Tahlil dan Tahmid
Ini kerana berdasarkan hadis Ibnu Umar yang mengatakan bahawa Rasulullah bersabda:
Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah). - [Imam Ahmad No 5446].
Kenapa 10 hari bulan Zulhijjah ni istimewa sangat?
Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu, solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
0 Comments