Huda memang suka berjimat dan train anak-anak hidup secara sederhana. Tidak hidup dengan price tag, jenama itu ini yang akan membentuk anak-anak yang ego, bangga diri dan sifat bongkak yang kelak memberi impak negatif dalam hidup mereka. Huda memang beli barang ke baju asal molek dan nampak kualiti okay jer. Baru-baru ini, ada ekspo baju kanak-kanak yang sangat murah. Terus pergi serbu.. Encik suami dah sediakan budget untuk beli baju pajamas untuk The Arifs sebab dah bertahun tak ganti baju. Baju sedia ada anak-anak semua dah singkat, berlubang, koyak sana sini. Kira dah wajib ganti baru. Ikutkan plan asal nak shopping di KWC, tapi sebab PKPD di Selangor, kami shopping area Terengganu jer lah...
harga pajamas dan set baju siang sama sahaja harganya. Baju untuk umur adik hakim dapatlah RM 7. Saiz baju untuk si abang Arif Haikal RM 10.
Gigih la kalau nak shopping baju harga murah macam ni. Dengan ramai orang, beratur lama. Nak pilih pun bukan mudah. nak cari saiz sesuai dengan anak-anak. Namun segala usaha berbaloi sangat-sangat sebab rasa jimat sungguh. Bayangkan RM115 kami dapat borong 14 helai set baju The Arifs dan juga tambahan seluar basahan the arifs. Seluar ni satu RM3.50 kalau tak silap..
Seronok kan bila dapat shopping dan dalam masa masa berjimat! Nampak macam dah banyak beli, tapi bila balik rumah, rasa macam nak pergi lagi. Nak shopping lagi...tapi second thought. Tak pelah, rasa membazir masa pulak, dengan kerja tengah banyak. Syukur jer lah apa yang ada ni kan...
Alhamdulillah... rezeki yang berkat. Sikit mencukupi, dan banyak boleh dikongsi....
4 Comments