Advertisement

REDMI NOTE 10 PRO - Self Reward 1st Half 2021



REDMI NOTE 10 PRO - Self Reward 1st Half 2021 | Self reward ni sangat penting bagi huda. siapa lagi nak hargai diri kita kalau bukan diri kita sendiri kan?  Huda memang target every month mesti beli something sebagai hadiah self reward  , tahniah pada diri sendiri sebab berjaya. Kena celebrate small success dan always so self love.. 

REDMI NOTE 10 PRO - Self Reward 1st Half 2021 


Untuk half year 2021, self reward huda beli phone baru, Redmi Note 10 Pro. Sebelum ni pakai vivo y30. sejak suami huda pakai phone redmi note 10 , gambar phone yer lebih cantik dari phone vivo huda. Maka huda mula stress..haha.. 

Yer la, as social media influencer, thermomix advisor dan blogger. Setiap hari kena amik gambar, amik video. Time rajin memang huda snap dan shoot guna kamera Fujifilm. Tapi kadang2 malas betul nak transfer dari kamera ke phone. Tu yang nak shoot direct dari phone jer. 

Maka huda rasa nak beli phone baru. kebetulan rezeki datang bergolek minggu lepas. Tiba-tiba dapat notification di Shopee ada duit RM XXX masuk dalam shopee pay. Rupanya payment Shopee Affliate masuk, bonus huda complete incubation period pun masuk sekali. My first payment dari Shopee terus fikir nak beli sesuatu yang meaningful. 

Tanpa fikir panjang, terus top up duit dalam Shopee Pay sampai 4 angka dan cukup nak beli phone baru... 


Alhamdulillah, Redmi Note 10 Pro selamat mendarat depan pintu rumah , betul-betul lepas huda settle vaksin dos pertama.. Huda beli dari seller ni >> MobileCornerWholesale << 
Okay lah, banyak juga dapat free gifts. berbaloi juga.. 


Warna pilihan hati. always WHITE...

Kenapa Pilih Phone Redmi Note 10 Pro?? 

Pertama... adalah sebab skrin dia! 
skrin AMOLED berukuran 6.67-inci, dengan kadar penyegaran 120Hz. Kira power dengan harga budget..

Kedua, sebab kameranya...
Kamera belakang , kamera utama 108MP F1.9.

Selain itu, ia turut dilengkapi kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera telemakro 5MP F2.4 dengan autofokus serta kamera potret 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP F2.45, terletak di dalam lubang kecil di atas skrin.

Cip pemproses Snapdragon 732G yang sama seperti Poco X3 NFC turut digunakan di Redmi Note 10 Pro. RAM pula  8GB dari jenis LPDDR4X, bersama storan UFS 2.2 seluas 128GB.

Bateri di dalam Redmi Note 10 Pro sebesar 5,020mAh, juga dengan pengecasan pantas 33W dan kepala pengecas 33W disertakan di dalam kotak. Sistem bunyi juga stereo, dan memiliki jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah. 

Berbaloi kan spec phone Redmi Note 10 Pro ni? next entry huda review pengalaman sebulan lepas guna phone ni.. stay tuned!

Post a Comment

0 Comments