Tips Paling Berkesan Atasi Masalah Anak Kencing Malam



Parenting journey setiap orang berbeza dengan cabaran masing-masing. Walau besar atau kecil cabaran yang datang, ia pastinya mahu menambah daya kesabaran seorang ibu dan bapa. Tahun ini genap 8 tahun menjadi parent dan cabaran silih berganti menjadikan huda semakin berpengalaman dalam berdepan situasi ujian "Anak Kencing Malam" .  Teruskan membaca untuk ketahui Tips Paling Berkesan Atasi Anak Kencing Malam.

Tips Paling Berkesan Atasi Masalah Anak Kencing Malam


Kencing Malam itu Normal ??

Aduhai... mengeluh dalam hati, bila awal pagi nampak katil si anak basah dan berbau hancing.. Mula lah rasa nak marah anak di awal pagi. Memang pada awal dulu, setiap kali anak kencing malam huda akan rasa nak marah. Namun, sekarang huda tak marah lagi dan dah boleh terima kenyataan kencing sewaktu malam kebanyakannya adalah normal.

Kenapa Anak Ada Masalah Kencing Malam?


Pundi kencing anak belum bersedia untuk menyimpan kencing sepanjang malam.
Anak-anak cuma perlu masa dan pendekatan yang betul untuk menangani masalah ini.

Kajian menunjukkan,
✅ 40% berumur 3 tahun masih kencing malam
✅ 15% berumur 5-6 tahun
✅ 5% untuk 10-11 tahun
✅ 2% berumur 12 tahun

Kebanyakan kanak-kanak akan berhenti kencing malam sewaktu umur 5-6 tahun. Tapi ada juga yang tidak.

Punca Anak Ada Masalah Kencing Malam


Ada pelbagai punca kepada kencing malam.

✅ stress,
✅ kencing manis jenis 1,
✅ struktur Pundi kencing yang tidak normal
✅ jangkitan kuman saluran kencing

Namun, 99% kebanyakannya tiada punca.

Hanya pundi kencing yang tak cukup besar untuk menampung sewaktu malam.

Anak kalau selalu dimarah atau dimalukan, boleh jadi tertekan dan akan melambatkan proses untuk tidak lagi kencing malam.

Tips Paling Berkesan Atasi Masalah Anak Kencing Malam


Berikut adalah senarai tips untuk atasi masalah anak kencing malam :-

  • Kurangkan Minum Waktu Petang dan Malam
  • Set loceng untuk bangun kencing malam
  • Beri ganjaran untuk tidak kencing malam
  • Pewangi bilik
  • Gunakan lapik kalis air
  • Jangan memarahi anak, kerana ia bukan salah mereka

    Maka bersabarlah wahai ibu ayah yang hadapi masalah anak kencing malam.
    Ujian ini sangat kecil berbanding ujian lebih hebat orang lain yang di uji dengan anak istimewa....



Kredit : KKM

2 comments:

  1. Tips yg bagus...lama dah abg QI tak kencing malam hehe...

    ReplyDelete
  2. Nad pun tengah ajar fariza tak pakai oampers waktu malam.. Nak cari cadar kalis air

    ReplyDelete