Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.”
(Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
Zikir ‘subhanallah wabihamdihi’ sekiranya dibaca 100 kali pada setiap hari, ganjaran besar menanti pengamalnya iaitu diampuni segala kesalahan dan dosa kecil yang dilakukannya pada masa lalu.
Nabi SAW menyebutkan sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.
Kata ulama, kenapa Nabi SAW mengumpamakan seperti buih di lautan kerana bilangan buih di lautan tidak pernah habis.
Walau sebanyak mana dosa yang dilakukan, jika mereka mengamalkan zikir itu pasti Allah SWT akan ampunkan.
Semoga kita sentiasa berusaha luangkan masa yang Allah pinjamkan di dunia ni dengan zikir. Sesungguhnya seluruh makhluk lain di dunia ini turut berzikir dan bertasbih kepada Allah SWT. Segala benda yang berada di sekeliling kita termasuk haiwan, tumbuhan, bukit, gunung- ganang dan sungai bertasbih memuji Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud
“...dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”
(Surah al-Israa’, ayat 44)
Fadhilat lain Zikir SubhanaAllah wabihamdihi...
Fadilat zikir ‘subhanallahi wabihamdihi’ boleh diamalkan
- ketika diri risau tidak mampu bangun malam,
- takut untuk berinfak dan sedekah
- ketika takut berhadapan dengan musuh di medan perang.
Selain amalan zikir itu lebih disukai Allah SWT daripada seseorang menginfakkan sebuah gunung emas di jalan Allah SWT.
Jom sama-sama kita amalkan zikir ini. Alhamdullilah dengan izin Allah banyak dah miracle huda dah alami lepas amalkan zikir ni.
Jom sama-sama kita amalkan zikir ini. Alhamdullilah dengan izin Allah banyak dah miracle huda dah alami lepas amalkan zikir ni.
0 Comments