Pengalaman Berkayak di Little Amazon Terengganu



Pengalaman Berkayak di Little Amazon  Terengganu | Minat huda terhadap aktiviti lasak dan aktif membuatkan huda sangat teruja untuk merasai sendiri pengalaman berkayak di Little Amazon yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Huda tahu, masih ramai yang belum tahu dan tak percaya di Terengganu ada hutan Amazon. Jom baca pengalaman huda berkayak di Little Amazon Kuala Terengganu


Pengalaman Berkayak di Little Amazon Terengganu


Lokasi Little Amazon Terengganu

Untuk sampai ke Little Amazon, ia memakan masa lebih kurang satu jam dari meeting point. 







Meeting point untuk proses briefing sebelum berkayak adalah di Pengkalan Rengas.




 Briefing tentang berkayak di Little Amazon di sampaikan oleh Encik Najib dari Jenoba Outdoor.


Kemudian penerangan tentang keselamatan, tips dan trick berkayak di sampaikan oleh Encik Fadhil. Beliau juga yang akan guide berkayak menuju ke Little Amazon


Selesai briefing, kami diberikan bekalan makanan seperti roti, epal dan air mineral. Dry bag juga di sediakan. Bagus sangat kan? Huda memang tak bawa pun, jadi sangat-sangat membantu.


Pengalaman berkayak menuju ke Little Amazon




Sepanjang berkayak, kami berpeluang melihat pelbagai flora dan fauna yang terdapat di sekitar Sungai Berang. Sambil-sambil berkayak boleh tengok banyak hidupan liar di kiri kanan sungai macam burung helang, burung enggang, monyet, lutong dan kerbau.  

 Namun masa huda pergi sini, cuma ada rezeki melihat kerbau jer. Semuanya ikut rezeki masing-masing kan.



Sungai Berang diklasifikasikan sebagai Class I di mana arusnya perlahan sesuai untuk aktiviti kayak bagi beginner. Arus yang perlahan menolak kayak perlahan-lahan tanpa terlalu penat mengayuh. Best , takdelah nak kena kayuh setiap masa. Banyak masa huda memang tak kayuh pun, sebab sibuk ambil gambar, hehe...

Huda boleh rileks sebab ada partner di belakang yang manuever kayak ni sentiasa stabil, elakkan kayu di tengah sungai dan pastikan kayak sentiasa di landasan yang betul. Thank you encik suami!


Cuaca agak panas terik, waktu ni dalam pukul 11 pagi. Mujur huda dah pakai sunblock dan pakai shades. Jenis puteri lilin, tak boleh kena terik mentari nanti mula lah migrain. Tapi menyesal gak tak bawa cap. So next time memang kena pakai cap datang berkayak di sini.

Gate Little Amazon of Terengganu 



Selepas hampir sejam lebih berkayak, kami tiba di Gate of Little Amazon. Di sini kami berehat , main air dan bergambar.




Kemudian teruskan berkayak untuk lihat keindahan Little Amazon yang lebih memukau pandangan berbanding di Gate Little Amazon.


Pengalaman yang sangat menarik dan unik! Dapat melihat sendiri flora fauna Little Amazon, mendengar bunyi air sungai mengalir deras, dan bunyi-bunyian dari haiwan yang terdapat di sepanjang sungai sangat berharga dan pastinya takkan di lupa sampai bila-bila.





Bagaimana Nak Tempah Pakej Kayak Little Amazon, Terengganu

 Jenoba Outdoor menyediakan 2 pakej berkayak di Little Amazon of Terengganu .

  • Pakej separuh hari
    •   RM 129 
    • Harga termasuk:
      1. Sewaan kayak termasuk life jacket dan paddle
      2. Makanan /Minuman
  • Pakej 2 hari 1 malam.
    •  RM200
       Harga termasuk:
    1. Sewaan kayak termasuk life jacket dan paddle
    2. Makanan (breakfast x1, lunch x2, dinner x1)
    3. Tent (twin sharing)
    4. Domestic transfer |


Guest boleh pilih tarikh sendiri ( bergantung pada availability) untuk berkayak di  Little Amazon of Terengganu  bersama jenoba outdoor

Hubungi 013-7026923 untuk maklumat lanjut. atau direct klik link Whatsapp >>
wasap.my/60137026923/pakejkayak.
Apa kaitan air kotak ni? Actually, selepas sampai ke penghujung trip, kami di beri air kotak yang sejuk untuk hilangkan dahaga. Fuh, time dapat air ni punya lah happy! Memang terbaik lah trip kayak Little Amazon bersama Jenoba Outdoor ni!

Tentang Jenoba Outdoor 

  •  Jenoba Outdoor mendapat pensijilan Malaysia Tourism Excellence untuk kategori Adventure Tourism dari Malaysia Productivity Council
  •  Tengku Puteri Nadhirah Zahrah anakanda Sultan Mizan Zainal Abidin pernah mengikuti trip kayak ini bersama Jenoba Outdoor 
  •  Jenoba Outdoor menitikberatkan keselamatan dengan menyediakan crew dan guide. SOP PKP juga dititikberatkan dengan penyediaan QR code dan check suhu. Peralatan juga disanitize sebelum digunakan peserta
  •  Guide knowledgeable dan sentiasa menerangkan fakta sejarah, budaya dan alam semulajadi kepada tetamu

Maklumat lanjut dan promosi terkini boleh layari :-

Facebook: https://www.facebook.com/JenobaOutdoor
Instagram :https://www.instagram.com/jenobaoutdoor/
Web : www.kayakadventurepark.com

Post a Comment

9 Comments

Tekkaus said…
Bestnya. Kalau boleh harap-harap dapat juga pergi satu hari nanti. :)
Marina Bashah said…
Seronoknya tempat dia. Tenang je.bolehla try berkayak kat sana nanti
Atie Zieya said…
best experience ni! atie nak try juga ni.. hope nanti masa p redang dapat try kayak juga
Kak Fas said…
Inilah satu2 aktiviti yg tak pernah ikuti sebab takut jatuh kerana x pandai berenang huhu
Bestnya akk suka aktiviti.macam ni. Mmg puas hati.. adventure!
Izaramli said…
Cantiknya sini. Tak tau pun blh buat aktiviti mcm ni kat sini. Lama dah tak berkayak. Skarang nk buat aktiviti lasak kena tunggu baby besar sikit.
marsha said…
Bestnya! Lama dah tak pegang paddle kayak. Last masa study dulu je
sis gee said…
best kan? nanti ada rezeki kita repeat lagi!!!
Ai said…
Seronok sangat buat aktiviti nature ni.