14 Days Challenge Bersama Anak-Anak Inspirasi dari Mama Tiyah Magical Parenting.



14 Days Challenge Bersama Anak-Anak Inspirasi dari Mama Tiyah Magical Parenting  | Sedih... Huda mimpi anak-anak tengah bersedih sebab mama dan papa selalu sibuk berkerja dari awal pagi ke tengah malam. Diorang rindu nak bercuti seperti selalu.... Weekend pun kami kerja. Itu lah cabaran work from home seorang freelancer. Biasa huda akan peruntukkan sekali sebulan untuk holiday dan fokus spend time dengan anak-anak. Bulan Januari ni, plan holiday cancel sebab COVID. Jadi masa di rumah, agak sukar dengan bahagi masa bila workload kami suami isteri agak banyak. Di sebalik kesibukan urusan kerja, huda sentiasa selit sedikit masa untuk tambah ilmu parenting secara santai. Ilmu parenting terbaru perkongsian Mama Tiyah sangat best untuk kita praktikkan bersama anak-anak. InshaAllah, bonding dengan anak-anak pun makin kuat... Jom kita buat hari ni! 


14 Days Challenge Bersama Anak-Anak Inspirasi dari Mama Tiyah Magical Parenting.


Kalau korang yang tak familiar nama Mama Tiyah tu siapa... Mama Tiyah ni adalah anak Prof Muhaya. Banyak sangat ilmu parenting dari Mama Tiyah ni. Huda terbayang, best yer anak-anak dia dapat mama sebaik mama Tiyah.. 

Jadi huda nak follow step Mama Tiyah ni, semoga anak-anak huda pun rasa best dan bangga dapat mama yang best! 
Cabaran 14 hari ini Mama Tiyah berkongsi di 7 am Club dan juga group Private Mama Tiyah Magical Parenting. 

Huda suka nak share sebagai panduan untuk diri sendiri dan rujukan parent yang sudi baca perkongsian ini...

Berikut adalah 3 cabaran yang kita harus lakukan terhadap anak dan lakukan bersama anak-anak. Jadikan PKP 2.0 ni peluang kita upgrade hidup kita as parent. 

  1.  Memerhati anak² dgn niat yg baik..Jangan label anak kita.
    • Ambil masa perhati perangai dia, apa yang dia suka dan catatkan . 
  2.  Ucapkan Syukur Alhmdulillah.. Sekecil2 perkara..
    • Step count your blessing. ajak anak-anak sekali sentiasa ucap Alhamdullilah. Jadikan lafaz Alhamdulillah sentiasa menghiasi bibir kita dari seawal bangun tidur sehingga nak tidur malam.
  3.  Senyum 20 saat 4-5 kali sehari...
    • Ajak anak-anak senyum 20 saat.  Best sangat buat aktiviti ni tau.Automatik bahagia dan happy 
Ayuh parent! Anak-anak kita membesar dengan pantas. Jangan kita menyesal di kemudian hari bila bonding kita dan anak-anak semakin lama semakin rengang hanya kerana kealpaan kita mengejar dunia. 
Sesungguhnya, tiada harta yang lebih menilai dari anak-anak kita.... 

Post a Comment

5 Comments

Sunshine Kelly said…
Good effort, small things like this will help to parents and children to cultivate good relationship and understanding.
Nadia Johari said…
Bagus sangat. Mesti bnayak pembeljran tentangvparent kan dlm tu.
faizzahamir said…
Perkongsian yang bagus. Nak cuba praktikkan untuk anak fiza juga
David said…
Let's face it, divorce is a time of highly agitated emotions and it can be very difficult to discern the important from the insignificant. Milwaukee divorce lawyers