Yakin Rezeki Untuk Anak-anak pasti ADA!


Januari dah tinggalkan kita... Bulan Februari mula membuka tirainya hari ni. Bila huda throwback balik bulan lepas, memang macam-macam Allah uji. Setiap hari ada sahaja kerisauan dalam kotak fikiran dan lubuk hati ni. Namun di sebalik masalah yang datang , silih berganti. Huda amat bersyukur Allah hadiahkan rezeki penyelesaian sangat tepat pada waktunya , tak cepat atau lambat walau sesaat. Alhamdulillah, betul lah anak-anak tu pembawa rezeki kan?


Awal bulan Januari kena bayar itu ini untuk kos persekolah anak-anak. Allah uji kami sikit dengan kewangan. Job takde yang masuk. Takde job, takde lah duit. Gitu lah hidup bekerja sendiri ni. 
Mula garu kepala mana lah nak dapat duit bayar semua benda kan. 

Namun Allah nak tunjuk, rezeki dariNya bukan sekadar dari tawaran kerja freelance sahaja, ada rezeki lain. Dan keajaiban rezeki berlaku bila kami yakin dan terus berusaha menjemput rezeki. 

Satu-satu demi satu Allah permudahkan. Yuran sekolah dan kos pembelian buku anak-anak selesai sebelum tarikh akhir yang sekolah tetapkan. 
Road tax kereta yang juga tamat bulan ni pun dah berjaya di perbaharui. 
Dapat pula duit RM 30 dalam e-wallet dari Kerajaan. Syukur dapat tambah sikit beli barang-barang dapur.

Kadang-kadang huda rasa syukur dan gembira bila Allah uji bab rezeki ni. Sebab Allah nak kami makin dekat denganNya.
Allah nak suruh sabar dan berjimat cermat. Allah suruh redha dengan ujian kecil ni, orang lain banyak lagi ujian yang lagi besar.

Namun, rutin sedekah setiap kali ke masjid The Arifs tak pernah dilupakan, walau time tu dalam wallet memang ada tu jer cash. Sampai ke masjid, huda memang akan hulur duit sorang sekeping pada The Arifs. Suruh diorang masukkan dalam tabung masjid dan doa nak apa. Anak-anak pasti ada impian dan wishlist mereka sendiri kan. Huda selalu pesan, nak apa-apa minta pada Allah.

Yer, huda sangat YAKIN rezeki untuk anak-anak itu pasti ADA! Yakin dengan berkat sedekah The Arifs kat tabung masjid. Yakin dengan Allah yang MAHA PEMBERI dan MAHA KAYA.

Alhamdulillah, walau kami suami isteri pilih kerja freelance dan bisnes sendiri, tiada slip gaji atau pendapatan tetap, namun setiap hari rezeki untuk anak-anak itu pasti ADA. Allah dengar doa kami dan Allah perkenankan pada waktu yang tepat. Allah sempurnakan keperluan hidup kami dan ketika waktu yang terbaik impian dan kemahuan kami Allah tunaikan.

Kalau nak bercerita tentang MIRACLE rezeki Allah ni terlalu banyak sangat. Macam hari ni, honestly cash memang ciput, tapi si abang Arif  minta beli white board, cikgu sekolah dia suruh. Berkira-kira juga nak pergi beli. Tapi selalu ingatkan diri ni, rezeki anak-anak pasti ADA! Alhamdulillah, rezeki  bayar guna e-wallet , duit yang huda dapat dari pemberian orang lain bulan lepas. Duit cash tak usik pun. 

InshaAllah, dengan izin Allah bulan ni banyak lagi keajaiban yang bakal berlaku dan pintu rezeki terbuka. Keajaiban rezeki anak-anak. SubhanaAllah. Terima kasih Allah. 

Post a Comment

2 Comments

umminani said…
ya...serah pada Allah..dia pengatur rezeki kita. insyaAllah yakin pada NYA
Etuza said…
InshaAllah..Al;lah dah atur semua untuk kita, untuk anak-anak..doakan saja ya