40 Nasihat Saidina Ali ibn Abi Talib



Hari ni dalam sesi perkongsian ilmu di 7 am Club di channel PROMIS , Prof Muhaya ada minta cari tentang 40 Nasihat Saidina Ali ibn Abi Talib. Dah jumpa, jadi nak kongsilah diblog. Boleh buat rujukan di masa hadapan. 

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.


1. Pendapat seorang tua (yg taqwa dan berhikmah) adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda 

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5. Jagalah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil (yang menguntungkan) dari seorang yang bakhil

8. Seorang yang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang yang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai , sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairat lah mengikut kemampuan mu dan jangan lah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.

14. Insan terbahagi kepada 3 :
      a. mereka yang mengenal Allah
      b. mereka yang mencari kebenaran
      c. mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.

21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seorang yang membantu adalah sayap bagi seorang yang meminta.

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29. Orang yang dengki, marah kepada orang tidak berdosa

30. Penuh harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi



Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian huda hari ni. Tahun 2021 tambah ilmu, perkasakan jiwa, dan sentiasa baja iman agar bunga ketaqwaan kepada Allah sentiasa segar. Jadikan perjalanan hidup kita tangga menuju akhirat yang kekal abadi.....

Post a Comment

0 Comments