Hujung Minggu yang Sibuk, Seminar dan Online Class


Hari ni seawal pukul 8 pagi kami suami isteri agak sibuk sebab suami ada join seminar dari pagi sampai ke petang, huda pula ada join online class selama 2 hari. Alhamdulillah, wish nak bangkit dan berjaya dipermudahkan dengan dapat join seminar dan kelas berbayar yang pastinya bermanfaat bila ilmu disulami dengan usaha!


Hujung Minggu yang Sibuk, Seminar dan Online Class


Huda daftarkan encik suami join seminar dari Hasbul Brother ni. Semoga memberi inspirasi untuk terus maju jaya dalam bisnes beliau .

Huda pula join kelas online ni, nak lebih serius dalam menulis. Lama sangat dah bermalasan dengan bermacam alasan. Cara nak bangkit dan fokus dengan sibukkan dengan perkara yang kita suka lakukan dan antaranya adalah menulis. 



Doakan murah rezeki huda dan suami dalam mencari sesuap nasi untuk keluarga kecil kami. Kami tak pernah menyesal menjadi Freelancer dan buat bisnes sendiri walaupun segulung ijazah kami tersimpan rapi di dalam bilik stor. Ini jalan yang kami pilih, dan yakin rezeki anak-anak pasti ada. Teruskan melangkah dan bekerja dengan ikhlas dan semoga memberi manfaat kepada orang lain. InshaAllah.





1 comment: