Jom Join Telegram Neelofa



Honestly, huda bukan lah peminat Neelofa. Malah pernah juga jadi haters dia. But people do change right? Bila seseorang berubah menjadi lebih baik dari semalam, dan berusaha menjadi baik, huda rasa why not huda follow apa yang Neelofa buat sampai dia berubah . Dan huda tergerak hati join group Telegram Neelofa. Jom lah follow sama-sama, benda baik kena kongsikan? 


Kenapa Korang Kena Join Telegram Neelofa?


Tanya dalam diri korang, aku nak berubah tak? 

Kalau nak, kita follow bagaimana seseorang itu boleh berubah. Jadikan sebagai inspirasi. 
Kita manusia biasa, kita sentiasa perlukan suntikan motivasi dan juga seseorang untuk mencetus inspirasi kepada kita berubah. 

Dan betulkan juga niat kita berubah, hanya kerana ALLAH. 

Dunia makin tenat, maksiat semakin menjadi-jadi. Sumbang mahram, perhubungan songsang macam kaum nabi Luth dah macam biasa di Malaysia ni. 

Korang dah ready ke nak kiamat? Amalan cukup ke nak bawa ke syurga... 

Honestly, huda sangat takut. 
Dari rasa takut dan sedar diri, Allah ilham kan hidayah dan tunjukkan jalan untuk berubah. 
Dan salah satu jalan dan hidayah Allah, huda kini konsisten dengar ilmu di awal pagi di 7 am club Prof Muhaya dan juga baru-baru ini huda join group Telegram Neelofa. 

Banyak ilmu agama Neelofa sharing, contohnya macam hadis Qudsi ini, yang sangat menyentuh jiwa huda lepas membaca , baris demi baris....

Hadis Qudsi Allah berfirman :


“Wahai anak adam, jangan pernah engkau takut kepada sesiapa pun yang mempunyai kekuasaan selama kekuasaanKu ada dan ketahuilah kekuasaanKu tidak akan pernah punah selamanya. “

“Wahai anak adam, jangan pernah engkau takut dengan kesempitan rezeki sedangkan perbendaharaanKu penuh dan perbendahraanKu tidak pernah akan habis selamanya.”

“Wahai anak adam, aku ciptakan kamu untuk beribadah maka jangan kamu bermain main dan aku juga sudah menentukan rezekimu maka maka tidak perlu engkau lelah.”
( makna di sini : anggota tubuh kita berusaha dan hati kita bertawakal ) 

“Demi kemuliaanKu dan keangunganKu, jika engkau redha terhadap pemberianku maka aku akan tenangkan jiwa dan ragaMU dan engkau akan mulia disisiKu.
Jika engkau tidak redha dengan pemberianku, maka aku akan membuatmu mengejar dunia seperti haiwan buas yang sedang mengejar mangsanya di padang pasir . Kemudian tidak akan datang kepadamu kecuali yang aku sudah takdirkan.”
( pemberian ; paras rupa, tubuh , pasangan hidup, anak)

“Wahai anak adam, aku telah menciptakan langit dan bumi dan aku tidak pernah merasa sulit menciptakan keduanya, maka apakah kau fikir Aku akan sulit mengurus rezekimu.”

“Wahai anak adam, jangan engkau minta rezeki untuk esok hari, sebagaimana aku tidak pernah meminta denganmu amal esok hari “

“Wahai anak adam, sesungguhnya Aku sangat mencintaimu, maka atas hal itu , cintailah Aku”



 
Nak baca lebih lagi perkongsikan ilmu agama Neelofa, nak tahu buku apa yang Neelofa baca, boleh klik terus link di bawah untuk join Telegram Neelofa 
>>> https://t.me/NeelofaTelegram <<

Post a Comment

1 Comments

Ai said…
Done join. Semoga bermanfaat untuk semua.