Ujian Sakit Sinusitis

Pada minggu lepas huda ada kongsi tentang huda ada masalah hingus berdarah dan sakit kepala sangat2. Lepas google simptom dan huda pun terus ke klinik yang berdekatan dengan rumah.



Selepas diperiksa oleh doktor, huda sah alami masalah SINUSITIS. 

Lepas makan ubat yang diberi , beransur-ansur sakit kurang.

Minggu yang sukar minggu lepas. Minggu ni Allah uji lagi masalah back pain dan migrain pula. Dengan tahap kesihatan yang merosot huda banyak berehat dah tidur.

Setiap hari belajar redha dengan ujian Allah . Bila kita redha dengan ujian Allah, InshAllah keredhaan Allah sentiasa bersama kita.

Dalam masa yang sama , huda bersyukur. Ujian adalah rahmat, dan setiap kali sakit itu tanda kasih sayang Allah.

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda:

 "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya."

Post a Comment

1 Comments

Umi Nazrah said…
Allahu. semoga diberikan kesembuhan dengan cepat oleh Allah Taala. aamiin