Bawa Anak Breakfast di Subway Selepas 3 Bulan Tak Makan di Luar


Teringat  situasi bulan lepas yang buatkan huda tanam impian lepas habis PKP memang nak bawa anak-anak keluar makan. Pada suatu pagi , apabila terjaga bangun dari tidur, si adik Hakim terus cakap saya lapar. " Saya nak breakfast." Huda pun tanya, " Adik nak breakfast apa hari ni? " . Dengan selamba si adik menjawab " Saya nak breakfast kat luar! " . Aduhai.. faham mereka dah kebosanan di rumah dan rindu nak makan di luar. Jadi dengan adanya kelonggaran ketika PKPP ni, huda bawa anak-anak keluar makan di restoren pagi ini. 

Alhamdulillah..Syukur. Dari malam tadi huda buat planning, siapkan baju anak-anak semua untuk family outing pagi ni. 
Syukur sangat planning family outing pagi ini dipermudahkan Allah. 
Sejujurnya, memang agak gementar dan risau untuk bawa anak-anak keluar ketika tempoh PKPP ini.

Seawal pukul 7 pagi, kami sekeluarga sudah keluar rumah. Kami memang gemar keluar waku pagi berbanding waktu petang sebab nak elakkan ramai orang dan kesesakan di jalan raya. 

Destinasi pertama kami adalah Pantai Tok Jembal.  Melihat permandangan matahari terbit di tepi pantai ibarat terapi untuk huda. Sambil menikmati bunyi deruan ombak dan keindahan permandangan , ini lah waktu kami mencipta "bonding time" dengan anak-anak. Layankan segala pertanyaan mereka , pasang telinga dan menatap wajah mereka dengan penuh rasa syukur dan kasih sayang. Keluarga ini adalah harta dan juga hadiah paling indah dalam hidup huda. Maka huda akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.


Selepas lebih kurang 40  minit di tepi pantai, kami bergerak menuju restoren kegemaranan anak-anak. Sekali sekala melayan permintaan anak-anak yang berselera "mat saleh" teringin nak makan sandwich di Subway. 




Ini merupakan cubaan pertama huda bawa anak-anak keluar makan di luar selepas tiga bulan kerana PKP.  Sebelum anak-anak masuk ke dalam restoren, huda bertanya kepada staff di Subway, jika anak-anak dibenarkan untuk makan di dalam restoren.

Gembira sangat rasa di hati bila staff mengangguk kepada persoalan huda tadi!
Apa lagi, encik suami pun bawa anak-anak masuk ke dalam restoren dan pastinya mengikut SOP di tetapkan seperti menulis rekod nama, suhu badan dan masa.



Susun atur meja di Subway, tiada yang boleh duduk sekali berempat. Maka kami duduk sepasang di sana , sepasang di sini. Tidak kisah lah, asalkan hajat anak-anak makan di Subway tercapai. Syukur anak-anak sangat enjoy menu sarapan pagi yang sedap pilihan hati mereka.



Alhamdulillah. Isnin yang bahagia dan huda akan sentiasa berusaha membahagiakan keluarga tersayang. Jika sebelum ini huda sangat kedekut dengan anak-anak dengan terlalu risaukan rezeki bisnes kami yang agak tak tentu kerana PKP. Namun kini huda ubah mindset agar lebih tenang dan positif, sesekali berbelanja menunaikan hajat anak-anak dan yakin jaminan rezeki untuk anak-anak tak pernah terputus. 



“Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagiamu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak akan menyukai orang yang berbuat kerosakan.”
(Surah al-Qashash: ayat 77) 

Post a Comment

11 Comments

Fiza Aizzawa said…
bestnya dah makan kat luar.. kita pun dah boleh balik kampung, kesian jugak kat anak2 terkurung je kan
UplayOnline said…
I have benefited a lot from visiting your site. Nice content and asome theme. คาสิโนออนไลน์
Nadia Johari said…
Tu la nak makan kat luar juga bawk anak2.. Kene tanya dulu tempat tu anak2 boleh ke tak akn
anak umur berapa tu? anak mommy bawah 12 tahun, susah nya lahai nak keluar lagi.
Huda Halid said…
umur 5 dan 7 tahun
Huda Halid said…
betul tu, tanya dulu..
Huda Halid said…
anak-anak memang seronok sangat.
marsha said…
Fav Marsha juga subway ni...lama dah x makan...nak cari juga la pasni
Ai said…
Craving for Subway. Hurmm
Marina Bashah said…
Alhamdulillah.Anak2 Marina ni jenis susah nak makan. Kalau diorang teringin makan, Marina beli je
Wak Lat said…
subway breakfast tuna & egg mmg sodapp., ;p