Menikmati 5 Menu Signatures di The Cuisine Restaurant , The Haven All Suites Resort Ipoh




Perkongsian sebelum ini huda bercerita tentang pengalaman menginap di The Haven All Suites Resort. Kali ini huda nk bercerita pula tentang pengalaman huda menikmati 5 menu signatures di The Cuisine. Restoren The Cuisine ini ada pengiktirafan HALAL Jakim dan juga di masak oleh Chef Shamsul yang sangat berpengalaman dalam bidang kulinari. Restoren ini juga tersenarai di rank nombor SATU dalam senarai restoren taraf international terbaik di Ipoh. Maka huda memang letak high expectation dengan makanan yang di hidang di sini. 


5 Menu Signatures di The Cuisine Restaurant, The Haven All Suites Ipoh yang Wajib Cuba! 

Craving nak makan western food ? Asian ? Mediterranean? Nak makan local food pun ada! Semua jenis makanan ada di sini. Jom tengok juadah menarik yang di rekemen oleh Chef di sini untuk kami cuba. 

 Haven Chicken Rice - RM 28 

Singapore Laksa – RM 30 

Grilled Romesco Chicken – RM 25 

Chimichurri Prawn Salad – RM 25 

Churrasco & Chimichurri Rib Eye Beef – RM62 

Kiwi Berry Parfait – RM 20

Selepas huda dan keluarga menikmati 5 menu signatures di The Cuisine Restaurat ni, memang kami bagi double thumb up! Semuanya sedap! Beef tak liat, kuah laksa singapore sedap sungguh dan sos Romesco grilled chicken tu si adik hakim siap minta extra sebab sedap sangat! Nasi Ayam The Haven pun banyak Arif makan. Memang rekemen makan di sini dengan keluarga dan kawan-kawan. 


Mujur restoren ini served hidangan ni all day long, maka anytime kalau korang teringin nak makan , boleh datang sini dan nikmati sendiri. 


Owh ya, di sini huda juga minum signature drink The Haven. Huda memang suka minum air camni.

Kami juga berkesempatan berjumpa dengan Chef Shamsul dan bergambar bersama dengan manager The Haven Resort , Sir Aven Ng untuk kenangan. 



Breakfast Buffet di The Cuisine Restaurant





Kami sekeluarga menginap di sini selama 3 hari 2 malam. selain makan menu signatures , kami juga menikmati menu breakfast yang sangat sedap di sini. 

Menu Pilihan adik Hakim - Nasi Lemak dan Ayam Rendang


Menu Pagi Pilihan Huda - Penne Pesto, Grilled Tomato, Baked Patatoes dan Salad. 


Pastries dan Kek 

Kami sempat makan breakfast di sini selama dua hari, hidangan western terhidang and desert berlainan, cuma nasi lemak memang wajib ada. 



Menu favourite huda , breakfast di sini , salad balut dengan grilled beef sliced. 


Pendek kata semua menu terhidang di The Cuisine Restaurant , The Haven All Suites Resort ni memang terbaik! Anak-anak pun dah ajak stay dan repeat dine in di restoren ni. Hope masa akan datang dapat lagi makan-makan juadah sedap di sini. 








Post a Comment

3 Comments

Nadia Johari said…
Sedapnya semua, rib eye tu memng kenyang makan tu
Eina Md Ali said…
Makanan kat The Haven ni memang terbaik. Semua sedap.
Ai said…
Nampak sedap je semua.