Hidup ini sangat indah. Sama macam view yang korang tengok. Syok kan tengok The Arifs santai-santai tepi pantai, bertenggek duduk atas kayu. Tengok anak santai bahagia macam ni, ia memberi huda inspirasi untuk menulis ebook kedua selepas ebook huda yang pertama telah berjaya di pasarkan secara atas talian. InshaAllah ebook kedua yang bakal huda terbitkan tak lama lagi, ia bakal diterbitkan secara digital dan buku fizikal. Ebook kedua yang sangat istimewa, kerana 80% content adalah dari perkongsian huda di blog ini, kemudian di olah dan di susun ke dalam sebuah buku.
Inspirasi Ebook Kedua - Topik Parenting yang Indah
Progress penulisan buku hampir siap. Mungkin dalam sehari dua lagi. Hari ni habiskan masa edit gambar-gambar The Arifs untuk di muatkan di dalam buku. Gambar ini huda edit guna website : https://photofunia.com/. Banyak pilihan dalam website ni, transform gambar biasa-biasa jadi luar biasa. Gambar ni huda dah edit ke Grayscale sebab publisher request content dalam warna hitam putih jer. Setiap kali edit gambar anak-anak, rasa yang tak dapat nak digambarkan.
Realiti yang indah. Impian yang tercapai. Hidup ni memang magik!
Parenting Journey Indah? Betul ke?
Betul. Bagi huda setelah menempuh parenting journey sejak 2012 , huda dapat simpul parenting ni best sangat. Namun huda sedih tengok ramai parent gagal nikmati keindahan dalam parenting journey. Sebabnya tiada ilmu parenting. Ada juga yang ada ilmu, namun tak dipraktikkan. Huda harap semua parent stop lah marah-marah anak.
Marah anak membunuh kreativiti anak!
Kita as parent ni nak didik future generation. Huda bayangkan future yang indah.. semua ini akan tercapai bila parent jadikan parenting journey ni sesuatu yang indah. Install "software" yang baik-baik sahaja pada anak-anak kita.
InshaAllah, niat huda hasilkan ebook kedua yang berkisar tentang parenting ini, harap memberi ilmu bermanfaat..
Sambil menulis ebook sendiri, ambil upah tulis ebook orang lain juga!
Rasa macam buat kerja gila pun ada. Tulis dua buku dalam masa seminggu. Satu buku sendiri, satu buku client #GhostWriter
Huda merupakan freelance writer, juga dikenali dengan Ghost Writer. Seorang penulis upahan yang sedia menerima sebarang task menulis. Termasuk juga menulis ebook client yang mempunyai idea dan content namun perlukan khidmat penulis yang lebih arif dalam menghasilkan ebook.
Kalau perlukan khidmat penulis upahan, boleh jer direct email huda di : n.hudahalid@gmail.com

Mood menulis membuak-buak! Tekan keyboard ala-ala keyboard warrior gitu.. Yer lah nak brain storm, menulis dan penuhi amanah.
Dua buku genre berbeza, konsep berbeza.
Mampukah diri ni?
Huda suka kan cabaran. Dalam masa sekarang , dengan musim tengkujuh di pantai timur, dan wabak pandemik Covid19 yang masih berleluasa. Nak buat aktiviti mencabar di luar macam susah kan?
Jadi cipta cabaran sendiri dengan cabar keupayaan dan kreativiti dengan task yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Yess! AKU BOLEH.
Okay, nak sambung menulis buku... nantikan yer baby baru huda bulan depan!
p/s : belum habis siap satu buku, idea nak tulis buku berikutnya pula terjah di kotak fikiran...
2 Comments