Pengalaman Merentas Negara Ketika Pandemik Covid 19 | Mesir ke Malaysia


Pandemik Covid 19 yang melanda telah memberi pengalaman baharu kepada semua orang, tak kira di mana kita berada. Betul tak?? Hari ni huda nak kongsi pengalaman yang huda teruja nak tulis dan berkongsi dengan pembaca blog huda. Dengan izin dan persetujuan adik huda yang baru sahaja mendarat ke Malaysia dari Mesir , huda kongsi pengalaman beliau bersama suami merentas negara dari Mesir ke Malaysia.




Pengalaman Merentas Negara Ketika Pandemik Covid 19 | Mesir ke Malaysia

Keputusan untuk Pulang Ke Malaysia


Dengan situasi yang agak mencabar duduk di negara orang jauh dengan keluarga akhirnya keputusan untuk pulang Malaysia sepakat di buat kami suami isteri pada 20 hb Mei yang lalu. Keputusan untuk pulang ke Malaysia atas sebab kuliah di Universiti pun telah ditangguhkan berbulan-bulan lamanya, dan tahap keselamatan yang tidak pasti. Informasi dari sumber travel agent yang  sah memberitahu ada chartered flight pada awal Jun. Limited seat dan kena berebut jugak yer nak dapatkan tiket balik ke Malaysia ni...

Perjalanan Pulang ke Malaysia 

Chartered flight ( Air asia X ) | Kos Tiket One Way 

Since flight ni chartered, mesti boleh expect the price akan double kan? Yes! Tiket one way dari Cairo International Airport ke KLIA2 berharga RM 3250 , normal price biasa range RM 1600 - 1700.  Urusan pembelian tiket  dengan agensi Zara Zakiah Education Sdn.Bhd 


27 Mei 2020
Semua bakal penumpang wajib buat check up dan dapatkan pegesahan doktor dari Mesir. Ia sebagai bukti yang bakal penumpang dalam keadaan sihat dan tiada masalah kesihatan. 

29 Mei 2020

Perjalanan daripada Kaherah ke Airport  di escort polis. Setiba di airport , procedure biasa check in sampai naik ke kapal terbang. 

Flight full seated...
SOP naik kapal terbang yang agak longgar, lebih baik kalau ada penjarakan sosial kan?



Jam 3 petang  ( waktu Malaysia  jam 9 malam) flight take off dah mula meninggalkan bumi mesir.. 
Permandangan muka bumi Mesir  ( padang pasir) dari tingkap kapal terbang.

Penerbangan yang di jadualkan selama 10 jam perjalanan tanpa transit dijangka sampai pukul 6 pagi 
(waktu Malaysia ) mendarat di Malaysia . Sepanjang perjalanan kami di beri  2 kali makan dan juga sekeping borang kesihatan untuk di serahkan setiba di Malaysia. 


Makanan dalam Flight Air Asia X



30 Mei 2020
Alhamdulillah... Alhamdulillah . Selamat tiba di Lapangan Terbang KLIA2  pada pukul 6 .02 pagi. 



SOP untuk Penumpang Luar Negara yang Tiba di Malaysia 

Sejurus tiba dan keluar dari kapal terbang, pihak polis dan imigresen telah stand by dan penjarakan sosial di pratikkan.
Kemudian kami di tempatkan di ruang menunggu untuk Covid-19 Screening. Alhamdulilah, masa untuk menunggu tidak terlalu lama, hanya beberapa minit dan kami di panggil untuk ke ruang pemeriksaan seterusnya. 


Covid Screening dan Swab Test 

Sebelum  swab test  dijalankan kami harus jalani Covid screening dahulu . Procedure Covid screening adalah dengan berdiri di dalam satu kotak khas dan melihat kamera .
Kemudian beratur dan serahkan borang yang telah di isi di dalam flight tadi kepada petugas KKM.

Kami juga harus mengisi satu lagi borang untuk tahu status kesihatan( jika ada simptom demam/ batuk atau any covid symptoms) .

