Langkah Pencegahan INFLUENZA

Baru-baru ni dalam group Whatsapp geng sekolah ada berkongsi macam-macam cerita pasal influenza. Haish, takut betul bila kawan share anak berjangkit dari cousin yang baru balik dari travel oversea. Korang tahu tak berdasarkan trend yang direkodkan daripada aktiviti survelan kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI) melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti dari seluruh negara, terdapat sedikit peningkatan kes ILI dan SARI semenjak pertengahan bulan Disember 2019.



Tapi jangan panik sangat, kerana peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Manakala, analisa oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap virus influenza yang dikesan daripada aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus).

Susulan daripada kenyataan akhbar tersebut, KKM ingin menasihatkan mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun seperti berikut:

  • Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);
  • Elakkan daripada memberi ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) untuk mengurangkan demam kerana terdapat bukti klinikal yang menunjukkan penggunaannya boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak;
  • Memastikan pesakit minum secukupnya supaya kekal terhidrat; dan
  • Sila bawa pesakit tersebut berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai gejala penyakit influenza seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.




Selain itu, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza pula, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat. 

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi khususnya adalah digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut:

  • Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;
  • Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;
  • Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;
  • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan.
Semoga kita semua jaga kesihatan dengan amalkan kebersihan setiap masa, dan hanya kepada Allah kita bertawakal. Semoga Allah perlihara kita..InshaaAllah


1 comment:

  1. Memang sekarang banyak kes-kes influenza kat sekolah dan rumah...Memang kena pastikan selalu servis aircond

    ReplyDelete