Tips Impian Jadi Kenyataan Dengan Doa dan Zikir


Selamat Pagi Rabu yang paling di nanti... Hari ini hari pertama Abang Arif Haikal sekolah setelah berbulan terpaksa belajar homeschooling sahaja dengan guru-guru banyak yang lepas tangan. Maka huda lah yang menjadi guru sepanjang PKP yang lepas. Alhamdulillah, homeschooling sudah tiada, dapatlah Arif fokus belajar dengan normal baharu di sekolah bersama guru dan rakan-rakan. Huda juga dapat fokus bekerja. Alhamdulillah, syukur.. impian jadi kenyataan dengan DOA.


Impian Jadi Kenyataan Dengan Doa dan Zikir


Kuasa DOA ini sangat-sangat hebat. Doa bukan sahaja perlu di atas sejadah , namun doa juga boleh di lakukan pada bila-bila waktu, cukup lintasan hati dengan sangkaan baik dan sebut nama " ALLAH" . Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa dan sebut itulah DOA. Maka berhati-hati dalam apa jua yang terlintas di benak fikiran dan tutur kata. Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.

Allah akan beri apa yang kita sangka...


Tips Menjadikan Impian Jadi Kenyataan 


Banyak sebenarnya Tips untuk menjadikan segala impian hidup kita menjadi kenyataan antaranya :-

#1 Berdoa ketika waktu-waktu mustajab Doa


Insha’allah semoga segala impian kita mampu menjadi kenyataan

1.Satu pertiga malam

Antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh.

Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, “Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya”. 

Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah SWT.

2.Sewaktu hujan turun


Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.

3.Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat

Di antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu.

4.Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat

5. Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.

6. Setiap sujud di dalam setiap waktu solat

Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan


#2 Bersedekah ketika berhajat akan sesuatu


Allah berfirman yang bermaksud:

 “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah, ayat 261)


#3 Istigfar dengan ikhlas mengharap keampunan Allah


Daripada Ibni Abbas, Baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan daripada setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

#4 Berselawat 1000 kali

#5 Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’


Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

#6  Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin’


Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

#7  Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim’


Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

#8  Bacalah Surah Al-IKHLAS


Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

#9  Amal Membaca Surah Al-WAQIAH


Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


Selamat Beramal! Yakin dan percaya, doa yang termakbul dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah dan andainya doa kita masih tertangguh, ada hikmah yang hebat dan pahala sabar untuk kita... 

Post a Comment

6 Comments

Nina Mirza said…
Good sharing Huda..
Sesekali ter alpha, bila baca teringat kembali amalan yang tak sengaja tertinggal
umminani said…
Good sharing tq huda
Izyan Balqis said…
Terbaik huda, panduan berguna utk umat muslimin dn muslimat semua
Nadia Johari said…
Bagus sesekali baca entry mcm ni..
Ai said…
Thank you for sharing. Kadang-kadang terleka dengan life bila baca entri2 macam ni, sejuk hati.