Ramai sungguh luah rasa sedih, kecewa dengan pengumuman PKPB selama 4 minggu. Segala rancangan, impian semua hancur berkecai. Huda pun pada awalnya sangat kecewa. Jika ikut plan, huda mesti tengah sibuk kemas beg nak balik kampong sempena cuti deepavali. Jumpa mak abah dikampung, jumpa adik beradik semua setelah berbulan tak jumpa… Tapi perancangan hanya tinggal harapan yang tidak mungkin tercapai. Perancangan Allah jauh lebih baik, maka bersangka baiklah..
Bagaimana untuk lihat PKPB dari perspektif berbeza?
Mulakan dengan tanya “WHY” kerajaan keluarkan perintah PKPB ?
Jawapannya – ianya adalah satu " ACT of LOVE" , dari perintah Negara kepada rakyatnya. Demi keselamatan rakyat Malaysia.
Sama jer macam kita , as parent jaga dan lindungi anak-anak kita dari ancaman bahaya di luar sana.
So, kenapa kita nak melenting??
Duduk dan bertenang…
Apa yang kita boleh lakukan dan manfaatkan masa 4 minggu akan datang ini.
Selain kerja hakiki , urusan kerja untuk pendapatan keluarga, harus fikir juga tentang anak-anak yang sudah habis sesi persekolah tahun 2020 ini.
Bijak bahagikan masa.
Mulakan dengan atur masa dan set solat di awal waktu. Then the magic happen.
Waktu yang berkat untuk diluangkan di antara kerja dan tanggungjawab menjadi surirumah tangga sepenuh masa.
Buat senarai semak, menu makanan harian.
Buat senarai senaman , rekod berat badan.
Buat senarai apa skill dan ilmu yang ingin di capai.
Rajinkan diri setiap pagi dengan recharge energy positif dengan dengar 7 am Club di Channel PROMIS, Prof Muhaya.
Percaya dan yakin, 4 minggu PKPB ini akan menjadi antara moment indah di tahun 2020 yang semakin melabuhkan tirainya. Tak semestinya nak create amazing moment kena keluar rumah bercuti kan? Jadikan rumah kita “ Rumahku SyurgaKu”. Hidupkan aura Al-Quran. Baca Al-Quran bersama keluarga. Baca Hadith bersama keluarga.
Rasa bahagia dan indah itu dari ALLAH.
Kita buat apa ALLAH suka, ALLAH pasti hadiahkan apa yang kita SUKA.
0 Comments