Cantik yer tengok gambar makanan plating atas pinggan bercorak dan berwarna warni. Orang perempuan ni kan mudah terpengaruh,asal viral mula lah nak join juga membeli dan berkongsi di laman sosial. Mujur huda peminat tegar warna putih suci murni, jadi kurang sikit terpengaruh tengok ramai dok viral pinggan bercorak warna warni. Hari ni nak kongsi info tentang kenapa pinggan viral bercorak bahaya untuk digunakan untuk letak makanan harian kita.
Buat anda yang belum tahu, plumbum sudah lama digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan peralatan meja makan terutamanya yang berasaskan seramik.
Ia digunakan sebagai sentuhan dekorasi ekoran sifatnya yang sangat menyerlah. Bahan inilah juga yang terdapat dalam pinggan viral yang sedang menjadi topik hangat kini.
Antara ciri-ciri peralatan meja makan yang mempunyai plumbum termasuklah:
Bercorak dan mempunyai warna-warni yang sangat menarik
Diperbuat secara tradisional dengan tanah liat
Mempunyai permukaan tidak rata dengan corak yang tampak timbul
Mempunyai pelbagai variasi rupa dan bentuk yang unik
Mengapa plumbum berbahaya terhadap kesihatan?
Plumbum adalah sebatian toksik yang boleh memberi kesan negatif terhadap semua individu yang mungkin menggunakannya tanpa sedar.
Apa yang lebih membimbangkan adalah ia lebih berbahaya terhadap golongan yang lebih mudah terdedah seperti kanak-kanak, ibu hamil serta bayi dalam kandungan.
Jika ada yang berfikiran bahawa ia cuma sekadar alas untuk meletakkan makanan atau minuman dan tidak mendatangkan bahaya, fikirkan semula.
Ini kerana plumbum yang terdapat pada pinggan viral atau peralatan meja makan yang lain boleh meresap ke masakan yang dihidangkan di atasnya.
Kesannya, anda berkemungkinan menghidapi keracunan plumbum yang akan menjejaskan sistem organ jika ia masuk ke dalam tubuh badan dengan amaun yang terlalu banyak.
Jadi, apa yang kalian boleh lakukan?
Seperti yang kita sudah tahu, plumbum akan menjejaskan fungsi dan sistem organ tubuh badan kita jika ia masuk dengan amaun yang terlalu banyak.
Dalam usaha mengelakkan ini terjadi, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin terus menggunakan peralatan meja makan ini.
Buat para penggemar dan pengumpul pinggan viral, sila ambil perhatian terhadap 7 perkata penting ini:
#1. Elak dari meletakkan masakan yang masih panas di atasnya
#2. Elak dari meletakkan masakan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah di atasnya
#3. Elak basuh ia dengan sabun pencuci pinggan yang kuat
#4. Elak sental ia dengan berus dawai kerana corak boleh tertanggal lalu meningkatkan risiko kebocoran plumbum
#6. Elak simpan masakan terlalu lama di atasnya
#7. Elak dari menghidangkan masakan yang beralaskan peralatan ini kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan ibu hamil
Antara alternatif yang paling selamat adalah dengan gunakan pinggan, mangkuk, dulang atau cawan yang berwarna putih tanpa corak serta yang diperbuat dari bahan lain seperti kaca
0 Comments