Trend zaman sekarang, semua informasi menarik tentang sesuatu lokasi dapat di akses melalui media sosial yang sangat meluas dan tanpa sempadan. Termasuk juga informasi tentang Negeri Terengganu yang sememangnya menjadi tarikan pelancongan dengan keunikan budaya dan makanan yang pelbagai. Huda nak rekemen korang ikuti laman sosial Terengganu 360 di aplikasi instagram. Bukan sekadar platform yang informatif , korang boleh juga manfaatkan untuk tujuan promosi dan juga join contest yang di anjurkan.
Terengganu 360 - Media Pelancongan Terengganu
Terengganu 360 yang di bangunkan oleh anak muda jati Terengganu merupakan salah satu Media Pelancongan Terengganu yang dipercayai dan padat dengan maklumat terkini tentang tarikan di Terengganu.
Terengganu 360 boleh di akses melalui pautan berikut :
Contest ini di anjurkan secara bulanan, di mana setiap bulan , seorang pemenang bertuah akan di pilih. Namun jika ada tajaan mungkin lebih dari seorang pemenang akan di umumkan.
Jadi apa lagi, jom sertai sekarang dengan ikuti langkah-langkah berikut:-
Muat naik gambar berkaitan Terengganu di instagram
Tag @terengganu360
Sertakan hashtag #terengganu360 di caption instagram post anda
Pemenang akan menerima hadiah misteri setiap bulan.
Ingin Promosikan Produk / Servis di Terengganu 360?
Khas untuk usahawan di Terengganu yang berminat untuk promosi produk pelancongan perniagaan, restoran atau apa sahaja di Terengganu, boleh hubungi admin Terengganu360 melalui dm di laman instagram Terengganu360.
6 Comments