Advertisement

Resipi Homemade Dakgalbi with Lots of Love



Resipi Homemade Dakgalbi with Lots of Love | Huda dan suami memang suka sangat makan dakgalbi bermula lepas makan di Mr Dakgalbi. Tapi yer la , nak pergi makan selalu memang costly sangat, so huda rajinkan diri dengan buat homemade Dakgalbi, of course tambahan ingredients - with lots of love! Air tangan ibu dan isteri lah pengikat kasih sayang dalam keluarga. 

Apa itu Dakgalbi? 


Dak galbi  atau  dakgalbi 
λ‹­κ°ˆλΉ„, 
Korean spicy chicken stir fry


Resipi Homemade Dakgalbi with Lots of Love


Bahan  Homemade Dakgalbi 


Bahan A  
  • Ayam 1 mangkuk ( dipotong ikut bite sizes) 
  • Bawang putih 10 biji
  • Halia 1 inch
  • Kicap  Manis 1 sudu
  • Minyak Bijan 1 sudu
  • Gula Perang 2 sudu
  • Gochujang 3 sudu  ( Gochujang HALAL boleh beli di Shopee di SINI
  • Serbuk Kari 1 sudu 
  • Lada Hitam 1/2 sudu 

Bahan B 
  • Keret 
  • Kentang
  • Sayur Kobis
  • Daun Bawang 

Cara-Cara Buat Homemade Dakgalbi 

Campurkan semua bahan A dan kisar halus , kemudian perap bersama ayam. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. 

Bahan A yang sudah di kisar halus

masak di dalam frying pan , masukkan kentang dan keret yang di hiris dan biarkan kentang dan ayam empuk dalam 5 -10 minit dengan api sederhana. 



Kemudian masukkan sayur kobis yang di hiris dan juga daun bawang, kacau sebati. 


dah siap! Taburkan sikit bijan sikit untuk tingkatkan aroma Dakgalbi. 


Tak sempurna kalau makan Dakgalbi tanpa kimchi. Mujur ada jual kimchi halal di Shopee. Nak beli kimchi halal boleh klik di sini. 


Alhamdulillah, syukur dapat penuhi craving nak makan Dakgalbi tanpa perlu berbelanja mahal. Semoga perkongsian ini dapat bagi idea korang masak menu simple korea yang sedap!













 










Post a Comment

13 Comments

  1. Uishhh 😍 nampak sedappp tu rabia tak pernah makan lagi ni

    ReplyDelete
  2. Sama macam my sis. Anything Korean memang dia rajin buat. Anak2 dia pun dah jadi Korean food lover gak dah hehe

    ReplyDelete
  3. menarik gak resepi ni. nanti nak try. baru tau kat shopee ada jual gochujang and kimchi

    ReplyDelete
  4. Wah ada resepi ni.. nanti bolehlah cuba.. nampak senang.. dan pastinya sedap

    ReplyDelete
  5. Huishh... Awat laaa nampak sedap?! Syoknya. Nanti Huda masakkan tuk kak nina ehh
    Hehee

    ReplyDelete
  6. nampak sedap ni, huda.
    guna gocujang tu ekk.
    aida x pernah lagi guna sos tu.
    beli direct sos korea adabi tu.
    nampak mudah ni. and sedap :)
    seriously, anak2 memang kaki drama & muzik kPop. aduhai :)
    kalau tanya diorang apa dakgalbi ni, memang tau aje la tu.

    ReplyDelete
  7. Terliur nengok sosnya tu.. nak cuba jugalah buat..
    Anak sulung Sis suka makanan Korea ni.. Kimchi tak pernah takde dalam peti ais..

    ReplyDelete
  8. Aduii,,, nak order la paste ni skrg juga... beside Shopee, i know another place to get paste macam ni juga :) I selalu nampak Haseyo World mereka promote kat FB Live .. ni pun antara platform yang boleh dapatkan barang premium with harga yang sangat affordable..

    ReplyDelete
  9. Terus nak pi cari Gocujang tu ha..nanti nak buat macam ni gak...rndu la nak makan menda ni....

    ReplyDelete
  10. Hi Huda,
    Your blog looks so great and you build community awareness by providing helpful content for humanity. You can participate in the award-winning blogs contest. Add your website and become branded by winning promotions and prizes; In this way, your speed of listing in search engines will increase and your visitors will also increase. You can make your application in the appropriate category for your web page. This comment is not spams. For details of this competition, please visit the web page and if you want now you can join for list in directory.

    Web: www.webawards.tk

    ReplyDelete
  11. Uishhhh, nampak menyelerakan sungguh Dakgalbi tu... Macam kena dapatkan jugak pes sedap ni nampaknya... Maklumkan, kat rumah tu dah jadi mini Korea, penuh dengan peminat KPop termasuk makanannya sekali... Hehehehe...

    ReplyDelete
  12. Wah! This looks absolutely delicious! i love dakglabi and so happy to know that i can make it at home now. Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it :)

    ReplyDelete
  13. Finally I can learn and try cook this with your recipe!!! Thank you so much and I can fix my craving now! N

    ReplyDelete