Cara Tanam Taugeh Sendiri 3 Hari Jer Dah Boleh Makan
Sayur taugeh antara sayur kegemaran huda dan keluarga. Idea nak tanam taugeh sendiri ini bermula ketika perintah kawalan pergerakan tiga bulan yang lalu. Apabila susah nak keluar rumah dan dapatkan sayur segar, huda pilih untuk tanam sendiri. Namun nak tanam sayur - sayuran ini bukannya semua menjadi, kena ada ilmu juga. Berbeza dengan menanam sayur taugeh yang sangat mudah dan cepat di tuai, malahan aktiviti menanam taugeh ini juga boleh dijadikan aktiviti menarik bersama anak-anak.
Cara Tanam Taugeh Sendiri 3 Hari Jer Dah Boleh Makan
Boleh tonton video langkah demi langkah di atas untuk ketahui cara tanam taugeh sendiri dengan mudah!
Bahan yang anda perlu kan hanya lah kacang hijau, kitchen towel , plastik hitam dan juga bekas yang berlubang seperti tapis atau bekas steamer.
Huda dah banyak buat dan setiap kali buat memang menjadi, Alhamdulillah!
Throwback sikit, kenangan pertama kali buat sangat teruja sebab menjadi cantik dan segar!
Antara menu masakan yang huda gunakan taugeh yang huda buat sendiri ni adalah kerabu taugeh, sayur taugeh masak sos tiram, popia taugeh dan juga di letakkan di dalam masakan mee goreng.
Sekian perkongsian pagi ni. Selamat mencuba!
Post a Comment