Jika ada simptom  akan terus di bawa ke wad di Hospital Sungai Buloh. Ketika pemeriksaan tempoh hari ada juga penumpang yang di bawa terus ke hospital. 
Selepas isi borang tadi,tunggu sehingga nama di panggil dan akan masuk ke satu lagi ruang khas pemeriksaan untuk swab test.  


Sakit ke Swab Test Covid 19 ?

 Don't worry tak sakit , kerana sebelum swab test di buat, doktor yg incharge tu akan guide. Ada juga yang kata hanya rasa geli , tak sakit pun. Swab test akan lalui hidung dan mulut . Tak sakit . Cume bila lepas swab test akan rasa kurang selesa.  Tapi sekejap jer .


Next ke Pusat Kuarantin 

Alhamdulillah,  settle semua pemeriksaan kesihatan kami lalui immigration check  dan boleh collect bag.  Selepas selesai urusan collect bag, semua penumpang di bahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan ada 23 orang sahaja yang akan menaiki satu bas menuju ke pusat kuarantin terpilih. 
Di sini kena isi lagi borang. Borang kali ni untuk  maklumat diri jika travel dengan suami atau family diberi satu borang . Selepas dah siap borang diisi kami di bawa ke pintu keluar dan bersedia untuk menaiki bas pusat kuarantin. 
Beg di susun dan di sanitasi untuk keselamatan. 
Di sini kami di beri goodies bag daripada agensi  berupa makanan tambahan,  duit raya  dan sim kad. 

Antara makanan yang diberi dalam Goodies Bag dari Travel Agent

Kit dari KKM - Sanitizer dan face mask




Perjalanan kami diiringi polis dari KLIA2 hingga ke Melaka . Kami di tempatkan di sebuah hotel 4 bintang di Melaka. 
Setibanya di hotel kami jalani lagi sekali Covid 19 screening. Sepanjang tempoh kuarantin kami tinggal berasingan bilik seorang selama 14 hari. 
Sepanjang tempoh kuarantin makanan diberi 3x sehari  ( Sarapan , makan tengah hari dan makan malam). 


Peraturan yang di sediakan oleh pihak hotel. 



Sekian coretan pengalaman adik huda yang di sisipkan di sini untuk pembaca blog huda. Doakan adik huda dan suami beliau sentiasa sihat dan keputusan swab test Covid 19 negatif. InshaAllah... 

Huda doakan walau di mana korang berada, Allah perlihara dari wabak Covid 19 durjana yang meragut kebebasan kita semua dan one fine day everything will be okay...Amin...

Post a Comment

15 Comments

Permatabiru said…
Semoga semuanya baik2 sahaja.
dorsett pink said…
Pengalaman yang tak mungkin dilupakan buat selama-lamanya. Kenangan terindah walaupun mencabar. Nanti boleh cerita kat anak2 cucu kelak
umminani said…
Syukur segalanya dipermudahkan. malah kedua2 kerajaan sangat effisen dalam memastikan keselamatan semua orang terjamin. InsyaAllah semuanya dipermudahka.
Akashah Kassim said…
Ni dah selesai kuarantin ke belum?
Semoga mudahkan urusan
Fiza Aizzawa said…
begitu pengalamannya.. syukur semuanya selamat dan dipermudahkan..
emarieys said…
Semoga dipermudahkan urusan adik Huda
Marina Bashah said…
Kenangan sampai bila2 pengalaman ni.
Nadia Johari said…
Kenangan sangat tu.. Bagus prosedur yang dibuat.. Supaya semuanya selamat.
Ana Suhana said…
Banyak prosedur yg perlu dilalui ye. Tp bagus utk cegah penularan wabak kan.
Semoga baik2 saja utk adik huda dan suaminya..
Yanieyusuf.com said…
insya-Allah semua yang baik2..
SalinaJohari said…
Aamiin..moga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan baik yang berpanjangan
marsha said…
InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja.
Ai said…
Semoga dipermudahkan segala urusan Huda dan keluarga. Aamiin.
Marilynge said…
Wow, cool post. I'd like to write like this too - taking time and real hard work to make a great article... but I put things off too much and never seem to get started. Thanks though. FFP2 face mask