Rezeki Ogos 2020 yang melimpah ruah



Bulan Ogos, birthday month huda, maka bulan ni extra special berbanding bulan lain.. Hehe bulan depan pun special gak sebab bulan dapat title mama ( lahirnya anak sulung). Okay, sempena hujung bulan Ogos ni, huda nak "count my blessing" dengan throwback rezeki yang Allah hadiahkan sepanjang bulan ini.



Rezeki dapat customer servis ghostwriter - upah menulis company profile agak banyak juga. Boleh lah tambah duit poket sendiri. Walau huda tak promote sangat pun di media sosial. Kalau dah rezeki kan, usaha kita asbab jer , rezeki semua dari Allah.

Alhamdulillah... setiap usaha kita adalah barakah. Semua rezeki kita sudah lama tertulis dan Allah dah sediakan. Jangan bangga diri dengan usaha , sebab banyak jer orang lain berusaha tapi takde rezeki. Sebab tu kena rajin jemput rezeki dan jaga hubungan dengan Allah pemberi rezeki. Dan ingat segala pujian hanya layak untuk Pemberi Rezeki, Allah yang Maha Kuasa.

Antara rezeki hadiah dari Allah sepanjang birthday month huda tahun 2020 ini..


1) Menang media challenge 2 kali berturut-turut anjuran Jack n Jill

2) Dapat bantal berjenama Getha bernilai RM 500 . Baca review huda di SINI


3) Dapat cash out Google Adsense untuk pertama kalinya!

4) Dapat  sponsor berkayak di Little Amazon atas tiket blogger. Boleh baca review di SINI


5) Dapat phone baru hadiah birthday dari encik suami.

6) Dapat job review sebagai micro influencer di instagram dan blogger mencecah 4 angka. Berganda gak berbanding bulan-bulan sebelum ni.

7) Dapat tambah ilmu parenting dengan join seminar parenting. Paling berharga, huda slow-slow berubah dari segi handle emosi dan perwatakan serta tutur kata dengan anak-anak. I can see the big difference now! Alhamdulillah.

8) Dapat shopping kuali baru dari Go Shop.

9) Dapat shopping bedroom set baru!

10) Dapat sponsor baju RM XXX dari family in law untuk kenduri kahwin adik ipar next few months. Fuh jimat duit sendiri... 

11) Dapat shopping basikal baru untuk hari jadi Arif Haikal next week.


Banyak yer rezeki Allah bagi. Cukup duit untuk itu ini. Rezeki tak di sangka-sangka juga datang bersilih ganti. Time huda tulis ni, sebak dan terharu dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang terlalu banyak walau sedar diri ini masih banyak kekurangan dalam menjadi hamba Allah yang terbaik.

Semoga bulan depan dan seterusnya sentiasa murah rezeki dan bertambah bersyukur.. Segalanya milik Allah, dan hanya pinjaman seketika di dunia. Nikmatinya sepuas-puasnya!!

Live your life to the fullest and always remember to count your blessing..

Post a Comment

1 Comments

Sue Izza said…
Alhamdulillahhhh semoga rezeki lebih murah....