Post Blog Pertama Tahun 2021 - Apa Target dan Wishlist 2021?




Alhamdullillah. Segala puji bagi Allah. Diluar rumah, hujan tidak berhenti, terus membasahi bumi. Hujan itu rahmat. Hujan juga yang turun awal di tahun 2021 ni turut membawa seribu satu ujian untuk kita sebagai HambaNya untuk lebih dekat dan melihat kebesaran kekuasaanNya. Huda tak nak fokus pada musibah, dan bad news yang silih berganti muncul di kaca TV semenjak hari pertama 2021 ini. Huda akan cuba fokus pada perkara positif, melihat sesuatu ujian tanda kasih sayang ALLAH dan rasa kuasa CINTA dari sang pencipta..


Benda lebih mahal dalam hidup... 
adalah KETENANGAN... 


Yup, Targer Pertama 2021. 

Aku nak hidup TENANG, BEBAS STRESS and more SELF LOVE...

Korang pula macamana?

Huda  ada masalah kesihatan, tak boleh stress.

Kalau stress macam-macam sakit datang. Huda tak sanggup nak hadap lagi. Cukuplah pengalaman tahun 2020. 

InshaAllah tahun 2021  ni, huda mesti berusaha, dan memberi komitmen serta konsisten. 

Berjaya target ni, segalanya akan berlaku dengan mudah dan hidup ni seronok. 

Target seterusnya, setiap bulan huda akan teroka new places, tak kisah jauh atau dekat dari rumah. Local tourism spot di Malaysia banyak sangat tau , rugi yer tak grab peluang. 

Huda juga berharap, as blogger huda dimurahkan rezeki untuk collaborate dengan lebih banyak hotel, local attraction agency, dan macam-macam lagi. 


Apa Wishlist 2021? 


Banyak... 

Hmm, nak share ke tak yer?

Wishlist ni biasa "material" atau "benda" kan?

Huda just nak life is getting better day by day. 

Rasa sekarang, semua benda Allah dah bagi sempurna, malah sangat sempurna...  

Nak demand lebih, rasa malu dengan Allah. 

Allah bagi banyak, tapi amalan kita sikit. dah la tak istiqamah. 

Jadi tahun ni, bab materialistik huda macam takde sangat , cukuplah huda  usaha capai target. 
Fokus pada pembangunan diri menjadi diri lebih baik dari sebelumnya. 

Huda nak mencari "magic wand" dalam diri sendiri. Bila ketenangan, kesyukuran dan kebahagiaan menawan seluruh jiwa raga ni, huda pasti magical do happens. Like always. 




Rezeki 2021 sudah tertulis. Don't worry. Just go with the FLOW. Have FAITH. 
Everything Allah plan for us is always the best. See and focus only the goodness about everything.

See love, feel love, give love. 

You Always Gain by Giving LOVE 



4 comments:

  1. Selamat Tahun Baru sis.. semoga di tahun kita akan lebih tabah dalam menghadapi dugaan hidup yang kian mencabar dan semoga apa yang kita doakan Insha Allah akan dimakbulkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2021 huda..semoga huda mencapai apa yang huda impikan..aamiin

    ReplyDelete
  3. happy new year sis huda. semoga segala yang dihajati dapat dicapai pada tahun 2021 ni :-)

    ReplyDelete
  4. Semoga tahun baru rezekibtak pernah putus.. Semoga capai apa yang dihajati

    ReplyDelete