Sudah Bayar Zakat Perniagaan? Jom Ketahui Syarat dan Pengiraan Zakat Perniagaan.



Alhamdulillah, rezeki di tahun 2020 yang melimpah ruah, walau di saat kita semua di uji dengan wabak pandemik COVID-19. Namun rezeki untuk kita semua sentiasa cukup malahan ada sebahagiannya berlipat ganda. Maka, jangan lupa menunaikan kewajipan rukun islam ke lima iaitu menunaikan zakat. Hujung tahun ni, buat-buat kira keuntungan bisnes, kira juga berapa banyak zakat yang harus di keluarkan. 

Sudah Bayar Zakat Perniagaan? Jom Ketahui Syarat dan Pengiraan Zakat Perniagaan.



Apa itu Zakat Perniagaan? 


Zakat perniagaan ialah zakat yang WAJIB dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. 

Di dalam Al-quran dan juga hadis Rasulllah SAW ada menyebut tentang zakat :- 

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
 [Surah Al-Nur (24): 37]


Hadis Nabi SAW yang bermaksud:


Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang difardhukan oleh Rasulullah SAW: Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai dengan kadar atau bahagian masing-masing).
[HR Bukhari]


Syarat dan Pengiraan Zakat Perniagaan


Daripada Maimun Ibn Mihran: 

Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah diambilkira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.
[Riwayat Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam, Kitab Al-Amwal]

Syarat Wajib Zakat Perniagaan

  1. Muslim. 
    • Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
  2. Sempurna Milik. 
    • Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
  3. Cukup Nisab
    • Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
  4. Cukup Haul
    • Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
  5. Niat Berniaga. 
    • Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
  6. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal. 
    • Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.




Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan

Bagaimana nak kira berapa banyak zakat perniagaan yang harus di bayar? Jom kita sama-sama berkongsi ilmu . 

Harus  mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.

Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

Pelarasan


Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut:
Ditolak Daripada Aset Semasa

Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan:

Barang-barang Tidak Wajib Zakat

Hendaklah dikeluarkan seperti barang-barang dan hasil yang haram umpama riba, judi dan arak.

Bukan Milik Sempurna
Bayaran deposit air, deposit telefon, elektrik dan lain-lain yang seumpamanya hendaklah ditolak kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat milik sempurna. (Zakat hanya tunduk kepada penerima deposit yang berkenaan seperti Telekom, TNB).

Si Penghutang Kewangan
Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat atas si peminjam berdasarkan bahawa ciri-ciri milik sempurna aset tersebut berpindah ke si peminjam. Si peminjam berkuasa dan bebas untuk menguruskan wang itu untuk sebarang tujuan dan mendapat manfaat di atas pinjaman itu.

Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali

Nilai dividen yang sudah dibayar zakat oleh syarikat yang dilaburkan akan ditolakkan.

Aset Semasa Mestilah Yang Produktif

Hutang lapuk, stok lupus, penurunan nilai yang ketara & kekal hendaklah ditolak.

Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan

Tabung bagi tujuan kebajikan seumpama khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan dari zakat. Walaubagaimanapun, tabung kebajikan yang bersifat pusingan seperti pinjaman Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan zakat adalah nilai pokok yang dimanfaatkan manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat ‘hangus’ melalui pemberian derma, khairat maka hanya nilai baki tabung yang dikecualikan.

Bagi Kategori Inventori / Stok

Barangan akhir siap sahaja diambil kira; manakala stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak diambil kira.

** Aset Semasa (Kes Pelarasan yang perlu dicampur)

Semua sumbangan, derma dan sedekah yang dibuat oleh entiti perniagaan tersebut pada akhir haul (sukuan terakhir) perlu dicampurkan semula (dengan andai derma itu tidak menggugat kecairan syarikat) ke dalam harta semasa kerana harta semasa yang disalurkan untuk kebajikan masih dikenakan zakat kecuali kalau sumbernya adalah dari tabung kebajikan.

