Nikmati Sushi King Bonanza - Family Bonding Bersama The Arifs



Waktu makan bersama adalah salah satu waktu terbaik untuk create bonding dengan anak-anak. Berinteraksi dengan anak2, melihat cara anak2 makan dan dalam masa yang sama ibu bapa mengajar ilmu adab makan, seperti membaca doa, makan dengan perlahan, menggunakan tangan kanan dan lain-lain. Waktu makan juga akan menjadi core memory anak2 yang membentuk personaliti mereka.


Nikmati Sushi King Bonanza - Family Bonding Bersama The Arifs




Setiap kali promosi bonanza dari Sushi King, huda akan usahakan juga nak pergi. sediakan budget untuk belanja anak-anak makan sushi, menu kegemaran diorang.  

Moment huda bersama anak-anak semakin singkat. Mereka semakin hari semakin besar. Lepas beberapa tahun ini, pasti lain . Wajah teruja anak-anak kecil melihat pinggan sushi berjalan di depan mata, pick up mana-mana sushi yang berkenan. Hanya huda dapat tatap sekarang , di saat usia mereka kanak-kanak. 




Sebab tu huda spend apa sahaja demi melihat wajah bahagia anak-anak kecil yang suci dan ikhlas. 
Dan huda tahu, saat manis tercipta especially time deria rasa makan terangsang, memori long term akan proses ingatan = Good Memories. Dimana memories ini membentuk EQ anak-anak. 

Kalau korang kurang faham, boleh layan movie Inside Out. Walaupun movie ni kartun, tapi fakta yang diselitkan dalam movie ini adalah benar dan tepat. 


Jadi, huda harap ibu bapa semua, jangan lah bagi anak main phone, tengok youtube ke ketika makan. Layan anak makan, biarkan anak fokus pada makanan, fokus pada kita ibubapa. Jadikan waktu makan bonding time yang sangat bermakna. Please jangan malas layan anak-anak. Macam The Arifs , time makan di luar, macam-macam soalan mereka tanya. Dari situ, komunikasi kami keluarga wujud, terselit gelak ketawa dan kebahagiaan bersinar yang tak dapat di ganti dengan apa jua di dunia ini. 



Post a Comment

0 Comments