Dicampur Kepada Tanggungan Semasa


Menurut pendapat Imam Syafie – Tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.:

Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:
  • Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
  • Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon.
  • Cukai.

Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut:
  • Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu ‘financial loans’ dan pengkelasan semula pinjaman berjangka.
  • Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable).
  • ‘Overdraf’.
  • Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).


Untuk gambaran lebih mudah dan jelas, boleh rujuk gambar infografik di bawah :- 









Bagaimana nak tunaikan Zakat Perniagaan ?


Kini tiada alasan lagi untuk tidak membayar zakat, kerana sangat mudah, segalanya di hujung jari! 




Untuk maklumat lanjut untuk pembayaran zakat perniagaan boleh klik di pautan website berikut. Ikuti juga Lembaga Zakat Selangor di media sosial untuk update terkini. 

Website :
fpx.zakatselangor.com.my

Facebook :
Lembaga Zakat Selangor

Instagram :
https://www.instagram.com/zakatselangor

7 comments:

  1. bagus info ni. lengkap bab zakat ni mmg kena ambil tahu

    ReplyDelete
  2. Bayar zakat rezeki berkat, hasil berlipat.. giteeeww..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kita pun dah buat potongan gaji untuk bayar zakat pendapatan.

    ReplyDelete
  4. Memang elokla ade zakat leeniagaan.. Siapa yang berniaga jangan lupa bhat zakat peeniagaan

    ReplyDelete
  5. Terima kasih untuk perkongsian ni. Kena berbincang untuk perniagaan baiki aircond anak saya dengan dia.

    ReplyDelete
  6. Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

    ReplyDelete
  7. ยินดีต้อนรับสู่ UPLAY365.COM เว็บพนันออนไลน์ All In One ที่รวมเว็บพนันออนไลน์อันดับ 1 ไว้ที่เดียวกันมากที่สุด ไม่ว่าจะเป็น เกมส์ไพ่ ที่เป็นที่นิยม เช่นบาคาร่า แบล็คแจ็ค เสือมังกร หรือจะเป็น รูเล็ต สล็อตออนไลน์ คีโน โป๊กเกอร์ forex ไก่ชน เกมส์ยิงปลา แทงบอล แทงบาส เทนนิส ESPORT แทงมวยไทย และอื่นๆอีกมากมาย พร้อมเทคโนโลยีชั้นนำจากผู้ผลิตซอฟต์แวร์เกมส์ระดับโลก ความน่าเชื่อถือได้มาเป็นอันดับ 1 สามารถเล่นได้ทั้งบนคอมพิวเตอร์ , มือถือ ระบบ android และ IOS *คาสิโนออนไลน์ : สามารถเลือกเล่นกับคาสิโนชั้นนำดังนี้ SexyBaccarat, AG Casino, GOLD Casino, SA Casino, W88 Casino, D88 Casino, WM Casino, GD Casino เป็นต้น *แทงบอล : U กีฬา (U SPORTS) , S กีฬา (S SPORTS) มั่นใจได้เลยว่า อัตราการจ่ายค่าน้ำดีที่สุดต้อง uplay365 เหมาะสำหรับทั้งนักพนันมืออาชีพและ มือใหม่ โดยทางเรามีพนักงานคอยสอนเรื่องการแทงบอลเบื้องต้น แทงง่าย อัตราจ่ายดี *สล็อตออนไลน์ ,เกมส์ยิงปลา : JOKER123,PLAYTECH และอื่นๆ อีกมากมาย ทั้งหมดนี้ สามารถเล่นได้ใน 1 ยูสเซอร์เท่านั้น สนใจสมัครสมาชิกรับเครดิตฟรี สามารถสมัครได้ตนเองที่หน้าเว็บ หรือติดต่อ Callcenter โดย ทางเรามีพนักงานไว้บริการและแก้ปัญหา ตลอด 24 ชั่วโมง สอบถามข้อมูลเพิ่มเติมได้กับแอดมินได้ตลอด 24 ชม.ค่ะ

    WM
    City Of Dreams Casino

    ReplyDelete